Sunday, June 30, 2013

F1 BRITISH GRAND PRIX


Tayar kereta Lewis Hamilton meletup
F1 British Grand Prix baru sudah berakhir dengan drama tyre failure affected 5 buah kereta.


Pemenang pusingan ini ialah Nico Rosberg yang merupakan pelumba pasukan Mercedes PETRONAS di hadapan Mark Webber dan Alonso. Seorang lagi pelumba pasukan Mercedes PETRONAS iaitu Lewis Hamilton  kurang bernasib baik hanya berjaya meamatkan pelumbaan di tempat ke 4 dimana beliau sebenarnya pada hari ini memulakan perlumbaan dari peta yang pertama. Ini agak menyedihkan jugak sebab bagi Hamilton berlumba ni negara sendiri adalah manis kalau dapat naik podium.

Perlumbaan seterusnya di Nurburgring, German.

Monday, June 24, 2013

NO SMOKING AT THE FRONT OF PETRONAS TWIN TOWER

Email yang aku terima dari KLCC Urus Harta.

Bertindak daripada aduan merokok di pintu masuk KLCC oleh orang awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan telah menjalankan pemeriksaan pada 5 Jun 2013. Sudah tentu memang kantoi sangat ramai mereka yang merokok di situ kerana majoriti adalah mereka yang bekerja di Twin Tower tu kan.

Walaupun telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok boleh pulak KLCC Urus Harta sediakan tong sampah yang mempunyai bekas habuk rokok. Yelah kalau tidak mau bersepah depan tu. 

Alhamdulillah lepas ini sedap sikit bau udara depan tu bila petang aku hendak turun ke parking kereta.


Sunday, June 16, 2013

GILIRAN MAXIS



Hari itu aku share UNIFY mintak maaf baru kejap ni dapat message from MAXIS pulak mintak maaf secara kedekut, tak boleh buat call sebagai ganti bagi sms free sahaja sehingga sebelum tengah malam esok.

Mereka ini tidak sensitive berapa impact kita sebagai pengguna tidak dapat buat panggilan. What to do dah lama dimanjakan nak call tekan sahaja tetiba tidak boleh call.

Friday, June 14, 2013

TAZKIRAH JUMAAT : MARAH

Sebuah iktibar sebelum nak marah marah pada sesuatu...

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.  Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. 

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.  Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. 

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.” Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Thursday, June 13, 2013

TAHNIAH BUAT ZAHID DAN SARAH

Tahniah buat Ahmad Zahid Baharuddin dan pasangannya Sarah, sah sebagai pasangan suami dan isteri. OH YE, kepada mereka yang tak tahu, Zahid ni juara AF musim ke 2 dan sekarang DJ Radio Era.


Sedang makan di Miri tadi setelah sampai dari Labuan tetiba dapat whatsapp daripada isteri kesayangan bertanya BETUL KE TU KAT MIRI?, pastu hantar gambar Zahid berkahwin. 

Sama ke muka aku dengan Zahid?

Tuesday, June 11, 2013

POANG ARMCHAIR AKHIRNYA



POANG ARMCHAIR ini dah lama gila aku usha nak beli. Semenjak sebelum kahwin lagi pergi ikea dgn Alia cakap nak beli dan mesti end up dengan nanti lah or lain kali lah. Setelah lebih daripada 6 tahun baru hari ini aku menunaikan hasrat beli. Sebagai bonus beli sekali footstool.

Bahagian paling gempak sekali sudah tentu masa nak pasal. Maklumlah DIY kan so anak bujang aku ni pun sibuk sugak lah nak memasang bersama. Sibuk kita nak memasang sibuk jugaklah dia nak memasang. Sibuk amik screw allan bagai...aduss serabut jugak lah tapi nak kasi jugak dia exposure dan explore something new so bersabar jugak lah. 

Setelah bersusah payah anak beranak maka siaplah kerusi idaman aku ini..ops ini aku beli hari ahad lepas yek....

Monday, June 10, 2013

MY HYPP TV TAHNIAH TO TM

Pada 5 June yang lepas aku sampai rumah dan Alia inform tak boleh tengok TV. Tiada siaran, aik takkan HYPPPTV ni buat perangai macam ASTRO gak bila hujan tiada siaran.

Aku call customer service TM UNIFY...peh punya lah susah nak connect....Nasib baik guna phone yang connected dengan unify tu ada function redial so tekan punya tekan punya tekan akhirnya dapat cakap dengan customer service.

Ayat pertama dia cakap "Maaf Encik" Hypp TV memang mengalamai masalah di seluruh negara. Lepas tu baru tanya nama aku...oklah sejuk sikit sebab sebut maaf dahulu... 

Apa yang aku difahamkan technician TM sedang berusaha keras untuk memulihkan kembali siaran yang tergendala. So tidak berpeluang menonton TV lah kami sekeluarga malam itu. Bengang jugak lah kan bayar penuh ni...

Pada keesokan hari nya lebih kurang jam 0900hrs aku call maid aku tanya TV dah ok tak sebab aku risau nanti anak bujang aku nak tengok  rancangan cartoon dia. Ok dah ok kata maid aku. 


Kemudiannya aku menerima email di atas....ini sebagai tanya penyesalan TM ok lah ni... at least aku bayar full tu berbaloi -baloi....

TQ kerana berusaha menjaga hati pelanggan.

Friday, June 7, 2013

TAZKIRAH JUMAAT: PESANAN IMAM HASSAN AL BARI.




Aku tahu rezekiku tidak mungkin diambil orang lain kerana itu hatiku tenang
Aku tahu amal-amalku tidak mugkin dilakukan oleh orang lain, maka aku sibukkan diriku untuk beramal
Aku tahu Allah selalu melihat kerana itu aku malu bila Allah mendapati aku melakukan maksiat
Aku tahu kematian menantiku maka kupersiapkan bekal untuk berjumpa Rabbku.

Pesanan daripada Imam Hassan Al Bari.

Thursday, June 6, 2013

BAHULU CLASSIQ

Baru-baru ini aku berkesempatan menemani parent aku ke Batu 18, Kg Jawa, Hulu Langat, Selangor untuk menempah bahulu untuk dijadikan cenderamata di hari perkahwinan adik aku yang ketiga.

Gambar di atas merupakan Cafe Bahulu Classiq
Signage Cafe Bahulu Classiq.
Menu yang mereka jual di Cafe Bahulu Classiq. Malangnya hari Isnin tutup so tidak merasalah aku.

Bila lah nak ada rumah sendiri boleh aku deco halaman rumah buat aliran air sebab mendengar bunyi aliran itu boleh mengasyikkan.

Ini aku agak bengang sebab dah lama aku usha kerusi macam ini tapi belum belum berkesempatan (atau wang menizinkan) untuk aku beli satu.
Bercerita pasal cenderamata yang boleh dipilih daripa mereka ini agak merambangkan mata aku untuk memelih so aku serahkan kepada emak untuk pilih yang mana satu.

Boleh visit halaman sesawang mereka di http://www.bahuluclassiq.com untuk keterangan lanjut.

Tuesday, June 4, 2013

KENAPA SAYA SUKA PERGI OFFSHORE

Kenapa saya suka pergi offshore?
 Reason pertama aku biarlah aku kongsikan yek.  Sebab sangat senang hendak makan ikan fresh.


Jangan jealous yek. Bila tekak terasa nak makan sup ikan,  siap boleh gi pelan-pelan cakap kat SAT Diver, tolong tangkap ikan merah nak buat sup.

Nasib engkau lah BO jadi model dalam blog aku hahahha....hopefully one day ko baca blog aku, masa tu jangan mara tau...kita kan kawan...hahhahahah.....BO ko ni boss nelayan apa banyak sangat posing dengan ikan jek ni hahahahahha....
Semua ikan ini kiranya laut dalam lah kan kalau dah diver tangkap di kedalaman 72 meter kot....Satu lagi kalau korang dapat cook Philippine, layan gak kalau korang makan sup ikan mereka rasa masam-masam sikit..pehhh tetiba tertelan air liur sendiri pulak sambil menulis ni.