Thursday, April 26, 2012

Parking

Semasa aku tinggal di Kuaters Kakitangan Kerajaan Presint 15, masalah parking merata-rata dan block kenderaan lain menjadi masalah besar. Belum lagi cerita orang yang tidak faham bahasa main park kereta mereka di tempat yang di khaskan untuk golongan kurang upaya.

Sekarang aku menetap di Presint 17, masalah yang sama masih menghantui di apartment ini. Sebenarnya di Presint 17 ini lebih bernasib baik sebab parking bertutup yang disediakan lebih banyak kalau compare dengan presint 15. Selain itu banyak juga lot parking yang disediakan di rungan terbuka.  Susah apabila semua orang lebih pentingkan diri sendiri, terimalah hakikat yang kita ini tinggal di apartment kakitangan kerajaan makanya banyak kemudahan yang harus dikongsi bersama tidak terkecuali parking lot. Kalau dah tengok tempat berbumbung penuh tidak perlulah main parking asal boleh sahaja.

Beberapa hari lepas Bahagian Perumahan dan Hartanah (BPH) telah mengedarkan memo memaklumkan larangan parking merata ini nampaknya kurang berkesan juga sebab masih ramai buat ikut kepala sendiri parking asal boleh. Buktinya ada yang kantoi!!!





Dua biji kereta di atas ini memang aku ak puas hati sebab tidak reti bahasa sungguh park di tempat untuk golongan cacat.

Korang ini pegawai kerajaan, malulah sedikit dengan attitude begini masyaAllah...

Apapun tahniahlah lagipun kan gaji beserta tunggakan baru dapat so bolehlah share sikit dengan BPH, tidak luak mana pun kan.

Wednesday, April 25, 2012

PETRONAS GAS DELIVERY

 Ada tak pengalaman korang bila sedang masak tetiba gas habis, ingat PETRONAS GAS DELIVERY, biasanya isteri lah masak kan suami melepak jek so untuk para suami jangan risau tak perlu tinggalkan TV tu call jek PETRONAS GAS DELIVERY 1 300 888 427

Selepas ini korang boleh senyum sebab bila isteri korang menjerit abang!!!!!!! gas habis...ada jalan penyelesaian terbaru iaitu melalui no 1 300 888 427. Sekarang PETRONAS Dagangan memang sedang buat promosi untuk memperkenalkan service ini.

Aku percaya, service ini menggunakan platform sedia ada mereka sebab sebelum ini kalau korang perasan ada agen PETRONAS Gas yang jugak menyediakan perkhidmatan ini cumanya korang kena tahu no phone mereka lah kan dan mesti korang perasan sesetengah station minyak PETORNAS jugak menawarkan gas dalam tong ni.

So apa yang special kalau kita call no. ini, sudah tentu ada kelebihan kan kalau tak buat apa aku nak tolong promo, korang boleh collect point kad mesra korang, ini for sure agent gas tidak mampu menawarkan nya. Sebagai contoh kalau korang beli gas 14kg so korang boleh dapat 14 point. Kalau staff PETRONAS tu point mereka kali 3 lah. Selamat menggunakan service ini. Bila gas habis kat rumah aku nanti aku cuba dan bagi feed back kat sini. Gas masih banyak aku duk postpone nak post benda ni dari awal bulan hari tu.

update;
Saksikan Video Promo Gas PETRONAS


Kelebihan menggunakan perkidmatan ini ialah;
i.  Mata ganjaran kad mesra 
ii.  Pemeriksaan Keselamatan
iii.  Krew Terlatih

Tuesday, April 24, 2012

Cerita Lucu

Pagi ini seperti biasa keluar rumah setelah selesai solat subuh. Sekarang pun waktu Solat subuh awal lebih kurang jam 5.45 pagi.

Masuk dalam lift lebih kurang jam 6.10 pagi. Lift berhenti di tingkat 10. Elok lift terbuka menjerit mamat berpakaian pekerja Panasonic Shah Alam. Siap menggigil lagi siap dan reaksi muka yang penuh ketakutan.

Bila dah ok sikit dia cakap dia terperanjat dia sebab biasanya dia seorang jek pagi-pagi naik lift. Heheheh maksudnya ko baru lagi lah tu pindah. Agak dah lama jugak aku naik lift ni awal pagi.

Sunday, April 15, 2012

Mercedes AMG PETRONAS Win Shanghai GP 2012

Nico Rosberg menang hari ini. Gembira jugak sebab dari tahun lepas aku duk sokong team ni tapi tiada kemenangan yang membanggakan. Perlumbaan dimulakan dengan dua bijik kereta Mercedes AMG PETRONAS berada di depan.

Agak malang bagi Michael Schumacher apabila terpaksa bersara awal selepas pusingan ke 13 apabila tayar hadapan sebelah kanan tidak dipasang dengan betul ketika ‘pit stop’ yang pertama. Nico dihadapan Jenson Button 20.626 saat.

Semoga team ini buat yang terbaik jugak tahun ini dan next GP kat Bahrain.