Monday, December 30, 2013

HENTAK KAKI

Aku suka pulak tengok short movie terbitan Singapore ni berjudul “Hentak Kaki”. Cerita berkisar tentang Pegawai Warrant ke 2 dalam Tentera Darat Singapore yang terpaksa melakukan kerja pentadbiran, dalam kes ini menjadi  Counsellor kepada bekas teman lama yang sama-sama masuk tentera dahulu iaitu Staff Sergeant Rajendran.


Pengajaran daripada cerita ini ialah keberanian keluar daripada sesuatu yang kita sudah selesa. Sama dengan aku, beranikah aku melangkah keluar setelah selesa di sini. 

Aku harap aku berani melangkah keluar dari kepompong keselesaan aku untuk menyahut cabaran baru.

Thursday, December 19, 2013

SHARING PENGALAMAN MENAIKI HELICOPTER

Sebelum saya aku mulakan sharing kali ini izinkan saya aku mengimbau kembali kejadian seminggu yang lalu.   Kita telah dikejutkan dengan berita yang sebuah helicopter model Sikorsky S-76 membuat pendaratan cemas di laut lebih kurang 159 kilometers luar pantai Bintulu.

Kejadian berlaku lebih kurang 7.45pagi pada hari Khamis 12 December 2013. Penumpang seramai 6 orang, pilot dan co-pilot semuanya selamat. Katanya ketika cuba membuat “controlled landing” atas helideck sebuah kapal seismic. Oleh kerana bad weather memaksa pilot dan co-pilot membuat pendaratan cemas di atas air.

Sumber: Bernama dan PETRONAS Official Press Release.



Beginilah rupa Sikorsky S76. Oleh kerana berlaku di Bintulu , aku percaya heli ini berlepas dari Miri sebab untuk Sarawak Offshore Operation, semua naik dari Miri. S76max weight ialah 5,307kg dengan kebolehan membawa Pilot, Co-Pilot dan 10 penumpang. Max speed nya ialah 287 km/h dan mampu terbang sejauh 762 km. Oh ye aku pernah naik sekali model ni dan yang lain aku naik Super Puma.

Untuk aku walaupun telah belajar HUET (Helicopter Underwater Emergency Training), sebagai part of BOSET aku tetap boleh rasa perasaan cemas setiap kali naik helicopter. Lebih prefer naik kapal / crew boat. Jantung macam nak berhenti terutama saat mahu berlepas dan mendarat.




Gambar yang di atas tu antara modul HUET yang yang merupakan salah satu modul dalam BOSET terpaksa di lalui oleh semua yang menggatalkan diri hendak ke offshore.  Oleh kerana itu sekarang hopefully korang tahu kita telah diberikan latihan untuk menghadapi keadaan yang mencemaskan seperti helicopter terpaksa membuat pendaratan cemas. Latihan ini kena renew  setiap 4 tahun sekali.

Ok selain tu meh aku share sikit process check-in helicopter which kekadang kalau korang pergi ke sesetengah airport korang boleh perasan mamat-mamat ala macho pakai coverall kat airport apahal pakai coverall kat airport kan keje punggah barang ke? Biar aku jelaskan di Malaysia kalau nak naik helicopter ke offshore memang wajib pakai coverall.

1. Process pemeriksaan keselamatan di airport
Proses biasa iaitu pemeriksaan keselamatan. Sama sahaja macama kita nak naik kapal terbang tu.

 2. Check In.
Inipun process yang sama jugak iaitu chcek in. Ada beberapa perbezaan lah antaranya kita bukan beli ticket tapi booking kita diuruskan oleh sponsor department kita lah. Biasanya kita akan liase dengan orang daripada operation region tersebut. Apa yang penting ada charge code lah. Cost untuk seorang naik chopper ni sehala dalam RM 2,000.00 jugak kalau tidak silap. Perbezaan kedua ialah perasan tak ada alat penimpang lain yang mereka letak di counter pendaftaran tu. Bukan sebab scale dia berbeza tapi lepas timbang barang, berat badan kita pun mereka record.

 3. Taklimat keselamatan
Antara perkara yang penting ialah talimat keselamatan. Masa ni depa tunjuk video tatacara keselamatan sebelum menaiki helicopter, ketika terbang dan turun. Juga bagaimana menangani saat kecemasan macam pendaratan cemas.


4. Transit Bas
Sesudah selesai taklimat keselamatan kita akan dipindahkan menggunakan bas untuk ke hangar helicopter lah untuk menaiki helicopter.


5. Persediaan sebelum menaiki helicopter.

Sampai dihangar boleh rehat kejap di bilik menunggu sebelum di panggil untuk memakai life jacket yang dilengkapi dengan Emergency Breathing System (EBS). Jugak memakai pelindung telinga.


6. Menaiki helicopter.

Apabila telah siap semua, dalam barisan kita akan dipanggil untuk menaiki helicopter.

Oklah naiklah helicopter dan jangka masa diambil adalah mengikut jarak perjalanan. Dalam kes aku perjalanan mengambil masa sejam sebelum sampai ke platform dan kemudiannya naik boat pulak dalam setengah jam untuk sampai ke installation vessel aku.

Secara keseluruhan semua aspek keselamatan telah diambil kira, semua ada risk tapi kita ada risk mitigation. Terpulang kepada kita untuk memberi perhatian kepada semua langkah-langkah keselamatan ini. Ingat Safety start with u..... hahahahah sekian perkongsian untuk kali ini.

Note:
Sumber gambar di atas aku ambil dari web site Awan Inspirasi, operator helicopter services untuk Sarawak Region.