Sunday, March 27, 2011

Konvokesyen ke 46 UTM



46th Convocation atau Konvokesyen ke 46, Universiti Teknologi Malaysia dari 26 hingga 27 Mac 2011. Istiadat yang juga mengistiharkan Pro-Canselor yang baru.

Majlis ini penting buat keluarga kami kerana Alia menerima Sarjana Kejuruteraan Mekanikal - M.Eng. (Mech.).







Banyak cabaran Alia, aku dan Azizi lalui dalam Alia pencarian sarjananya. Paling hebat adalah PENGORBANAN. Ini dilakukan bukan sahaja kami tetapi juga keluarga besar kami.

Ingatan kepada mereka yang berhajat menggenggam Sarjana ialah Tanya hati betul2 ke kita berazam dan memahami yang kita mahukan Sarjana itu sebab orang sekeliling kita mungkin berkata mereka faham situasi kita sambung belajar tetapi sebenarnya mereka tidak mampu memahami lebih Dari kita yang melaluinya.

Alia mencabar aku untuk buat Sarjana buat diriku pulak. Aku harus bertanya pula kepada diri aku sudah bersediakah untuk berkorban sekali lagi dan memahami diri sendiri tentang hasrat memiliki Sarjana.




Congratulation...sayang.

Aku jugak nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahmad Fadzli @ gadget sebab tolong bawak kami sampai tepi Dewan Konvo lagi. Masa turun dari Avanza Gadget tu siap staff yang menunggu tepi dewan perli lagi "nasib baik ada saudara, senang sikit". Ye memang betul nasib baik ada gadget senang kami. Bukan setakat tolong hantar ke dewan malah amik kami dari dewan hantar ke tempat penginapan kami.

Petang itu kami (Aku,Alia, Azizi dan Diana) masuk ke UTM semula untuk mengambil gambar bersama dengan Alia pakai jubah, nampaknya harga yang ditawarkan oleh kelab photography UTM lebih murah dari harga di kedai gambar di Taman Universiti maka kami bergegas ke dalam UTM semula. Selesai bergambar, Alia nak pulang jubah malangnya dah tutup. Esoknya sekali lagi Gadget menjadi tempat kami meminta pertolongan kerana tempat pemulangan jubah adalah bersebelahan dengan dewan Sultan Iskandar maka ramailah "Pak Guard"berkawan dan hanya kenderaan berpelekat petugas /VIP dibenarkan masuk. Sekali lagi terima kasih Gadget, jasamu dikenang.




Budak nie marketer yang bagus, Alia dan emak sedang memilih..




Macam biasa...bunga color pink gak menjadi pilihan...
Pulai Spring Resort
22:55

No comments:

Post a Comment