Wednesday, August 6, 2014

EQUATORIAL MELAKA

Equatorial Melaka kami kembali lagi. Sudah 3 tahun berturut-turut kami duduk di hotel ini apabila pulang beraya ke Melaka. Setiap tahun duduk dengan harga “government rate”.

Tahun ini apabila aku call mereka boleh pulak kata not applicable during festive season. Apa hal pulak kan, tapi aku book jugak lah satu bilik untuk 2 malam. Ketika check-in bila clarify barulah kami faham harga festive season lebih murah dari government rate. Oklah janji murah itu yang penting.

Enjoy gambar dulu...









Semua di atas adalah gambar permandangan dari jendela bilik kami dan jugak ada gambar Azizi atas katil minum susu. Enjoy sungguh mamat tu minum susu. Masuk bilik hotel sure sebut...”cool”...

Observation kami;

  1. Bilik yang kami duduk itu baru di ubahsuai. Sangat selesa dengan ada satu king size katil dan satu daybed, yang azizi berdiri dan duduk tepi tingkap tu.
  2. Sekarang implementation “no smoking” dalam hotel kerana kawasan itu teletak dalam kawasan yang diwartakan untuk bebas rokok. So semua bilik adalah no smoking room. Engkar akan di denda RM150.00. Jangan risau sebab perokok masih boleh hisap rokok di luar bangunan.
  3. Resthouse cafe tidak dapat menampung pengunjung yang ramai ketika breakfast dan kami kena lah terpacak menanti giliran sebelum dapat tempat duduk.
  4. Bilangan makanan yang dihidangkan ketika breakfast juga sudah berkurang compare pada tahun-tahun sebelumnya, juga dari segi mutu sudah agak jatuh. Dulu aku suka breakfast kat sini tapi tahun ini rasa biasa-biasa sahaja.
  5. Sudah ada hotel yang sama taraf berhampiran dengan Equatorial Melaka dan dalam pembinaan jugak ada so hopefully dengan ada competition begitu kita pengguna ada lebih choice. Maybe tahun depan boleh start explore hotel yang lain pulak.
Oklah itu sahaja perkongsian untuk hari ini...oh ye kami hanya duduk semalam sahaja sebab perjalanan rumah wajib sudah selesai. Tidak bercadang memanjang kan lagi stay di Melaka. 

Next time we come again, maybe untuk jalan-jalan cari makan...

No comments:

Post a Comment