Tuesday, March 18, 2014

MAKAN KETAM

Ini merupakan kali pertama aku mencuba "baked crab" sebenarnya. Dua tahun berulang alik ke Labuan sebelum ini tidak pernah pulak jumpa menu ini, padahal sesiapa saja ke Labuan menu wajib di Labuan sudah tentu ketam. Tempat yang glamour di Labuan untuk menikmati ketam sudah tentulah Anjung Ketam. 


Menu ini aku cuba di Pekan Chukai, Kemaman, Terengganu. Ada beberapa restauran yang menghidangkan menu ini di Kemaman. Selain daripada Restaurant ini namanya Restaurant Malaysia Seafood turut ada menghidangkan menu ini ialah Tong Juan Restaurant. Kalau tekak jenis nak makan yang pedas haruslah ke Restaurant Malaysia Seafood sebab base on feedback Tong Juan hidangkan makanan yang tidak pedas.
Dedua restaurant yang aku sebut ni sebenarnya dipisahkan oleh sebuah kedai sahaja iaitu Kedai Foto. Kedai ini terletak di Jalan Suleiman, main road Bandar Chukai. Satu lagi penunjuk ialah depan water front Kemaman.

ketika kami menunggu makanan, geng aku ke toilet sempat aku bisik kat dia cuba ko “usha" kawasan dapur. Dia pun kata beres. Apa korang rasa  feedback yang aku dapat? To my suprise member aku siap cakap bersih gila, kedai tomyam dan mamak pun tak boleh lawan. Maksudnya ada tanda A untuk kebersihan tu betullah.

Oklah senang zaman sekarang macam-macam alat boleh guna untuk mencari restaurant ini. Kesimpulan aku kepada ketam tu rasanya 7/10.


No comments:

Post a Comment