Tuesday, November 30, 2010

RON97 petrol to go up 15 sen

Alamak dapat info dari FB katanya esok 1 December 2010, RON97 naik lagi 15sen pehh lepas nie berpeluh kalau aku nak bubuh RON97 yelah kalau kete aku muat 40liter maksudnya aku kena bayar lebihan RM18 yang mana kalau dengan duit sebanyak itu aku boleh beli 9.73 liter RON95.
suka gambar nie dari http://www.malaysiakini.com
Emm kena cari penjelasan ni kena kaji trend harga minyak mentah ke??

Monday, November 22, 2010

Saluran Air Mata Tersumbat

Air mata baby kebanyakan akan mula mengalir bermula apabila baby berumur 3 minggu. Air mata tersebut sepatutnya drain into the nose melalui saluran kecil didalam bahagian tepi mata.Saluran itu sepatunya terbuka tetapi dalam kes Azizi saluran ini tidak terbuka oleh sebab itu air mata berkumpul dan keluarlah tahi mata berwarna kuning.

Semalam petang aku tengok mata Azizi sebelah kanan ada banyak discharge, sebagai bapa sure aku risau. Azizi pulak banyak gosok mata so nampak macam mata dia gatal. Pagi tadi aku hantar sms kepada boss aku cakap aku EL, aku beruntung sebab ada boss yang memahami dan dia ok jek. Aku call Hospital Pantai untuk check Dr Atiqah ada tak, betul tekaan aku Dr Atiqah bercuti sampai Khamis sebab seingat aku masa last visit kami Dr Atiqah ada inform nak bercuti panjang.

Always to have back up plan. Kami memang ada second pediatrician untuk Azizi, justification senang jek Pantai Hospital (PMCKL) di Bangsar jarak jauh dari Semenyih mahupun Putrajaya (plan nak duduk Putrajaya bila bibik sampai),so kena ada yang berhampiran dan base on recommendation daripada kawan Alia kami pilih Dr Afifah di Kajang Plaza Medical Centre (KPMC). Kajang agak justify jaraknya dari Semenyih dan Putrajaya. 

Dr Afifah menerangkan kepada aku masalah ini tidak memerlukan ubat mata atau sebagainya tetapi cukup dengan mengurut di hujung sebelah dalam mata ke arah hidung. Menolak ke arah dalam ke arah batang hidung kalau base on pembacaan aku dalam internet tapi Dr Afifah kata lalukan jari dari atas ke bawah maksudnya dari arah batang hidung ke arah pipi. Dahulu ketika berumur 3 minggu Azizi kena mata sebelah kiri dan sekarang mata sebelah kanan pulak. Itu yang menghairankan aku sebab aku selalau massage Azizi dan aku selalu buat di kedua belah mata Azizi.

Satu lagi penerangan dia kalau mata infection tahi mata bukan berwarna putih atau kuning tetapi warna hijau. Ok aku noted pesanan Dr Afifah. Di belakang telinga Azizi juga ada macam kulit kering yang mengelupas ok yang tu Dr Afifah kata fungus. Azizi tak boleh pakai bedak sebab kulit dia sensitif dan kering, high maintenance tambah beliau kena pakai baby losyen jek.

Sempat timbang Azizi tadi sekarang berat dia 6.5kg. Memang kalau baju terutama jenama tempatan Azizi dah tak muat size 0-3 bulan. Sekarang kami dah start beli Mamypoko size M.

p/s: kami parent yang agak pelik sorry kalau kami tak gemar anak kami didekati terlalu hampir oleh orang lain. Selalu beringat pesan pediatrician kami jangan expose dia terlalu dekat dengan ramai orang sebab Azizi masih kecil dan punya antibody yang rendah. Apa aku buat adalah yang terbaik termampu untuk aku sediakan kepada Azizi.

Sunday, November 21, 2010

Kenapa?

Aku agak tertarik dengan tulisan Dr.Kamil dalam blognya bertajuk kenapa? Dia menegur secara sinis orang kita yang sering bertanya kenapa daripada bertanya bagaimana saya boleh membantu?
Sebenarnya situasi yang sama berlaku di office aku. Bosses lebih suka bertanya kenapa? Expectation management kita dah cover semua sampaikan semua orang berfikir senang sungguh menjadi boss sebab hanya perlu bertanya KENAPA/WHY. Susah sangat ke nak sharing how to solve the problem/issue. Aku sampai cakap terang-terang dengan manager aku masa mid year evaluantion, "I'm sick of handling management expectation as management also do not have clear direction".

Aku tahu tak bagus untuk kerjaya aku kalau terlalu berterus-terang sebab aku kerja di kalangan orang Melayu, bangsa aku yang payah nak accept kritikan. Aku sekarang selalu terfikir kata-kata WAN EDRIN, kawan aku yang berjaya keluar "kita ada lebih kurang 20 tahun lagi nak kerja dan berapa tahun lagi nak bazirkan masa buat kerja yang kita tak enjoy buat".

Monday, November 15, 2010

Good Luck Mm

Dear Mm,

Good luck with your final project presentation preparation, nothing is impossible in this world. YES time is running out but you still have time to make it happen.
WE..

We  always support and pray for you.

Dd & Azizi...

Sunday, November 14, 2010

Cerita Azizi I

Peluang membesarkan anak adalah nikmat tuhan yang sukar ditukar ganti. Aku amat bersyukur dapat melihat perkembangan Azizi di hadapan mata. Azizi sekarang berumur 2 bulan 12 hari.Ada satu perkara nikmat sebagai bapa yang aku dah terlepas. Semenjak habis pantang Azizi tidur dengan kami dan setiap malam dia akan tidur didalam pelukan aku.

Semenjak kebelakangan ini Azizi pasti mencari Alia dan tidur dalam perlukan Alia. Satu nikmat sudah terlepas. Apa yang aku boleh katakan sekiranya kita rasa terbeban kerana anak cuba fikirkan tanpa anda sedar anda akan kehilangan semua itu. Mungkin pada orang lain perkara kecil anak tidak tidur dalam pelukan kita tapi cuba fikirkan apabila dia sudah berumur 5 tahun mungkin dia sudah pasti tidak mahu berada dalam pelukan kita ibubapanya apatah lagi kalau dia sudah mula bersekolah...so nasihat aku JUST ENJOY THE MOMENT.

Saturday, November 13, 2010

My Jabs Schedule

Azizi harus bangun awal dan mandi pun awal sebab nak ke Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur. Biasalah jumpa pediatrician dia, Dr Nur Atiqah Ng Abdullah (boleh call untuk appointment 03-22960518) untuk mendapatkan suntukan 5 serangkai iaitu:

  1. Diphteria
  2. Pertussis
  3. Tetanus (1st dose)
  4. Poliomyelitis
  5. Meningitis
Sebenarnya apabila lahir di Hospital Pantai ni mereka bagi buku "All About Me", buku perubatan rekod Azizi yang mana aku rasa semua hospital pun kasi termasuk hospital kerajaan. Dalam buku tu ada "My Jabs Schedule" yang mana list out semua jabs untuk Azizi sehingga berumur 7 tahun (so in a way hospital pantai cuba buat business dengan Azizi sehingga dia berumur 7 tahun).

Lawatan kali ini adalah untuk 5 jap serankai di atas, masa Azizi di dalam pantang, nurse klinik kerajaan ada datang melawat (pastikan korang report kelahiran kat klinik berhampiran), Alia sempat bertanya betul ke list jap nie untuk budak dan nurse tersebut mengesahkan oklah, sebagai parent kami ikutlah..nurse kerajaan tu sure datang sebab mereka layak claim semua perjalanan dan ada elaun lagi.

Selamba tak menangis, risau lak aku..

Apabila aku jumpa Dr Nur Atigah pertama kali (Azizi dapat pediatrician lain assign by Dr Hamid Arshad tapi aku kurang berkenan so aku decided untuk tukar), Dr Atiqah mencadangkan kami beberapa suntikan tambahan dan ubat tambahan untuk Azizi, kami setuju jek. Memaang tak semua cover under ING (company aku bayar beb, employee benefit, tq my company) tapi apa salahnya pada aku ING dah banyak cover dan membantu mengurangkan bebanan aku so kami akan tanggung sendiri yang mana tidak di tanggung oleh ING.

Lawatan kali ini, Azizi juga diberi minum vaccine "ROTATEQ" untuk masalah diarrhea untuk budak, semuanya ada 3 kali yang akan diambil oleh Azizi. Ada tips untuk Azizi sebelum minum ROTATEQ kena puasakan dia tak boleh kasi susu nanti muak pulak.Satu peringatan, ROTATEQ hanya boleh diambil sebelum berumur max 8 bulan (32 minggu). 

Perkembangan Azizi sekarang dia seberat 5.97kg dan ketinggian 56 cm.

Pada aku tak perlu kedekut untuk kebaikan anak aku sendiri, wang boleh diusahakan berjimat tapi kesihatan??


Tuesday, November 2, 2010

Selamat Bekerja & Pesanan Buat Azizi

Setelah menghabiskan cuti berpantang 60 hari (next year baru strat 90 hari kan) so today Alia akan memulakan kerja semula pada hari ini.

UCAPAN BUAT ALIA :
Selamat bekerja, ingat dah convert jadi tetap so kena usaha keras lagi....jangan lupa jengok jengok BPH


UCAPAN BUAT AZIZI:
1. Behave your self/ Jangan nakal-nakal
2. Jangan susahkan nenek
3. Minum susu 2 oz  every 2 hours jangan lebih-lebih..

Maka bermulalah hari-hari Azizi ditinggalkan dengan nenek sehingga bibik sampai...ishh bibik nie lepas raya katanya memula lepas raya puasa pastu lepas raya haji jangan sampai lepas raya cina sudahlah...