Saturday, October 27, 2012

Aidiladha


Salam Aidiladha dari tengah laut Sarawak. Tahun ini aku sambut di atas Rockwater 2. Nasib baik ketika hari raya yang lepas aku berdegil nak balik jugak (sini) kalau tidak jawabnya tahun ini langsung tidak merasa beraya.

Tenang jek aku tak pakai coverall huhuh sebab aku exempted sebab aku shift 1800hrs to 0600hrs hahahah aku night man atas kapal back to back dengan CSR hahahahha.....


Sunday, October 7, 2012

Taman Warisan Putrajaya



Lunch tadi tak ada idea nak makan kat mana Putrajaya ini. Since aku pergi isi angin tayar kereta waja makanya tempat makan terdekat either di food court Presint 16 atau ke Taman Warisan. Dah lama aku tak pergi so aku memilih untuk ke Taman Warisan.

Taman warisan ada medan selera yang menyediakan pelbagai makanan kerana berkonsep gerai. Sate Hj Samuri pun ada. Ak cuma nak makan nasi ayam, ada banyak gerai jual nasi ayam dan minum coconut shake itu sahaja. Agk malang duduk kat meja makan terus di serang oleh lalat. Banyak sungguh lalat, worst kalau tempat itu bawah bumbung yg teduh...oklah akau makan kat bawah payung panas tapi kurang lalat.

Aku harap tempat ini boleh di pertingkatkan kebersihan so that we dont lost pelanggan itu sahaja.

Friday, October 5, 2012

Flexible Working Hour


Semua orang mahu flexible working hour, itu kesimpulan aku selepas mendengar topik ini dibualkan di radio tempatan satu pagi.

Sebenarnya kekadang aku rasa flexible working hour itu ada pelbagai tafsiran antaranya sebagai berikut oleh kebanyakan kita;

  1. Boleh start kerja bila-bila masa dan keluar bila-bila masa janji 8 jam kerja wajib itu dipenuhi. Maksudnya masih ke office setiap hari.
  2. Kerja bila bila masa yang kita suka tetapi kerja nya dilakukan di rumah maksudnya kita tidak perlu bangun pagi, berdandan, sesak dalam trafic jemmm dan mengadap muka-muka boss.
Antara di atas yang mana betul aku pun tidak sure, tetapi COMPANY aku mencari nafkah buat anak isteri practice kita boleh masuk antara jam 0700hrs hingga 0900hrs dan pulang antara 1600hrs hingga 1800hrs. Lunch pulak antara 1200hrs hingga 1400hrs, sila keluar rehat hanya sejam yek. Maksudnya waktu wajib ada di office ialah antara 0900hrs hingga 1200hrs dan 1400hrs hingga 1600hrs.

Apa sekalipun ada yang mahu prefer kerja dari rumah sahaja, ada yang masih mahu ke pejabat untuk bekerja cuma ada kebebasan menentukan masa.

Back to reality its really end up discussion on dollar and sen to the employer. Apa yang aku dapat buat kesimpulan ialah aku tetap complain walaupun ada kemudahan flexi hours bekerja huhuhuhu....

Thursday, October 4, 2012

DPA ohh DPA - Luahan Seorang Suami


Ini sambungan DPA ohh DPA dan totally on luahan rasa aku sebagai seorang suami kepada peserta DPA intake ke 42.

Alia sangat berminat untuk join perkhidmatan PTD. In total from 2007, 3 kali ujian bertulis PTD yang Alia hadiri  dan semuanya gagal. Pada tahun 2010, sekali lagi Alia dipanggil untuk menghadiri temuduga, oh ye aku masih ingat setiap tahun akulah yang tolong renew permohonan online Alia melalui SPA. Sebenarnya kesihatan dan emosi Alia pada tahun 2010  tidaklah begitu stabil, malahan ketika dapat surat panggilan untuk ujian bertulis kali ke 4 itu Alia sedang berpantang kerana pembedahan nya. Alia tidak mahu pergi tetapi aku berjaya memberi sedikit kata-kata semangat untuk dia. Tidak lupa juga aku membeli buku untuk bahan bacaan dia untuk preparation menghadapi peperiksaan. Ketika itu tidak seperti sekarang ada buku khas persediaan menghadapi peperiksaan PTD.

Pada hari ujian, iaitu hari Sabtu aku menghantar Alia ke Dewan Peperiksaan dan akhirnya dia lulus pepriksaan tersebut. Seterusnya aku menemani dia ke PAC yang mana masa itu dia diarahkan menghadiri PAC di IKHWAS. Lepas PAC interview pula di Putrajaya. Akhirnya dia berjaya di terima masuk.

Ketika ditawarkan jawatan PTD, Alia berkhidmat di JKR Cawangan Pakar. , oleh kerana minat dia melaporkan diri di Putrajaya sebagai PTD pada 1 April 2010 dan meninggalkan JKR. Aku juga yang menghantar Alia ketika itu dan pada 2 June 2010 kami ke INTIM pulak di Kemaman kerana Alia melaporkan diri untuk induction batch dia. Pada hari tersebutlah kecoh satu Malaysia pelatih PTD ketika itu yang menghadiri DPA , Allayarmah Norhashimah Wahid meninggal dunia. Agak cuak juga aku ketika itu sebab masa itu Alia sedang mengandungkan Azizi.

Pada 16 September 2012, sekali lagi pelatih PTD, Aidi Hasmy Abu Hassan meninggal semasa menjalani DPA.  Lebih kurang seminggu sebelum itu, Alia menghadiri taklimat kalau tidak silap oleh Timbalan Pengarah PPP, En Rospiagos Taha dan di dalam taklimat beliau telah menegaskan jangan khuatir kerana beliau telah mengharahkan semua anak buahnya mengutamakan keselamatan. Aku bukan menolak takdir, atau tidak bersetuju dengan kata-kata keras seorang penjaga semasa taklimat waris iaitu MATI ITU PASTI tetapi gossip yang kedengaran berkenaan kemalangan dan cara INTAN khususnya PPP handle activity dan emergency situation ketika itu tidak dapat diterima oleh akal fikiran yang waras, justeru aku cekalkan hati untuk memastikan aku dapat menghadirkan diri semasa taklimat waris pada hari pendafaran. Bukan mahu marah membabi buta tetapi cuba mendapat penjelasan dan cuba untuk menyampaikan kegusaran dan pendapat sekiranya boleh.

Aku merupakan waris kedua akhir yang bangun untuk bercakap pada hari taklimat waris. Aku tidak boleh katakan aktiviti yang dirancang untuk membentuk PTD adalah tidak baik cuma pada aku cara pelaksanaan sesetengah aktiviti itu harus diperkemaskan.

Aku ambil contoh program sebelum ini yang Alia harus lakukan iaitu program Corporate Social Responsibility (CSR) secara individu. Sebagai suami, sure aku sanggup membantu Alia menjayakan program CSRnya, selepas berbincang akhirnya kami bersetuju untuk buat CSR program di Surau Taman Pelangi Semenyih, tempat mertua aku tinggal. Kami bercadang untuk buat 2 program iaitu gotong royong mengecat (melibatkan Alia, officemate dia dan penduduk setempat seperti yang disyaratkan) dan menyediakan plan surau sedia ada dan plan pembesaran untuk masa hadapan. Surau ini tanahnya diwakafkan oleh pemaju tetapi pembinaannya adalah atas usaha penduduk. Untuk  plan itu Alhamdulillah officemate alia sedia membantu memberi khidmat percuma membuat plan. Program mengecat itu yang agak sulit kerana wang mesti diusahakan sendiri.  Ada peringatan no political shall be involve so nak mintak sumbangan daripada Adun is NO NO. Apa yang aku buat ialah menyediakan costing anggaran wang yag diperlukan untuk menjayakan gotong royong mengecat tersebut. Siap kami decide untuk mencari cat yang terbaik  dan selepas discuss dengan architect kawan Alia kami decided guna ICI Weathershield. Selepas dapat costing aku mula “menjual” program Alia kepada teman-teman aku untuk meminta sumbangan dan Alhamdulillah dengan penjelasan mereka sanggup mengeluarkan wang poket sendiri untuk menjayakan program tersebut.

Hasil daripada program tersebut, apa yang dibanggakan (bukan utuk riak) tetapi kebanyakan khariah gembira begitu juga AJK surau kerana surau sudah ada color baru dan plan untuk pembangunan sudah ada cuma tinggal mencari dana untuk membesarkan surau tersebut. Kalau bertanya sekarang mereka sudah lupa nama Alia, apa yang mereka ingat ada PTD daripada EPU yang menganjurkan. Lihat kesan berpanjangan bukan induvidu yang dikenang tetapi perjawatan PTD itu yang dikenang.

Bebalik kepada usul penambah baikan yang aku propose ketika taklimat waris yang pertama ialah RISK MANAGEMENT.

Dalam pembentangan pihak PPP Intan mereka maklumkan yang aktiviti berisiko tinggi dan aktiviti air tidak ada. Sebenarnya aku menegur berkenaan dengan RISK MANAGEMENT kerana apa yang aku perhatikan pihak PPP tidak ada proper kaedah untuk menilai risiko untuk semua module terutama module luar untuk DPA. Maksud aku ialah sebagai contoh sepatutnya PPP boleh buat Hazard Identification Risk Assessment (HIRA) untuk aktiviti luar terutama secara BERSAMA dengan pihak yang akan mengendalikan module tersebut. Contoh aktiviti katakana merentas sungai menggunakan tali so obviously antara risk yang ada adalah tangan basah dan licin takut terlepas tali yang dipegang so risk mitigation bolehlah pakai glove, risk kalau dah terlepas tangan tu karang lemas pulak so introduce risk mitigation contoh another life link contoh dimana pinggang setiap peserta di ikat kepada peserta di hadapan dan belakang dia atau introduce life jacket. Cuma life jacket kenalah terangkan kenapa kita gunakan life jacket sebab life jacket bukan untuk membantu kita mudah berenang, ia membantu kita floating sebab tu specifikasi life jacket berapa lama boleh berendam dalam air i.e 30 hari or 60 hari. Mungkin kalau permissible, sediakan ambulance jugak on standby. Kalau acara marathon kat luar anjuran private boleh jek panggil ambulan.   HIRA yang dilaksanakan dengan baik mmengenalpasti semua risk yang associate dengan sesuatu aktiviti dan kita akan introduce mitigation untuk lower down the risk. Barulah kalau orang macam aku bertanya bagaimana high risk, medium risk dan low risk tu boleh Pihak PPP INTAN jelaskan dengan penuh yakin.

Proposal kedua aku pulak ialah PPP INTAN sepatutnya mempunyai workable EMERGENCY RESPONSE PLAN (ERP), aku nyatakan walaupun menurut PPP INTAN mereka sudah ada SOP (Standard Operating Procedure) untuk kecemasan. Persoalan aku ialah perlaksanaan nya, atas kertas SOP nampak cantik (orang kata SOP tu baru prepare setelah kes Allahyarham Aidi Hasmy) tapi perlaksannanya. Adakah orang / pegawai yang menegringi peserta terutama ketika module luar dan melibatkan jugak pihak lain seperti wataniah/polis/bomba dll mereka ini tahu berkenaan dengan SOP ini. Kita tak boleh main assume sahaja. Sebab itu kalau PPP ada proper HIRA dan ERP, pihak PP boleh share dengan pihak pegendali module. Minta mereka prepare ERP dimana di dalam itu ada semua maklumat seperti kecemasan bagaimana reporting, hospital mana terdekat, phone no. dan yang paling penting lokasi hospital tersebut. Tidaklah sesat mencari hospital nanti.

Sebagai kesimpulan aku yakin kalau PPP INTAN mempunyai cara yang proper RISK MANAGEMENT dan ERP yang baik, walau berlaku sesuatu termasuk kematian, adalah lebih justify tindakan kerana barulah kita kata kita sudah beriktiar dan tibalah berserah kepada takdir. Malahan aku amat yakin, dengan proper RISK MANAGEMENT dan ERP, masukkan di dalam penjelasan kepada waris confirm semua waris akan agree kalau aktiviti air dan wataniah diteruskan.

Monday, October 1, 2012

DPA ohhhh DPA

DPA atau panjangnya DIPLOMA PENGURUSAN AWAM, merupakan syarat untuk pengesahan jawatan kepada semua Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) selepas tahun 1994. Sebelumnya is merupakan syarat kemasukan ke dalam perkhidmatan PTD.

Apa yang cuba aku kongsikan di sini adalah informasi yang aku kutip pagi tadi semasa  taklimat kepada waris yang disampaikan oleh En. Mohd Taqiuddin Bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah (KPP), Pusat Pembangunal Profesional (PPP), Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN). Sekiranya ada maklumat yang aku kongsikan tidak tepat harap inform dan aku akan betulkan. Niat aku hanya satu, sebagai seorang suami kepada PTD, aku berhak menyahut seruan PM iaitu menjadi agen untuk memberitahu perkara sebenar.

DPA kali ini ialah intake ke 42. Seramai 454 peserta yang terlibat yang mana separyh daripadanya di Intan Kampus Wilayah Selatan (IKHWAS) dan separuh lagi di Intan Kampus Wilayah Timur (INTIM). Hampir 90% peserta di IKHWAS adalah yang sudah berumahtangga dan di INTIM adalah majority yang masih bujang. Peserta tertua kali ini ialah berumur 42 tahun.

DPA bermula daripada 1994 untuk PENGESAHAN DALAM JAWATAN manakala tahun sebelumnya adalah untuk memasuki perkhidmatan (katanya masa itu selama setahun dan hanya menerima elaun RM500; note to self - mesti dah cukup makan masa zaman tu walaupun cuma RM500). Maksudnya krusus ini wajib paksa. Bermula daripada tahun 2010 DPA diadakan secara full time yang mengambil masa 33 minggu. Pada masa sekarang krusus ini mengambil masa 28 minggu. En Mohd Taqiuddin inform peserta di berikan hadiah pendidikan dalam persekutuan untuk menerima gaji penuh sepanjang tempoh krusus. (Note to self: apa pasal kena sign agreement yang meletak RM25K dan pada kami yang bukan kakitangan kerajaan apa yang tuan jelaskan hanyalah untuk menghalalkan program DPA tuan).

Focus DPA ialah terhadap penekanan perubahan sikap yang terbesar iaitu 40%. Pembelajaran secara modul di mana terdapat 9 modul ilmu teras dan 12 modul pengukuhan diri. Semua modul itu berlandaskan konsep yang dipanggil ASK (Attitude, Skill & Knowledge). Kesemua itu cover 8 bidang utama di dalam PTD.

Reaksi kepada perkara yang terjadi baru-baru ini kepada Allahyarham Aldy Hasmy Abu Hassan (pada pandangan aku lah) sebab itu PPP decided yang berikut;


  1. NO high risk activity (kurang jelas activiti bagaimana dikelasifikasi sebagai high risk) 
  2. NO water activity

Juga dinyatakan oleh En. Mohd Taqiuddin Bin Zakaria tentang laman web yang akan update aktiviti peserta buat tatapan waris, boleh visit di sini. Setakat malam ini masih tentang mintak peserta bawak laptop sendiri dan broadband sendiri. 


Turut sama ketika sesi penjelasan ini ialah Pengarah IKWAS, Tn. Hj. Aziz bin Mohammad dan KPP Ikhwas, En. Nor Nekman Jaimon.

Apa yang mereka sampaikan ketika sesi ini sebenarnya lebih kepada organizer expectation. Aku mengambil kesempatan ketika penghujung sesi untuk bangun bukan bertanya soalan tetapi memberi cadangan untuk penambah baikan pelaksanaan DPA. Pada aku hanya dua issue yang harus dititik beratkan iaitu RISK MANAGEMENT dan EMERGENCY RESPONSE yang ketara lemah dalam DPA.

Tunggu next luahan aku sebagai suami/waris peserta DPA. Baca sini.