Monday, May 26, 2014

PETRONAS LANCAR PETROL BARU PRIMAX 95


Hari ini PETRONAS atau lebih tepat PETRONAS Dagangan melancarkan minyak formula baru buat yang dipanggil PRIMAX 95.

Semalam pun kawan aku ahli kelab PETRONAS Motorsport dapat invitation untuk launching ni, macam biasa sebagai balasan nanti dapatlah boucher minyak free.

Well kenapa perlu beralih kepada minyak PETRONAS, well boleh baca kat bawah ni heheheh....


Sunday, May 25, 2014

FORMULA 1 DAN PETRONAS


Berabuk dah tak update blog ni, kerana tuntutan tugas tak sempat nak update. Oleh kerana berita penting ini saja nak share...

PETRONAS mengumumkan terus menyokong Mercedes AMG PETRONAS Formula One Team. Musim ini merupakan musim ke 20 PETRONAS terlibat dengan Formula 1.

Agreement yang di tandatangani oleh President and Group CEO PETRONAS, Tan Sri Dato’ Shamsul Azhar Abbas ketika Monaco Grand Prix. Maksudnya tahun-tahun ke hadapan masih boleh berbangga melihat nama PETRONAS di badan Silver Arrow.

Detail ada dimuat kan di lawan web PETRONAS, boleh baca di sini.


Sunday, March 30, 2014

Tuesday, March 18, 2014

MAKAN KETAM

Ini merupakan kali pertama aku mencuba "baked crab" sebenarnya. Dua tahun berulang alik ke Labuan sebelum ini tidak pernah pulak jumpa menu ini, padahal sesiapa saja ke Labuan menu wajib di Labuan sudah tentu ketam. Tempat yang glamour di Labuan untuk menikmati ketam sudah tentulah Anjung Ketam. 


Menu ini aku cuba di Pekan Chukai, Kemaman, Terengganu. Ada beberapa restauran yang menghidangkan menu ini di Kemaman. Selain daripada Restaurant ini namanya Restaurant Malaysia Seafood turut ada menghidangkan menu ini ialah Tong Juan Restaurant. Kalau tekak jenis nak makan yang pedas haruslah ke Restaurant Malaysia Seafood sebab base on feedback Tong Juan hidangkan makanan yang tidak pedas.
Dedua restaurant yang aku sebut ni sebenarnya dipisahkan oleh sebuah kedai sahaja iaitu Kedai Foto. Kedai ini terletak di Jalan Suleiman, main road Bandar Chukai. Satu lagi penunjuk ialah depan water front Kemaman.

ketika kami menunggu makanan, geng aku ke toilet sempat aku bisik kat dia cuba ko “usha" kawasan dapur. Dia pun kata beres. Apa korang rasa  feedback yang aku dapat? To my suprise member aku siap cakap bersih gila, kedai tomyam dan mamak pun tak boleh lawan. Maksudnya ada tanda A untuk kebersihan tu betullah.

Oklah senang zaman sekarang macam-macam alat boleh guna untuk mencari restaurant ini. Kesimpulan aku kepada ketam tu rasanya 7/10.


Monday, January 13, 2014

RAHSIA COCA COLA

Pada tahun 1886, seorang farmasi dari Atlanta bernama John Pemberton membuat "bancuhan" pertama Coca Cola dan menjualnya di Farmasi Jacob. Maka bermulalah era minuman Coca Cola yang mana nama Coca Cola itu sendiri telah diberikan oleh Frank Robinson, seorang penjaga akaun kepada John Pemberton.

Peti besi yang dahsyat bukan sahaja di mana-mana kasino tersohor di dunia tetapi juga di ibu pejabat Coca Cola bukan untuk menyimpan duit jualan coca cola tetapi untuk menyimpan resepi coca cola itu sendiri.

Peti Besi menyimpan rahsia resepi coca cola. Sumber website Coca Cola




Tuesday, January 7, 2014

REBATE TOLL


Rebate, semua orang hendak rebate tetapi malangnya tahun ini kita sebagai pengguna di Malaysia kehilangan satu lagi rebate.

Aku jugak hairan sebab orang di office aku ramai yang tidak menyedari berkenaan dengan rebate ini. Walhal aku dah lama claim rebate ini terutama sebelum pulang ke kampung untuk berhari raya. Ada syaratnya untuk layak di mana kita mesti menggunakannya sebanyak 80 kali sebulan. Memang aku cukup syarat tu sebab one way ke office aku melalui 2 tol maksudnya sehari aku lalu 4 kali. Sebulan katakan kerja 20 hari makanya sebulan aku lalu 80 kali lah. Itu belum termasuk perjalanan weekend aku ke Semenyih atau balik Kuantan.

Rebate 20% penggunaan tol yang diperkenalkan kerajaan bermula 1 September 2009 akhirnya tamat bermula 1 Januari 2014 seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan pada 31 December 2013. Sekali lagi kecoh hari tersebut sebab mereka ingat hari tu last claim rebate tu. Memang best orang Malaysia last minute kecoh gila.


Nasib baik zaman IT kan so senang kita hendak memeriksa betul ke fakta 31 December 2013 hari terakhir nak claim rebate tu so Tweet Touch n Go Malaysia explain redemotion rebate boleh seperti biasa maksudnya sehingga 31 December 2013 penggunaan tol tu masih boleh claim sehingga 30 June 2014.


Terlanjur dah nak top up sebab sekarang ini asyik berulang jauh pulak kan maka nya aku pun claim lah rebate aku tu sekali, makanya rebate amount terakhir ialah RM59.68 untuk aku.


Inilah orang kata masa ada tidak dihargai bila hilang dirindui...no more rebate untuk penggunaan toll adehhhh....