Wednesday, April 25, 2012

PETRONAS GAS DELIVERY

 Ada tak pengalaman korang bila sedang masak tetiba gas habis, ingat PETRONAS GAS DELIVERY, biasanya isteri lah masak kan suami melepak jek so untuk para suami jangan risau tak perlu tinggalkan TV tu call jek PETRONAS GAS DELIVERY 1 300 888 427

Selepas ini korang boleh senyum sebab bila isteri korang menjerit abang!!!!!!! gas habis...ada jalan penyelesaian terbaru iaitu melalui no 1 300 888 427. Sekarang PETRONAS Dagangan memang sedang buat promosi untuk memperkenalkan service ini.

Aku percaya, service ini menggunakan platform sedia ada mereka sebab sebelum ini kalau korang perasan ada agen PETRONAS Gas yang jugak menyediakan perkhidmatan ini cumanya korang kena tahu no phone mereka lah kan dan mesti korang perasan sesetengah station minyak PETORNAS jugak menawarkan gas dalam tong ni.

So apa yang special kalau kita call no. ini, sudah tentu ada kelebihan kan kalau tak buat apa aku nak tolong promo, korang boleh collect point kad mesra korang, ini for sure agent gas tidak mampu menawarkan nya. Sebagai contoh kalau korang beli gas 14kg so korang boleh dapat 14 point. Kalau staff PETRONAS tu point mereka kali 3 lah. Selamat menggunakan service ini. Bila gas habis kat rumah aku nanti aku cuba dan bagi feed back kat sini. Gas masih banyak aku duk postpone nak post benda ni dari awal bulan hari tu.

update;
Saksikan Video Promo Gas PETRONAS


Kelebihan menggunakan perkidmatan ini ialah;
i.  Mata ganjaran kad mesra 
ii.  Pemeriksaan Keselamatan
iii.  Krew Terlatih

1 comment: