Friday, March 29, 2013

KAPAL ATAS KAPAL SAPURA 3000 ONBOARD HAI YANG SHI YOU 278

Inilah yang dinamakan kapal onboard kapal. Sapura 3000 kepunyaan Sapura Acergy di atas kapal Hai Yang Shi You 278 dalam perjalanan dari Singapore ke Gulf of Mexico pada November 2012.

Aku masih belum berpeluang menaiki kapal Sapura 3000 ini mungkin satu hari nanti InsyaAllah so bolehlah aku menambah nama bilangan kapal yang pernah aku naik. Setakat setahun dan empat bulan keje dengan ANAK SYARIKAT ini aku dah merasa menaiki beberapa kapal malah ada yang aku naik sampai dua kali kapal yang sama. Jumlah hari offshore aku tahun lepas lebih kurang 105 hari. Ada dua kapal ni yang aku naik dua kali iaitu DSV Rockwater 2 dan SOV Windermere dan sebuah lagi ialah ROVSV Southern Ocean. Pada aku Souther Ocean memang terbaik sebab makan sedap, bilik selesa dan facility lain boleh tahan. 

Sekarang ini aku di atas, SOV Carlisle.
Mulanya campaign untuk 30 hari tetapi nampaknya seperti asyik ada tugas tambahan sahaja entahlah bila nak habis....

1 comment: