Monday, May 20, 2013

BAGAIMANA BAJU DIBASUH DI ATAS KAPAL

Baju harian yang kita pakai di atas kapal tu termasuk baju biasa dan coverall yang kotor tu siapa basuh? Takkan basuh sendiri kan, sudah tentu kita ada orang di atas kapal yang sememangnya tugasnya membasuh baju semua orang di atas kapal.

Jika diatas kapal tu jawatan mereka dipanggil messman. Messman bukan sahaja membasuh baju semua crew mereka jugaklah yang mengemas bilik kita, basuh tandas /bilik mandi, mencuci lantai bukan sahaja di bilik yang kita diami tetapi lebih tepat semua ruangan di dalam kapal mereka bersihkan. Mesman ini biasanya adalah sebahagian daripada marine crew. 

Apa bezanya marine crew dengan project crew ini? Sekiranya di bawah project kami sudah clear dalam contract setiap project crew maximum offshore day adalah 45 hari manakala marine crew offshore day ialah 60 hari. 

Di dalam semua kamar ada disediakan beg/karung untuk sumbat semua baju kotor kita. Karung/beg ini ada nombor bilik kita. Untuk bilik yang lebih dari seorang biasanya ada huruf dihujung nombor bilik contoh kalau bilik 412 ada empat orang makanya akan adalah 412A, 412B, 412C dan 412D. Nombor ini adalah no yang sama untuk katil dan almari di dalam bilik tersebut. 

Oleh kerana naik sebagai Client Site Representative (CSR) atau kerana wakil client maka biasanya kita dapat bilik seorang lah. Ok apa yang kita kena buat dengan baju kotor kita tu senang jek memula masukkan semua baju kotor tu dalam beg/karung.
Apabila dah sumbat semua baju kotor kita tu tibalah masa untuk kita letakkan di luar bilik kita. Tak apa tinggalkan sahaja di luar. Nanti messman akan datang ambil. Walaubagaimanapun sebenarnya ia terpulang kepada practice sesebuah kapal jugak sebab pernah aku naik dahulu kapal kepunyaan TS Marine kita kena hantar sendiri ke laundry room dan ambil semula lebih kurang empat atau lima jam kemudian. Ok dalam kes ini messman sangat baik hati mereka ambil dari depan bilik kita. 

Semua gambar di atas adalah merupakan laundry room di mana semua pakaian kotor, alas tilam, sarung bantal dan coverall semua penghuni di atas kapal di basuh. Oleh kerana mereka juga menggunakan dryer so nasihatnya janganlah bawak baju cantik-cantik  yang mahal sebab kebiasaannya selepas 2 atau lebih kali basuh maka baju kita menjadi kecut (atau badan aku atas kapal yang makin gemuk). Coverall pun semakin singkat jadinya so tak mungkinlah aku menjadi semakin tinggi atas kapal kan.

Semua process daripada messman ambil pakaian sehingga mereka meletakkan semula di hadapan bilik kita tu berlaku dalam tempoh shift yang sama sebab itu KPI messman. 

Begitulah serba sedikit bagaimana pakaian kotor kita di uruskan di atas kapal.

Wednesday, May 1, 2013

WORDLESS WEDNESDAY - SELAMAT HARI PEKERJA


Tuesday, April 30, 2013

BERKAWAN DENGAN DIVER

Untuk kempen offshore yang baru ini aku berpeluang berkenalan dan berkawan dengan team diver (AIR dan SAT) yang baru. Maksud aku mereka ini baru aku kenali kerana untuk job tahun lepas banyak menggunakan diver daripada Australia dan New Zealand. Apabila kita bekerja denga client kita berpeluang untuk review dan approve senarai project team termasuklah mereka, diver ini semua.

Aku terlupa mengambil gambar mereka tetapi ada lah sedikit yang sempat aku ambil di Airport Labuan sambil tunggu nak boarding.
 
Othman Shaari aka Man Black, bertopi (AIR diver) & Rohaizad (SAT Diver) 
Norhizam Shair aka Ejam (SAT Diver)
Zulkarnain Yeo aka Simon (SAT Diver)
Joshua Fensham aka Jason Statham "the transporter" (SAT Diver) 

Kepada mereka yang berminat bagaimana kehidupan sebagai diver bolehlah baca blog brother diver ni, Aku Menyelam Untuk Hidup. Aku tidak mengenali beliau lagi sebab dia merahsiakan identiti nya walau bagaimanapun aku berharap satu hari nanti aku dapat mengenalinya. Sebenarnya untuk menjadi diver ini banyak yang harus dikorbankan termasuklah wang ringgit dan masa bersama keluarga. Pulangan nya boleh tahan tetapi tidak tetap. 

Seronok mengenali mereka sebab mereka ini otai kerja offshore so banyak yang dapat kita pelajari dari pengalaman mereka. Free pulak tu ilmu mereka share dengan kita.

Monday, April 29, 2013

SUMBAGAN PETRONAS KEPADA TABUNG PERWIRA LAHAD DATU

Sumbangan PETRONAS kepada tabung welfare Ops Daulat Polis Diraja Malaysia (PDRM) and Tabung Perwira Lahad Datu kepunyaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) jugak kepada mangsa kepada hero yang terkorban.


Sumbangan sebanyak RM500K kepada setiap tabung and lebihan kepada keluarga hero yang terkorbang. Jumlah sumbangan PETRONAS ialah RM1.2 juta. Sumbangan disampaikan oleh Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin (EVP Downstream Business ) kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Haji Omar and Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin 


Majlis penyampaian sumbangan yang diadakan pada 19 April 2013 yang lalu di Police Headquaters Bukit Aman.

Apa yang aku cuba share di sini menunjukkan kami di PETRONAS sentiasa menghargai sumbangan mereka yang berkorban untuk mempertahankan negara. Ini juga aku rasa sebagai sebahagian program CSR PETRONAS. Walaupun boleh di tolak sebagai sebahagian daripada cukai corporate tapi still snd of the day PETRONAS tetap mengeluarkan sejumlah amoun yang bukan sedikit kepada kerajaan. 

Untuk sharing juga, mengikut Petroleum Development Act (PDA) 1976 kalau tak silap aku, boss PETRONAS report direct kepada Prime Minister. Kiranya boss PETRONAS adalah Kerajaan Malaysia, share holder tunggal tu. 

Sunday, April 28, 2013

CSR - PUSAT PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)


Gambar dibawah merupakan activiti CSR Alia iaitu di Pusat Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) di Seremban, Negeri Sembilan. Program yang perlu Alia sempurnakan sebagai sebahagian daripada program DPA dia.




Pintu Pagar PDK tersebut.

Sebelum
Selepas

 Unit DPA, JPA hanya keluarkan arahan tetapi tidak memberi sumbangan langsung so peserta lah yang harus mencari wang untuk melaksanakan program tersebut.Alhamdulillah berjaya di laksanakan dengan sumbangan daripada teman-teman baik ku. Alia sudah beberapa kali buat CSR program atas arahan JPA tetapi tulah sekadar arahan, maka untuk menyempurnakannya terpaksalah Alia dan aku meminta pertolongan mereka yang di sekeliling kami. 

Terima kasih kepada mereka yang membantu Alia menyempurnakan tugasan beliau.  Cerita lama cumanya baru nak share. Alia pun dah habis DPA.

Thursday, April 18, 2013

FIRE DRILL - MUSTER STATION


Muster Station istilah yang biasanya digunakan oleh orang di atas kapal untuk fire drill. Adalah biasa untuk muster station ini dilakukan sekali seminggu. Setaip orang yang menaiki kapal akan diberitahu berkenaan tempat berkumpul masing-masing dan biasanya dibahagikan ikut starboard atau port side. 
  

Apabila sampai ke tempat muster station, bergantung kepada system yang practice by vessel, kalau kapal yang aku naik kali ini mereka mintak kita pindahkan nama kita daripada papan nama putih ke papan bewarna merah.   

Selepas alih nama kita silalah masuk barisan untuk buat head count pulak. Selepas head count dibuat dan semua penjumlahan dah cukup bolehlah kita bersurai. Sebagai client onboard, boleh jugak kita sembunyikan diri biar mereka mencari sebab selagi tak jumpa mereka tidak boleh bersurai.



Wednesday, April 17, 2013

WORDLESS WEDNESDAY - DREAM


Monday, April 15, 2013

POLIS DUBAI PAKAI LAMBORGHINI

Polis Dubai mula menggunakan kereta ronda terbaru mereka iaitu lamborghini. Katanya sebuah beharga USD400K. Lamborghini merupakan kereta lagenda Italy tetapi sekarang kepunyaan Volkswagen Group.