Friday, November 30, 2012

Sudah Cukup Sudah

Sudah Cukup Sudah merupakan lagu nyanyian kumpulan Nirwana Band menjadi kegilaan kami di offshore bukan kerana minat dengan lagu jiwang tetapi lebih kepada mengingatkan diri sendiri cukup-cukuplah berada di offshore...


Kerja di offshore sangat stress terutama sebagai client rep. atas Installation Support Vessel (ISV) sebab kita kena buat keputusan what is next step apabila ada masalah. Maksudnya kita bekerja sebenarnya 7 hari seminggu dan 18 jam sehari. Sangat penat sebab kepala otak kena berfikir banyak benda dan kemungkinan apatah lagi mana ada project yang berjalan smooth sahaja.


YESSSS sudah 50 hari aku meninggalkan keluarga untuk bekerja. Maksudnya sudah 7 minggu + 1 hari....itupun ada lagi orang kat ashore tergamak suruh aku extend lagi seminggu...

Kesimpulan pentingkan diri sendiri jangan fikirkan orang lain sebab orang lain tidak pernak fkirkan diri kita...

Thursday, November 29, 2012

Bapa Yang Sangat Kejam

Adakah aku seorang bapa yang sangat kejam...aku edit sebenarnya gambar cerita di bawah ini dari blog member aku, Tungkai. Mungkin dia bermotif humor lucah tapi aku membacanya separuh jalan dan air mataku menitik.....


Mungkinkah Azizi jugak akan bertindak begitu kerana sudah terlalu lama sekali aku meninggalkan dia. Lebih sedih apabila Alia jugak tidak bersama Azizi kerana menghadiri krusus DPA dan minggu ini Alia mengharungi activiti OBS dia.

Aku pernah menyatakan kepada  emak aku semasa aku kecil yang aku tak suka pekerjaan bapa aku yang sering belayar dan meninggalkan kami. Bapaku seorang tentera laut dan sudah hampir pasti setiap tahun kami tidak dapat raya bersama. Aku nayatakan kepada emak ku yang aku tidak akan bekerja seperti bapaku. 

Ternyata sekarang aku membuat perkara yang hampir sama dengan bapaku dan pada tahun ini aku hampir tidak menyambut Aidilfitri bersama keluargaku.

Azizi Maafkan DD...akan DD cuba habiskan cuti DD untuk bersama Azizi sahaja...

Tuesday, November 27, 2012

PINDAH KAPAL

Setelah lebih sebulan aku menjadikan kapal ini sebagai rumah kedua ku akhirnya sampailah masa untuk berpisah dengannya. Sangat banyak pahit dan manis aku dia di atas kapal ini.
 Tengok tu back deck dia pun dah kosong dah sebab semua pre-comm spread dah demob tepi quayside. Rockwater 2 nak cepat masuk dock untuk buat dry dock sebab dengarnya January 2013 akan keluar ke Australia buat project untuk Santos pulak. 
Installation Support Vessel (ISV) dengan crane boleh buat offshore lift 200Ton memang aset yang sangat berharga kepada Subsea 7. Kapal ini dah tua sebenarnya tapi masih laku di pasaran. 


Oklah bye..bye...Rockwater 2, bye bye loyang offshore supply base, sempatlah aku makan nasi ayam singapore di Singapura. Kami hanya singgah selama 12 jam lebih kurang di Singapore ada orang pangil hand shake ada yang panggil jump boat terpulang lah...

Sunday, November 25, 2012

Rindu

DD sangat-sangat merindui mu sayang...maafkan DD kerana terpaksa berjauhan daripada mu.
Nenek Kuantan bagitahu DD sekarang Azizi bijak berbicara, mesti ikut talend DD kan....miss u sayang