Semasa aku tinggal di Kuaters Kakitangan Kerajaan Presint 15, masalah parking merata-rata dan block kenderaan lain menjadi masalah besar. Belum lagi cerita orang yang tidak faham bahasa main park kereta mereka di tempat yang di khaskan untuk golongan kurang upaya.
Sekarang aku menetap di Presint 17, masalah yang sama masih menghantui di apartment ini. Sebenarnya di Presint 17 ini lebih bernasib baik sebab parking bertutup yang disediakan lebih banyak kalau compare dengan presint 15. Selain itu banyak juga lot parking yang disediakan di rungan terbuka. Susah apabila semua orang lebih pentingkan diri sendiri, terimalah hakikat yang kita ini tinggal di apartment kakitangan kerajaan makanya banyak kemudahan yang harus dikongsi bersama tidak terkecuali parking lot. Kalau dah tengok tempat berbumbung penuh tidak perlulah main parking asal boleh sahaja.
Beberapa hari lepas Bahagian Perumahan dan Hartanah (BPH) telah mengedarkan memo memaklumkan larangan parking merata ini nampaknya kurang berkesan juga sebab masih ramai buat ikut kepala sendiri parking asal boleh. Buktinya ada yang kantoi!!!
Dua biji kereta di atas ini memang aku ak puas hati sebab tidak reti bahasa sungguh park di tempat untuk golongan cacat.
Korang ini pegawai kerajaan, malulah sedikit dengan attitude begini masyaAllah...
Apapun tahniahlah lagipun kan gaji beserta tunggakan baru dapat so bolehlah share sikit dengan BPH, tidak luak mana pun kan.
No comments:
Post a Comment