Monday, August 4, 2014

HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sudah lama tak menulis diari hidup ku ini. Hendak sangat menulis tetapi apakan daya selalu sangat buat-buat busy. Sempena Hari Raya Aildilfitri ini kita start menulis semula lah.

Tahun ini aku mulakan dengan bertugas di Kuantan dan hanya bermula 1 July 2014 aku kembali ke office di KL. SYMP, saya yang menurut perintahkan apa boss suruh kita buat. Email daripada boss kata aku swap dengan rakan rakan sepejabat dan pesanan boss kena ensure hanover smooth. Semenjak dapat email tu aku cuba kemas kini semua filing di Kuantan supaya yang mengambil tugas aku mudah untuk membuat rujukan. Aku prepare handover note kepada orang dan aku jugak siapkan soft copy dalam thumb drive untuk rujukan dan panduan dia.  Cuma aku sangat terkilan bila aku tanya apa tugasan dia untuk aku ambil alih selamba dia jawab, "ko masuk office ko jumpa boss nanti dia suruh lah ko buat kerja". Nak kata baru kerja dah lama tapi aku memang sangat terkilan sungguh dengan cara dia handover kerja dia.

Thumb drive handover

Apabila aku masuk office kebetulan boss pun out station so aku sebenarnya tak tahu apa tugasan baru aku. Ada aku refer email schedule untuk project di Offshore Labuan nama aku include dalam planning itu. Akupun malas nak bising aku buatlah TVM untuk uruskan tiket flight aku untuk ke Labuan. Tiada information langsung atau arahan kerja kepada aku hanya bersandarkan jadual yang tiada tandangan boss itu sahaja aku layankan arrange travelling aku. Paling best bila budget endorser project tersebut boleh tanya aku kenapa aku nak travel ke Labuan dan charge kepada project dia.  Aku tidak salahkan dia sebab memang nama aku tidak appear di mana-mana untuk project tersebut.  Oleh kerana aku join project orang dan semua kekalutan yang ada tu kena pulak ke offshore hampir dengan raya makanya aku sendiri tidak berani memberi jaminan akan beraya di darat ketika di tanya emak dan isteriku.

Itulah dia kalau sudah rezeki, sudah tentu dari Nya (Allah yang satu) aku mendapat peluang untuk pulang beraya di darat walaupun 2 hari sebelumnya aku mendapat tahu reliever aku tidak mendapat green light untuk menggantikan aku. Aku turun ke darat pada hari Isnin, 21 July 2014 dengan menaiki crew boat, Mas Indah. Perjalanan dari lokasi kerja Kota Laksamana 101 ke Labuan mengambil masa selama satu jam.

Flight balik ke "Tanah Melayu" aku sememangnya pada 22 July 2014, walaupun sudah diusahakan untuk tukar flight lebih lewat tidak berjaya, maklumlah semua orang hendak balik beraya.

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment