Friday, March 29, 2013

KAPAL ATAS KAPAL SAPURA 3000 ONBOARD HAI YANG SHI YOU 278

Inilah yang dinamakan kapal onboard kapal. Sapura 3000 kepunyaan Sapura Acergy di atas kapal Hai Yang Shi You 278 dalam perjalanan dari Singapore ke Gulf of Mexico pada November 2012.

Aku masih belum berpeluang menaiki kapal Sapura 3000 ini mungkin satu hari nanti InsyaAllah so bolehlah aku menambah nama bilangan kapal yang pernah aku naik. Setakat setahun dan empat bulan keje dengan ANAK SYARIKAT ini aku dah merasa menaiki beberapa kapal malah ada yang aku naik sampai dua kali kapal yang sama. Jumlah hari offshore aku tahun lepas lebih kurang 105 hari. Ada dua kapal ni yang aku naik dua kali iaitu DSV Rockwater 2 dan SOV Windermere dan sebuah lagi ialah ROVSV Southern Ocean. Pada aku Souther Ocean memang terbaik sebab makan sedap, bilik selesa dan facility lain boleh tahan. 

Sekarang ini aku di atas, SOV Carlisle.
Mulanya campaign untuk 30 hari tetapi nampaknya seperti asyik ada tugas tambahan sahaja entahlah bila nak habis....

Monday, March 25, 2013

PROCESS HAZARD ANALYSIS (PHA) TOOLS AWARENESS TRAINING



Bukan tajuk kabur tu, tapi nak tunjuk lampu atas tu..

Pada bulan lepas aku berpeluang menghadiri krusus Process Hazard Analysis (PHA) Tools yang dianjurkan oleh Safety Department COMPANY. Antara objective mereka ialah;
i.  Memberi overview untuk keperluan PHA dalam DD.
ii. Berkongsi tarikh untuk PHA Training yang akan diadakan dalam tahun 2013
iii.  Roll out DD PHA Tool Checklist Guidebook. 

Krusus ini diadakan di Le Meridien Kuala Lumpur. Sangat mudah untuk ke sini dari KLCC, sebab krusus ini separuh hari makanya logicnya aku park kereta kat KLCC lah. Naik LRT dari KLCC turun di KL Sentral dan hotel ini terletak di bahagian belakang KL Sentral. Di adakan di Clarke Ballroom 1, sememangnya selesa.

Makan Dulu
Makan.
Tempat lepak sebelak tempat makan atas tu.


Satu lagi sudut gambar tempat lepak
Lampu atas kepala
Lampu atas kepala dalam dewan
Makanan kat sini boleh kasi 4 star daripada 5. Minum pagi dan tea break pun mewah jugak. Masa lunch makan kat coffee house, Latitude 03 boleh pulak nampak Sofea Jane, pehh memang kurus lah makcik ni, masih maintain lagi. 

Friday, March 22, 2013

Sunday, March 17, 2013

PETRONAS MOTORSPORT DEMO RUN

Kepada penggemar motorsport di Lembah Klang, terutama peminat F1 silalah ke sekitar Jalan P Ramlee dan Jalan Ampang untuk menyaksikan demo oleh Team Motorsport PETRONAS.

Highlight of the event tentu sahaja demo kereta F1.

Saturday, March 9, 2013

PEMANDU WANITA & SITE PARKING

Aku tension betul dengan pemandu wanita hari ini. Aku WA Alia hari ini tanya dia lunch apa dan dia khabo dia beriani. Terus kecur air liur orang kata. Tak apa jangan makan nasi beriani kita makan nasi "mandi". Kalau Putrajaya mana lagi ada kalau bukan Mr. Kebab kat Presint 15 lah.

Sampai area P15, Aku tengok ramai orang pakai bayu Melayu, sure sebab ada org majlis perkahwinan dekat depan yang menempatkan Pejabat Imigration untuk urusan passport tu.

Nampak satu side parking kosong aku pun apa lagi nak masuklah, boleh satu kakak ni turun dari Merz dia dan tahan tak kasi aku masuk sebab kawan dia nak masuk parking. Padahal kereta kawan dia dah parking jauh sikit. MasyaAllah dengan muka bengisnya tak kasi aku masuk. Tengok dedua pompuan pakai jubah hitam, wow kemain nak pergi kenduri kahwin ala-ala suci padahal perangai cam bangkai.

Malas aku nak gaduh tak ada mood fine aku beralah dan aku pergi parking tempat jauh yang kawan dia keluarkan kereta dan cuba park kat tempat yang aku nak masuk tu.

Aku dah siap order dalam Mr. Kebab ini pun kawan dia masih belum boleh masuk parking. Bangang tak reti side parking rupanya.

Korang pompuan berjubah menambah dosa aku jek maki korang akhirnya berlalu pergi sebab tak boleh masuk side parking tu.