Monday, August 20, 2012

Raya

Alhamdulillah semalam aku diizinkan Allah untuk menyambut Eid Mubarak bersama anak dan isteri seperti mana doa ku setiap hari sepanjang berada di offshore. Pada aku tiada kebetulan dalam hidup ini semuanya kerana izin daripada Allah jua.

Sepanjang berada di offshore aku kena kerja malam sebab aku back to back dengan seorang lagi teman aku yang lebih senior di department aku. Hari Khamis lepas, 27 Ramadhan sedang kami memasang umbilical pada waktu itu jam 0800, tinggal lagi sepuluh minit sebelum kami terpaksa payout umbilical untuk mengelakkan terjadi fatigue (aku dah habis shift sebenarnya sebab aku kerja 1900 - 0700 tapi sebab teruja masih ada di main deck) tetiba kecoh dengar di radio suruh clear, ketika itu kami sedang sibuk memasang j-tube seal dan bend restrictor. Alamak kena bukak semua balik dan tarik semula umbilical sebab salah satu azimuth motor kapal rosak (electric motor fail). Oleh kerana kami berada di kawasan 500 meter sekitar platform, master tak berani dan nak keluar dari kawan 500 meter sebab kapal sekarang tidak lagi dalam mood DP2.

Setelah perbincangan di buat kami dimaklumkan kapal terpaksa balik ke Singapore untuk repair sebab nak mengganti motor tersebut, terdapat kawasan di main deck terpaksa dipotong untuk membolehkan motor lama di tarik keluar dan di ganti dengan motor baru. Motor ABB gantian (bukan baru tetapi baru sudah refurbish sebelumnya digunakan oleh Rockwater 1) akan didatangkan daripada Liverpool kalau tidak silap refurbishment (atau lebih tepat rewinding) dibuat oleh Central Electrical Armature Winding Ltd berpengkalan di Liverpool.

Kapal dijangaka keluar dari site paling lewat Sabtu pada awalnya sebab tu kami mintak kebenaran untuk ambil chopper khas mengambil kami. Selepas kami book chopper khas untuk ambil kami barulah si contractor sibuk cakap maybe nak keluar dari site hari Ahad. Nasib ada mat salleh nama Kevin yang sanggup tunggu bagi pihak kami sebab dia kata important untuk kami pulang lagipun apalah sangat contractor boleh buat sebab dah tinggal sorang crane driver so automatic mereka akan hanya boleh kerja 12 jam sahaja.

Tetiba datang lagi ura-ura kata mereka nak postpone nak balik ke Singapore hari Selasa. Masa tu pagi Sabtu 28 Ramadan, Fuhhh call bosses kat darat pulak memang 100% tak agree kami balik. MasyaAllah masa tu rasa sedih pun ada tapi memang dah set kena redha. Selamba mat salleh tu cakap cannot be mereka nak balik lambat sebab bukan ada kerja yang mereka boleh buat. Untuk memuaskan hati kami aku call PM contractor sendiri yang berada di darat dan dia confirm dengan aku yang kapal kena keluar hari Ahad jugak.
Inilah chopper yang kami naik boleh memuatkan 19 orang

Setelah berbincang dengan yang ada kami decided untuk berangkat lagipun kami dah hold standby fast crew boat untuk transfer kami ke KAKG-A sejam. Chopper tak leh mendarat kat Rockwater 2 sebab cuaca kurang baik. Chopper pun sepatutnya sampai dalam jam 1430 tapi delay sejam. Selepas taklimat keselamatan untuk menaiki helicopter (procedure biasa ni untuk offshore staff) kami berjumpa dengan OIM KAKG-A untuk mengucapkan terima kasih dan menyampaikan sedikit token berupa T-Shirt project. Banyak OIM ni membantu kami. Selesai solat jamak zohor dan asar, sambil berbaring malas di surau akhirnya pengumuman yang di nantikan kedengaran, chopper akan mendarat dalam masa satu jam.

Tepat 1545 chopper mendarat di heli deck KAKG-A. Kami bersiap sedia dan berangkat menaiki pesawat no. 9M-AIN pesawat EC225 Super Puma kepunyaan Awan Inspirasi. Oh ye Co-pilot merupakan seorang perempuan. Kami berlepas dari KAKG-A tepat jam 1600. Mendarat di Miri Airport di Awan Inspirasi tepat jam 1650. Selepas itu di hantar dengan bas ke Miri Airport yang terletak bersebelahan. Ticket pulang ke KL kami confirm pada pagi Ahad jam 0600, iaitu pagi 1 Syawal. Kami tidak mengaku kalah, kami terus meluru ke Counter MAS untuk register waiting list pesawat ke Kuala Lumpur MH 2597 yang akan transit lebih kurang 45 minit di Kuching. Masa tu masih memakai coverall, selesai register baru rasa segan dan terus kami mencari toilet untuk menukar pakaian kami. Kami semuanya 6 orang yang mahu terus ke KL manakala seorang dari PMU mahu tinggal semalam di Miri. Alhamdulillah kesemua kami seramai 6 orang dapat ticket ke Kuala Lumpur petang itu....

Muka yang lebih berkilat sebab sunburn 

Senyuman sorang bapa jugak suami yang berjaya pulang
Panjang ber "wirid" abang ni


Syukur kepada Allah mengizikan kami semua menyambut raya pertama bersama kaum keluarga. Walaupun kerja banyak sangkut tapi yang penting RAYA dulu...kurang 2 hari aku genap 4 minggu meninggalkan keluarga beb....moral of the story BERDOALAH INSYAALLAH AKAN DIMAKBULKAN....