Sunday, October 30, 2011

Lampu

Emak dan Abah hendak mencari lampu untuk rumah baru di Kuantan. Kebetulan pula mereka datang ke mari untuk menyampaikan kad jemputan kahwin Liyana, adik aku yang bongsu. Bila mereka bagi tahu hendak beli lampu sure dalam kepala hotak aku Puchong.

Aku tai sure ada berapa banyak kedai lampu di Puchong ni tapi aku sure lebih dari sebelah tangan bilangannya. Dahulu ketika Pak Ngah Alia mencari lampu untuk rumah Semenyih dia dah survey segala kedai yang ada di Puchong ni untuk mencari harga yang termurah. Pak Ngah ini jugak yang mengajar au skill bargain barang yang selalu aku gunakan untuk bargain harga barangan sampaikan kain kat Nilai yang berharga semeter RM20.00 / meter  boleh dapat RM8.00 / meter. Since aku dah tahu dan percaya kepada kebolehan Pak Ngah maka aku bawak parent aku ke kedai yang tersebut di Puchong.


OK gambar atas ni kalau korang nak tahu kipas berlampu jenama Vannus. Kipas ni Kak Red (blog) panggil "The Famous Transformer Fan". Korang boleh baca kat sini. Harga kat sini ada dua jenis iaitu bayar menggunakan CASH atau CREDIT CARD, dah tentu bayar CASH lebih murah. Kat sini harga yang mereka tawarkan ialah RM250.00.








Lampu syiling so kalau nak test korang kena mendongak ke atas dan on switch, dah sudah puas mencuba bolehlah mintak salah seorang staff mereka ambil dari store.






Ok inilah kedainya tempat parent aku beli lampu, Top Ten Lighthing Sdn Bhd gitulah bunyinya. Deretan rumah kedai ini adalah rumah kedai yang  mengadap jalan raya selari dengan Tesco malah merupakan deretan rumah kedai terakhir sebelum Tesco kalau kita ambil alih kawasan tu.

Tuesday, October 25, 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia


Pada 22 Jun 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA di Stesen LRT Kelana Jaya. Kedai yang diuruskan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad dikatakan menawarkan lebih 250 barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.

Apa yang aku nak share ialah Kedai Rakyat 1Malaysia yang terletak di bangunan KPDB, Persint 2, Putrajaya. Kedai ini dibuka setiap hari dari jam 0700 hingga 2200 (10 mlm). Actually emak aku yang nak sangat pergi kedai ni so akupun bawaklah sambil tu nak ushaa betul ke harga dia murah sangat.













Susu pekat kalau kat Tesco boleh dapat paling murah RM2.20 kat sini ko boleh dapat RM2.00.










Susu cair pada harga RM2.05 mana nak dapat beb tengoklah sendiri jenama F&N tu RM2.80. Pada aku barangan yang mereka sediakan adalah bagus dan selayaknya maksud aku, kalau beras 5% hancur tu orang kaya makan so janganlah cari di kedai rakyat 1 Malaysia ni, kalau korang cari 10% hancur insyaAllah ada dan lebih murah.




Kepada mereka yang biasa beli kat luar bolehlah compare harganya yek...validate betul ke lebih murah... Izinkan aku memberi sedikit komen tentang kedaiyang di Putrajaya ni, parking susah sikit so kalau korang nak senang datang weekend, park tepi jalan yang ada jalur kuning sambil-sambil jerling takut-takut pak polisi datang saman karang tak berbaloi pulak beli barang murah tapi kena bayar saman pulak.

Sunday, October 23, 2011

Puncak Niaga Holding Berhad join Oil & Gas Business

Aku baru tahu yang Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) telah menceburi business Oil & Gas (O&G). PNHB mempunyai banyak entiti perniagaan tetapi apa yang aku nak share ni ialah tentang Puncak Oil & Gas Sdn Bhd (POG), 1005 own by PNHB.

Ada 2 syarikat 100% own by POG iaitu Global Offshore Malaysia Sdn Bhd (GOM) dan KGL Ltd.

GOM - Menyediakan offshore personnel services dan renting machinery & vessels.
KGL Ltd - Offshore leasing of vessel and bareboat basis.

Menurut announcement yang POG buat kepada Bursa Malaysia bertarikh 28 september 2011 mereka telah acquired kesemua saham milik GOM & KGL Ltd so now dedua tu wholly own subsidiaries  of POG.


Gambar di atas adalah gambar kapal Derrick Lay Barge (DLB) 264. Kapal ini adalah milik POG.

Friday, October 21, 2011

Home Decoration (HOMEDEC) 2011

Setiap hari aku park kereta aku kat KL Convention Centre. Early bird kat sini RM10.00 sehari mahal RM2.00 compare park dekat Masjid Al-Syakirin. Tidak mengapalah sekarang pun musim hujan petang so tak payahlah nak pikul payung setiap petang. Setiap pagi aku akan memilih untuh melalui bahagian luar untuk ke Tower compare ikut trowong, so bila keluar lift tu kat G floor bolehlah tengok apa sedang berlaku kat KL Convention Centre ni. So apa salahnya aku bubuh jek kat blog nie, manalah tahu boleh memberi manfaat kepada sesiapa...



Sekarang sedang berlangsung Home Decoration (HOMEDEC) 2011 Exhibition. Agak menarik kerana HOMEDEC ada 2 part iaitu;
Part 1 - Design + Renovate (20 - 23 October 2011)
Part 2 - Furnish + decorate (27 - 30 October 2011)




Selamat melawat...

Thursday, October 20, 2011

Tan Sri Dato Sri Mohd Hassan Marican

Sudah lama tidak update blog ini. Cuma tertarik sebab terbaca tentang mantan President/CEO PETRONAS.  Beliau kini adalah Independent Director in the Board of Sembcorp Marine. Berita itu ditulis pada 11 October 2011. Katanya juga, mulai hujung tahun nanti Tan Sri akan berkhidmat sebagai External Director of Conoco-Philip.

Sebelum itu, beliau juga sedang berkhidmat sebagai Director of Sarawak Energy Berhad, Sembcorp Indutries, Singapore Power dan Lambert Energy Advisory Ltd.
Beliau pernah bekerja sebagai pengurus audit di Touche Ross & Company di London (1972–1980). Kemudiannya balik ke Malaysia dan bekerja di firma Hanafiah Raslan & Mohamed- Touche Ross & Co (1980–1989). Beliau telah bersama PETRONAS sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan .

Pada 1 Ogos 1991, Tan Sri Hassan Marican dilantik sebagai pengerusi PETRONAS Gas Berhad. Felo di Institute of Chartered Accountants di England dan Wales. Ahli Institut Akauntan Malaysia. Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS.

Tan Sri Hassan Marican pernah menjadi pengerusi PETRONAS Dagangan Berhad dan Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MSIC).Beliau juga pengerusi Engen Limited, Afrika Selatan, iaitu anak syarikat PETRONAS.

Diamanahkan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sejak Februari 1995. Menjadi Pemangku Pengerusi PETRONAS pada 2004 – 2010.