Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang dari kerja, Alia call cakap Azizi flu dan sedikit panas badannya. Temperature dia sudah melebihi 37 degree C. Ohh ye kepada mereka yang mempunyai anak kecil adalah mustahak untuk kita ada thermometer di rumah. Kami memilih Braun Thermoscan Ear Thermometer sebab:-
- Disyorkan oleh doctor kami
- Mudah untuk mengambil suhu Azizi, sumbat ke telingan dan dalam 2-3 saat dah dapat bacaan
- Reliability brand itu sendiri, banyak aku perhatikan pediatrician menggunakan model ini.
Sampai rumah bersiap-siap kami ke KPJ Kajang. Alia dah call Kajang Medical Centre (KMC) dulu untuk jumpa second pediatrician untuk Azizi iaitu Dr Afifah tapi ada malam so Alia call KPJ Kajang ok kena sampai sebelum 9 mlm sebab mereka tutup 9 malam. Sampai di KPJ kajang the only pediatrician yang available ialah Dr. Meenakshi Vairavan, ok tak apalah jumpa dia. Not bad Dr Meenakshi baru setahun meninggalkan government hospital, contract dah habis serve lah tu.
Untuk demam Azizi dapat paracetamol dan untuk flu pulak dapat STERIMAR BABY. Nak cerita sikit pasal STERIMAR BABY, spray untuk bersihkan hidung baby. Balik rumah cubaan untuk bagi Azizi makan paracetamol tidak berjaya. Dia seperti cuba sedaya upaya untuk memuntahkan semula ubat itu, mungkin masih fobia dengan paracetamol yang dulu yang memang tak sedap rasanya.So untuk demam nampaknya Azizi untuk mengharapkan susu ibu dan tuala basah yang sentiasa kami letak di kepalanya. Hidung tersumbat bila spray STERIMAR BABY memang keluar banyak cecair hingus Azizi.
Body temperature Azizi diantara range 37.5 degree C to 37.9 degree C. Malam semalam Aizi tidak tidur sangat dan sentiasa merengik, terima kasih kepada isteri aku tersayang dengan sabar melayan Azizi sepanjang malam, memangku Azizi sepanjang malam. Azizi kalau malam memang nak dengan Alia sahaja bila normal so bila sakit ni lagilah. Jam 5 pagi mungkin sebab dah mengantuk sangat baru dia nak tidur di pangkuan aku dan jam 6 baru aku berjaya meletakkan dia tidur di atas katil.
Siang tadi body temperature dia improve dan turun kepada normal suhu Aizi iaitu antara 36.4 degree C - 36.6 degree C. Syukur alhamdulillah. memang benarlah susu ibu ini banyak khasiat tersembunyi. Azizi langsung tak makan paracetamol malahan cubaan mencampurkan ke dalam susu menyusukan azizi mengunakan botol juga Azizi boleh kesan dan memuntahkan susu semula. Apapun memang kami sentiasa monitor suhu badan Azizi.
Aku baca dalam intenet kalau baby flu memang badan dia akan bertindak balas nak kesannya baby akan demam. Amat mustahak untuk mereka yang mempunya anak kecil mempunyai thermometer/body scan atau apa sahajalah janji kita boleh monitor suhu anak kita.