Saturday, November 23, 2013

AIRCOND KERETA PROBLEM JUMPA BOBBY

Lama betul aku tak menulis maklumlah nak share pasal kerja pun kena hati-hati Nandi tak pasal-pasal kena DI. Boss dah siap warning tu.

Hari ni ada cerita, share sikit pasal problem kereta "kebal" Ku.

Aircond Kereta waja aku problem actually since July 2013 masa aku balik from offshore. Terasa panas jek, so apa lagi pergi ke Kedai air cond di Kajang, Perniagaan Hawa Dingin & Accessory Jaya.

Dia check dan seperti aku jangka gas in the piping 0. Dia suggest suruh service dan check bocor aku jawab tak perlu dululah. Since then Aircond masih rasa so tidaklah aku pergi service.

Balik offshore baru ni masalah lama berulang lagi best awal pagi ketika hendak ke office. Panas gila on the way nak ke sekolah. Itu waktu pagi belum Kira waktu petang nanti ketika balik kerja. So petang itu cukup waktu kerja aku bergerak laju ke kedai di Presint 15. Sampai Kedai aku siap berpeluh-peluh ni.

Seperti dijangka gas dalam system kosong. Mereka suruh service dan Akan trace kat mana leak. Dah petang kot mana nak sempat buat tu semua so mereka agree untuk masukkan gas dahulu. Kenalah bayar RM 40.00. Kemungkinan bocor macam-macam Lah mereka kata compressor, cooling coil or piping.

Terminal kasih kepada GOOGLE aku search "service car aircond Kajang". Banyak gak result base on comment dalam beberapa forum tempatan. tapi antara yang paling banyank pop up pasal "bobby" Kedai kat Sg Chua.



Nama kedai ialah Kedai Hawa Dingin Kereta Chin Air-Cond & Accessories. Boss besar nama Bobby ada 3 orang pekerja sorang tu anak dia. Setup yang bagus gak sebab kalau Ada 2 kereta datang serentak bolehlah sebuah kereta buat berdua.


Tu permandangan ke arah SILK hiway exit Sg Chua / Kajang. Kalau datang dari arah ini ke arah Kajang maksudnya Kedai Bobby sebelah kanan.


Kalau nampak KFC / Hong Leong Bank sebelah kiri macam gambar atas maksudnya dah terlepas. Kalau dari arah Kajang ke arah Sg Chua, selepas traffic light simpang tiga sila pandang sebelah kiri, sebelum exit SILK hiway ke arah Putrajaya.

Oh ye berbalik cerita pengalaman aku dengan Bobby ni, tadi aku customer pertama dia sebab awal hari aku dah sampai, dengan tekak sakitnya. Check gas alamak cepatnya kurang. Bobby terus cakap ini tak payah cakap banyak tukar cooling coil, tak payah service. Aku dalam hati cakap aik Mamat ni jek yang cakap tak payah service orang lain semua nak service.

Macam tau apa Ada dalam kepala aku, bobby cakap "apa mau service u puny system bocor service buat apa." Ok ads logiknya. Siap pesan dengan aku jangan pergi mana-mana tengok depan mata, dalm 45 minutes siap dia kata.



Apa yang mereka buat, tak banyak pun;
1. Tukar cooling coil (evaporator)
2. Install 1 new block valve
3. Isi balik gas 134A
4. Workmanship

Semua di atas aku kena charge RM 460.00. Not so sure mahal ke murah ke or barpatutan. Dengan warranty selama 6 bulan, pengalaman menggunakan aircond setakat hari ini aku rasa pumas hatilah. Ada banyak gak tips dia share so kalau korang nak tahu kena Lah pergi sendiri.

Chin Aircond & Accessory
564 jalan Sg Chua,
43000 Kajang.
03-87334932; 019 332 4168; 019 2764168


3 comments:

  1. aku baru kina dengan bobby chin nie..warranry 6 bulan gak... tapi aku baru tukar tak sejuk gak..last2 dia cakap waja memang sejuk macam tu..aku dah pakai keta nie 10 tahun...sejuk yg tak sejukl lepas buat dengan dia..rm520 terbang wooo

    ReplyDelete
  2. Oh ok fairly enough thank you for sharing..apapun sampai semarang aircond kereta waja aku ok.

    ReplyDelete
  3. Aku dah pergi kedai Bobby ni.. dahla service mahal.. customer pun dia buat-buat tak layan.. so aku rekemen jangan pergi lagi..

    ReplyDelete