Adakah aku seorang bapa yang sangat kejam...aku edit sebenarnya gambar cerita di bawah ini dari blog member aku, Tungkai. Mungkin dia bermotif humor lucah tapi aku membacanya separuh jalan dan air mataku menitik.....
Mungkinkah Azizi jugak akan bertindak begitu kerana sudah terlalu lama sekali aku meninggalkan dia. Lebih sedih apabila Alia jugak tidak bersama Azizi kerana menghadiri krusus DPA dan minggu ini Alia mengharungi activiti OBS dia.
Aku pernah menyatakan kepada emak aku semasa aku kecil yang aku tak suka pekerjaan bapa aku yang sering belayar dan meninggalkan kami. Bapaku seorang tentera laut dan sudah hampir pasti setiap tahun kami tidak dapat raya bersama. Aku nayatakan kepada emak ku yang aku tidak akan bekerja seperti bapaku.
Ternyata sekarang aku membuat perkara yang hampir sama dengan bapaku dan pada tahun ini aku hampir tidak menyambut Aidilfitri bersama keluargaku.
Azizi Maafkan DD...akan DD cuba habiskan cuti DD untuk bersama Azizi sahaja...
No comments:
Post a Comment