Sedang meeting petang semalam Alia call inform "malam ini dinner satay tulang", masa tu terdetik aik tulang pun buat satay tapi aku layan kan jek. Aku just response OK!! Hari yang tak best sebab kena balik lewat. Meeting di G Tower sampai jam 6.10 petang. Ambil pulak LRT dari stesyen Ampang pulang ke KLCC untuk amik kereta. Aduss....penat.
Inilah dia yang dipanggil Satay Tulang. Rupanya tulang ayam yang duduk dalam kepala aku tadi tulang lembu hahahahaha. Rasanya boleh tahan sebab biasanya tabiat kebanyakan kita makan KFC pastu part paling masyuk bila kita mamah tulang tu kan so ini lah dia kerja kita mamah tulang ayam. Ada jugak lah isi ayam tu.
Ini gambar ehsan daripada Alia. Sharing is caring. Satay Tulang Ayam sedang di bakar. Rasanya boleh tahan ada rasa manis dan rempahnya. Cuma yang potong sikit ialah kuah nya kurang menepati citarasa aku.
Nama warung itu SATAY AYANG PANTAI. Lokasi kena cerita sikit sebab Alia tak ambil GPS coordinate. Menurut cerita Alia, ambil LEKAS hiway keluar di exit ampangan keluar tu jumpa simpang 3 so belok kanan dan terus sejauh lebih kurang 3km, warung tersebut di sebelah kanan.
Kepada mereka yang mahu membuat tempahan silalah call no tertera.
Secara keseluruhan sekali lagi aku recomen untuk cuba makan, by the way berapa kali dah korang jumpa pun satay tulang ayam dalam hidup ni? Kenalan lama di TPS, Kak Im jugak mengiyakan satay sini sedap. Menurut kata geng motor besar selalu singgah makan. Mereka mula berniaga jam 5 petang dan kedai TUTUP SELASA.
No comments:
Post a Comment