Friday, April 5, 2013

TORQUE TOOL TERTINGGAL

Kami semua di Labuan bersama kapal SOV Carlisle untuk proces menukar barang-barang keperluan untuk ofshore campaign kami. Proces ini jugak dipanggil interim mob. 

Kapal kami masuk berth kat ASB Labuan. Biasalah kat sini masuk kena ada work nak buat kalau dah tak ada keje terus kena halau keluar. Malam tu kapal dah siap bunkering dan pagi tu kul 0700hrs terus kena halau keluar, so kapal ke anchorage Labuan.

Ada pulak arrangement dari PMT untuk bawak ROV torque tool from AKER yard Labuan untuk load atas kapal, jam 0900hrs. Bila AKER personnel pergi tepi jetty pagi tu memang dah tak ada lah kapal kami yang ada kapal lain.
Dengan penuh bersemangat kami arrange barang-barang ni supaya boleh naik kapal kami, apalagi contact keliling untuk cari boat supaya boleh transfer semua barang ni.
Kalau di Labuan ni senang sahaja sebenarnya nak dapatkan boat kalau hendak ke anchorage area. Naik water taxi Sri Ganti cukup murah sorang kena bayar RM5.00 cuma kalau malam depa charge RM10.00. Nama pun water taxi memang ganas lah, pengalaman aku sendiri naik baru jalan dalam 10 meter, terus air menderu masuk, selamba pilot boat cakap kat aku abang tolong sumbat ni, sambil hulurkan getah macam penutup botol arak tu, aku tanya nak sumbat mana, selamba dia cakap kat lubang sebelah luar boat dan bila aku tengok betul-betul kat water line. Memang kerja gila. Tobat aku dibuatnya.
Oleh sebab itu aku decided untuk ambil boat yang lebih selamat lagipun amanah boss cakap ko decide after consider all risk.
Akhirnya kami semua selamat sampai ke vessel kami bersama barang-barang yang diamanahkan.


1 comment:

  1. Teksi air..haha. katalah ko dah smpi jeti nanti dia suruh ko lompat naik jeti. Mmg gilos...

    ReplyDelete