Majoriti rakyat Malaysia bersarapan pagi pasti minum Teh Tarik. Teh tarik telah dikenali serata dunia sebagai minuman kemestian kita. Malah aku telah beberapa kali berbicara dengan supplier dari Europe yang menyedari kegemaran kita in malah mereka turut menyukainya.
Dedua Teh Tarik, ada juga mengenali yang di sebelah kanan sebagai Teh Dangdut
Teh tarik (susu) biasanya diadun menggunakan pati teh dengan susu pekat (di Indonesia di panggil susu kental), untuk menambah kelazatan kalau di kedai mamak itu ditarik. Pernah jugak aku berkawan dengan anak tokey kedai mamak dan dia memberi tahu aku kalau serbuk Teh yang digunakan di kedainya adalah campuran 3 jenis serbuk teh. Aku cuma ingat dia campur Teh Boh dengan Teh cap Harimau satu lagi aku dah lupa. Sukatan pun dah lupa tapi secara teorinya teh cap harimau itu untuk nak bagi teh tu berwana pekat.
Mamak Teh Tarik satu (gambar copy dari blog ieatishootipost).
Sekarang aku kalau minum teh pasti order "TEH C KOSONG". Perbezaan dengan dengan Teh Susu biasa ialah tidak menggunakan susu pekat sebaliknya menggunakan susu cair. Selepas itu biasanya orang akan tambah gula untuk menrasai manis tapi aku tak bubuh sebab itu nama dia TEH C KOSONG.
Kawan breakfast aku sekarang di Level 4 pernah order TEH C KOSONG. Minum cuma seteguk jek....
No comments:
Post a Comment