Wednesday, February 29, 2012

Tuesday, February 28, 2012

Fire Drill

Semenjak bekerja di Tower 1 dari tahun 2008, aku berjaya untuk tidak berada di office apabila firedrill dilakukan. Malah masa di office di Puchong juga aku out station ketika ada fire drill. Hari ini, 28 February 2012 merupakan tarikh bersejarah apabila buat pertama kalinya aku berada di office.

Hari ini ada fire drill di Tower 1 untuk staff level 40 dan ke bawah. Jam 9.00 pagi aku perasan ada ambulance dan kereta bomba. Ketika ini hendak turun ke bawah sudah tidak boleh lagi sebab mereka dah lock lift. Malah tangga kecemasan juga di lock ketika ini, pasti nak masukkan angin ke dalam kawasan tangga tersebut. Jam 9.30 pagi maka announcement pertama dilakukan, ".....please remain at workplace..." katanya Kemudiannya barulah announcement untuk evacuation dilakukan.  Maka berdondon-dondon lah kami turun melalui tangga, ibu mengandung dan mereka yang kurang upaya di bawa turun menggunakan lift. Goyang jugaklah lutut turun 20 tingkat.

 Geng lembik lutut. Berehat amik angin sebelum proceed ke tempat berkumpul
 Sambung berjalan ke tempat berkumpul di Taman KLCC
 Head count..nasib ada diberi roti Gardenia perasa coklat dan air mineral 
Selain Bomba, pihak hospital Kuala Lumpur turut terlibat sama

Selepas habis head count semua beredarlah kami naik semula ke office masing-masing.

Monday, February 27, 2012

Interface Meeting & Progress Visit

Hari ini aku ada meeting again di PKFZ. Interface meeting three partied ini untuk discuss pasal jumper metrology report issue by contractor aku untuk hardware fabricator contractor.

End result both contractor agreed dengan format yang akan digunakan untuk present final metrology report. Juga kami discuss lebih kurang pasal jumper load out termasuk support stand masa jumper transportation. Nak letak jumper atas "elephant leg".

Selesai meeting, kami buat progress meeting on hardware for Phase II installation.



PLET









Manifold




Xmas Tree Cover & Manifold




"elephant leg"

Saturday, February 25, 2012

Karnival WOW Putrajaya 2012

Kepada mereka yang tidak tahu nak buat apa hari ini boleh lah ke Karnival WOW Putrajaya 2012.



Maklumat Lanjut aktiviti diperolehi dari Facebook Perdanan Putrajaya.

Friday, February 24, 2012

Permit To Work (PTW)



PETRONAS Permit To Work (PTW) new revision akan mula diktat kuasakan bermula 1 April 2012. Training untuk PTW ini biasanya di buat di tempat operation, untuk Carigali mereka conduct training ini di SKO, PMO & SBO. Memang mendapat sambutan hangat lah sebab semua orang kena attend sebelum dikuat kuasakan.

Untuk menjimatkan perbelanjaan (siapa kata kami suka hati sahaja berbelanja), kalau hantar 15 staff office aku ke PMO dah berapa banyak belanja, aku difahamkan seorang kos dia RM300 ++, itu belum masuk claim hotel, pengankutan etc lagi so kami organise training ini di meeting room level office kami. Bawak trainer dari PMO ke KLCC.

Training 3 hari daripada 21 Feb 2012 sampai 23 Feb 2012. Ada 4 ujian sepanjang menghadiri krusus ini. Ok kepada mereka yang belum attend dan nak buat kerja di PETRONAS punya facility sila lah attend, kalau yang dah attend modul lama tu sila lah attend modul baru ni yek.

Selamat Belajar...

Sunday, February 19, 2012

Driver

Hari Ahad merupakan hari terakhir bila weekend, esok dah kerja dan biasanya hari yang amat malas untuk merayap sebab dah tau esok kena kerja.

Hari in lepas sarapan pagi aku baca paper Mingguan Malaysia. Menarik hari ini ada temuramah dengan Pak Ungku Aziz, pehhh hebat orang tua ni ada koleksi tak silap 4,000 buah buku dan rumah dia di Morib khusus untuk menyimpan buku. Beliau juga berkongsi rahsia yang dia suka makan ulam dan bawang besar mentah...pehhh petua ni nak kena ikut ke.

Sambil membaca tu, Alia datang sebelah dan bisik kat telinga aku ajak keluar nak cuci mata tengok kedai perabot..oklah layan je lah...nama pun ajak windoe shopping.

Kedai perabot pertama yang kami pergi adalah yang terletak di Kalang Prima sebelah McDonalds dekat Giant tu. Cuci-cuci mata dan tengok ada meja makan marble, harga yang dia tawarkan agak murah as compare tahun lepas yang kami beria persi survey...harga yang ditawarkan kalau dahulu dapat meja kecik untuk 4 orang kat kopitiam tu tapi now boleh dapat size yang lebih besar, untuk 6 orang.

Selesai di situ Alia ajak ke Macy Home Fashion yang terletak di Seri Kembangan. Macy ditubuhkan oleh beberapa orang director dalam kumpulak Minlon Group pada tahun 2000. Kalau korang lalu Hi-Way Plus meghala ke selatan, bila area UPM tu sebelah kanan, bangunan Minlon nie sebelah kiri korang. Selain daripada yang ini Macy ada cawangan jugak di tempat lain iaitu IkanoPower Centre Damansara, IOI Mall Puchong, SACC Mall Shah Alam dan USJ Taipan.


Oklah layan jelah...peh kat sini ada banyak jual kain langsir dan langsir yang telah siap dijahit. Selain itu cover cushion pun banyak.

Kepada yang tidak pandai untuk ambik ukuran tingkap untuk buat langsir tu silalah call nombor di atas untuk mereka datang ukur tingkap rumah korang.

Begitulah hari-hari sebagai driver, hari Ahad itu. Lepas penat balik rumah singgah di Kedai Nasi Ayam di hadapan balai polis lama Semenyih, tapau.

Saturday, February 18, 2012

Pantai Hospital Bangsar

Parent mana tak kelam kabut kalau anak demam sampai 40 deg C kan.  Itulah terjadi kepada kami pada minggu ini.

Hari Ahad petang suhu badan Azizi mulai naik, ketika ini setakat 38 deg C lebih sahaja so cuba untuk bagi paracetamol syrup. Masalah lama berulang kembali, Azizi dengan bersusah payah memuntahkan semula semua ubat yang dah masuk. Masalahnya ialah apabila dia start muntahkan ubat itu semua yang ada dalam perut comel dia tu akan turut keluar. Ini merisaukan aku sebab nanti dah tak ada apa dalam padan boleh menyebabkan dehydration pulak.

Next step bancuh paracetamol syrup tu dengan oat untuk bagi Azizi makan sebab biasanya dia makan oat kalau demam, tidak menjadi sebab Azizi dapat rasa syrup tu. Bancuh pulak dengan blackcurrant juice, malangnya Azizi minum terlalu sedikit.

Malam tu suhu Azizi semakin naik, cari voltren nak insert dalam bontot Azizi malangnya puas cari tak jumpa, maklumlah baru pindah rumah. Sudahnya masuhkan paracetamol dlm bontot dia. Aku sure suhu Azizi akan turun sikit sahaja, Alia basahkan kepala dengan directly dengan air.

Azizi tidur...bila dah pagi tu decided nak bawak dia jumpa Paed Azizi kalau demam iaitu Dr. Afifah Ismail  di Kajang Plaza Medical Centre (KPMC). KPMC ini glamour tempat buat shooting drama. Haritupun serabut ada shooting drama jugak.

Dr. Afifah suspect viral infection sebab tekak Azizi merah. Ok dapat stock paracetamol syrup baru dan stock voltren baru. Dr. Afifah pesan kalau rabu tak baik jugak baru buat blood test dan kalau perlu start dengan antibiotic, itu antara perkara baik always start antibiotic last.

Selasa pagi kami pergi kerja macam biasa. Jam 11.30 pagi ketika sedang bermesyuarat, Alia call inform suhu Azizi naik sampai 40 deg C dan dia menggigil. Agreed untuk bawak Azizi ke Hospital Pantai Bangsar jumpa Paed Dr. Atiqah pulak.

Dr. Atiqah propose untuk admitted ke wad. Plan rawatan ialah amik darah buat blood test dan monitor suhu Azizi.

Masalah aku dengan Pantai Hospital ni ialah lambat hendak dapat bilik. Perkara ini terjadi lagi, selepas 45 minit menunggu aku call ING Helpdesk. Mereka inform dah terima request dari Pantai, medical pannel mereka sedang go through...pehhhh angin aku dengar, gila apa pannel ko untuk menidakkan pakar kanak-kanak punya recommendation. Aku inform ING, anak aku ni demam panas masih belum dapat masuk bilik apalah susah sangat. Boleh pulak dia tanya ehhh belum masuk bilik ke, dah tentu lah belum sebab korang tak cakap dengan Pantai ok untuk masuk. Aku faham kalau dengan Prince Courte, mereka bagi masuk terus tapi sebagai entity business, Pantai sure nak make sure payment mereka secured baru izinkan pesakit masuk wad.

Alia dan Azizi tidur di atas katil berkongsi

Terjadi lagi, bilik single penuh...budak admission tu boleh 3 atau 4 kali tanya, Encik memang hendak bilik single ke? Oleh sebab dah bosan aku pun jawab, " memang entitlement saya single room, anak saya ni dilahirkan di sini dulu bilik single, last December admitted pun bilik single"...... barulah nak bersugguh cari bilik untuk aku...mentang aku ni Melayu macam ko dan pakai ala kadar jek ko takut benar ke aku tak layak duduk bilik single...

Pantai Hospital Bangsar ni memang ada masalah bilik, memang selalu bilik single penuh. Bila mereka bagi tahu masuk bilik D439 aku jadi hairan sebab setahu aku wad kanak-kanak C4.Ternyata benar Azizi duduk di wad dewasa. Dahulu aku bertekak nak bilik di wad dewasa tak kasi sebab polisi sekarang polisi sudah tukar nampaknya.


Tempat tidur aku


Almari baju
Permandangan dari bilik D439
Alia dan Azizi coffee break

version Alia boleh baca di sini

Medivac

1905hrs - on board Borcos Firdaus 6, fast crew boat at Bintulu anchorage. Transfer dari Southern Ocean menggunakan billy pugh offshore transfer basket.


Bye...bye...Southern Ocean... :-(
 1735hrs - Arrived at Jetty Bintulu Port

Setengah jam travel naik fast crew boat, Borcos Firdaus 6 dari anchorage pada speed of 18-22 knotts. Jauh sungguh anchorage nya..dahlah on the way to sibuk benar dengan pelbagai vessel dan boat, selamba jek melintas depan vessel-vessel besar perasaan ngeri lebih dari masa ken a transfer tadi.

Wednesday, February 1, 2012

Offshore Day

 Kami sampai lebih kurang 700m daripada drilling rig, Naga-1 lebih kurang jam 5.30am. Naga-1 yang drill KASS 1& 2.
Naga 1 (sebelah kiri) dan central platform (CP) KAKG (sebelah kanan)
Setup Subsea transponder Compatt B35
Preparation beacon & transponder untuk DP test
 ROV Wet test - FC69 off deck starboard side
ROV Wet test - FC71 off deck port side
 
ROV Control Room, vessel ni ada dedicated room as compare vessel lain yang biasanya dalam container jek atas main deck. 

 ROV tooling test


 Master Drill untuk semua on board.
Ok mari kita go through punch list Pre-Deployment Inspection bersama MWS, Noble Denton bro Suffian.