Monday, January 13, 2014

RAHSIA COCA COLA

Pada tahun 1886, seorang farmasi dari Atlanta bernama John Pemberton membuat "bancuhan" pertama Coca Cola dan menjualnya di Farmasi Jacob. Maka bermulalah era minuman Coca Cola yang mana nama Coca Cola itu sendiri telah diberikan oleh Frank Robinson, seorang penjaga akaun kepada John Pemberton.

Peti besi yang dahsyat bukan sahaja di mana-mana kasino tersohor di dunia tetapi juga di ibu pejabat Coca Cola bukan untuk menyimpan duit jualan coca cola tetapi untuk menyimpan resepi coca cola itu sendiri.

Peti Besi menyimpan rahsia resepi coca cola. Sumber website Coca Cola




Tuesday, January 7, 2014

REBATE TOLL


Rebate, semua orang hendak rebate tetapi malangnya tahun ini kita sebagai pengguna di Malaysia kehilangan satu lagi rebate.

Aku jugak hairan sebab orang di office aku ramai yang tidak menyedari berkenaan dengan rebate ini. Walhal aku dah lama claim rebate ini terutama sebelum pulang ke kampung untuk berhari raya. Ada syaratnya untuk layak di mana kita mesti menggunakannya sebanyak 80 kali sebulan. Memang aku cukup syarat tu sebab one way ke office aku melalui 2 tol maksudnya sehari aku lalu 4 kali. Sebulan katakan kerja 20 hari makanya sebulan aku lalu 80 kali lah. Itu belum termasuk perjalanan weekend aku ke Semenyih atau balik Kuantan.

Rebate 20% penggunaan tol yang diperkenalkan kerajaan bermula 1 September 2009 akhirnya tamat bermula 1 Januari 2014 seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan pada 31 December 2013. Sekali lagi kecoh hari tersebut sebab mereka ingat hari tu last claim rebate tu. Memang best orang Malaysia last minute kecoh gila.


Nasib baik zaman IT kan so senang kita hendak memeriksa betul ke fakta 31 December 2013 hari terakhir nak claim rebate tu so Tweet Touch n Go Malaysia explain redemotion rebate boleh seperti biasa maksudnya sehingga 31 December 2013 penggunaan tol tu masih boleh claim sehingga 30 June 2014.


Terlanjur dah nak top up sebab sekarang ini asyik berulang jauh pulak kan maka nya aku pun claim lah rebate aku tu sekali, makanya rebate amount terakhir ialah RM59.68 untuk aku.


Inilah orang kata masa ada tidak dihargai bila hilang dirindui...no more rebate untuk penggunaan toll adehhhh....












Monday, January 6, 2014

HOW TO BECOME ROV TECHNICIAN


Lama dah orang posting soalan tu tidak berkesempatan nak menjawab. Aku cuba menjawab secara umumlah kan. Semua pekerjaan professional ini mesti ada badan yang menyeliakan, sama jugak dengan ROV ni so kita biasanya merujuk kepada The International Marine Contractor Association  aka IMCA Guideline.

1. IMCA requirement
Boleh refer to IMCA C 005 latest revision seperti di bawah. Mestilah start dengan Grade II dan kemudian upgrade jadi Grade 1 kan.

Kalau diperhatikan untuk menjadi ROV Technician entry level kita kena meet requirement seperti yang digariskan dalam IMCA R 002. Photo bawah ni rupa document tersebut;
Untuk technical requirement setiap individu yang berminat mestilah mempunyai minimum, salah SATU daripada tiga yang di bawah;

Selain itu candidate jugak mestilah mempunya SEMUA quality seperti di bawah ini;
Bila ada semua di atas boleh lah mencari krusus ROV Familiarisation Basic Introductory Module yang dikendalikan oleh pusat latihan yang diiktiraf IMCA. Biasanya ROV pilot Malaysia sekarang ini ke Philippines untuk attend training. Reason yang biasa aku dengar sebab lebih murah compare yang ada di Singapore.  Pusat latihan tersebut dikendalikan oleh Subnet Services.
Perasan kan ada kos yang perlu di bayar. Ini terpulang ada company yang recruit orang untuk jadi ROV Trainee, mungkin kerana mahu menyedikan pelapis ataupun kerana keperluan contract mereka dengan O&G company, sebagai contoh antara added value yg PETRONAS masukan dalam contract apabila reach certain milestone company kena traine local personnel. Jika ini so company bayar kalau tidak bayarlah sendiri. Tips kat sini ialah cari company yang buat business ROV di Malaysia dan mulalah menghantar resume.

Selain itu berganung kepada keperluan O&G operator, ada yang mahukan ROV Tech melengkapkan High Voltage Trainig Course, First Aids  etc. Antara supplementary courses yang ditawarkan.

Sudah itu carilah kerja dan biasanya pada permulaan memang susah untuk menembusi pasaran professional offshore ni sebab nama kita belum dikenali tetapi selepas beberapa ketika insyaAllah banyak job menanti. Biasanya pengalaman min 2 sehingga 5 tahun telah ditetapkan oleh Client so usahalah jadi ROV Tech Trainee dahulu. Jangan lupa networking jugak.

Oklah harapan aku semua info di atas mampu menjawap soalan orang yang bertanya ini. Dia malu tidak mahu dikenali, anonymous.

Friday, January 3, 2014

AKU YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG


Mamat baju kuning tu bernama Tegar Septian atau lebih terkenal dengan nama Tegar. Orang Indonesia yang terpaksa berhenti sekolah kerana mencari wang untuk menyara hidup sekeluarga. Aku tak perasan pun Tegar ini yang duduk di belakang kami dalam pesawat ke Kota Kinabalu. Cuma masa turun tu kakak iparku sekeluarga bergambar dengan dia dan aku bertanya siapa yang korang ambil gambar tu? Ohhh rupanya Tegar. So aku pun ambil jugak lah gambar dengan dia hehehehe...

Ok layan youtube dia jom....


Thursday, January 2, 2014

TAKRIF ELEKTRIK MALAYSIA VS SINGAPORE TAHUN 2014


Semalam 1 Januari 2014 ini bermaksud rakyat Malaysia, akan mula merasai kenaikan harga tarif elektrik.



Sumber: Web TNB

Sebaliknya jiran kita di Singapore pula akan mula menikmati penurunan harga tarif elektrik kerana turunnya harga gas.

Sumber: Channel NewsAsia.


Oh ye kalau korang hendak tahu apa tu SP Services (Singapore Power), ia merupakan syarikat pembekal electrik d Singapore seperti TNB di Malaysia. Chairman dan Independent Director nya ialah rakyat Malaysia yang bernama Tan Sri Mohd Hassan Marican, sila rujuk sini.