Tajuk breast pump agak ganjil untuk orang lelaki bincangkan. Banyak yang menyangka tajuk nie for sure tidak perlu diambil tahu oleh orang lelaki. Sebenarnya orang yang ada tanggapan begitu adalah SALAH. Percaya atau tidak aku kat office pernah discuss dengan bakal-bakal bapa jugak pasal topik ini sebab mahu mencari yang terbaik buat isteri masing-masing. "SIAPA TAK SAYANG BINI OIIII"...
Mengeluarkan susu "express breastmilk" boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu either express menggunakan tangan atau menggunakan pam (breast pump). Kalau rajin boleh ke laman You Tube bagaimana kedua-dua kaedah ini dilakukan.
Breast pump pun ada pelbagai jenis antaranya:-
- Manual breast pump
- Electric breast pump
- Battery breast pump
- Electric or battery breast pump
Dan ada dua jenis untuk single or double...
Manual Breastpump
Oklah dalam kes aku sebenarnya yang banyak buat study tentulah Alia.selepas mempertimbangkan beberapa perkara Alia memilih untuk memiliki MEDELA SWING. MEDELA SWING leih ringan dan lebih mudah unutu Alia bawak kemana-mana nanti bila start keje dan kalau kena out station.Untuk membeli dipasaran harganya agak mahal so dia browse internet untuk mencari jualan secara online. Usaha Alia agak berbaloi kerana menemui satu laman web yang menawarkan harga lebih murah dari harga pasaran dan laman web lain. Pembelian melalui internet ini memang agak berisiko sebab biasanya mereka akan minta kita bayar deposit 50% lepastu apabila barang itu sedia untuk diposkan kepada kita mereka minta kita bayar penuh. Urusan begini memang memberi kelebihan kepada penjual sebab risk kita yang tanggung. Bagaimana nak cari yang betul atau tidak boleh bertanya dengan kawan-kawan yang pernah beli online atau baca dalam forum.
MEDELA SWING
Nak dijadiakn cerita, Alia order masa tu dah dekat nak raya (memang lewat patut beli lagi awal sebab ada kes ibu mengandung 7-8 bulan buah dada dah ready nak keluarkan susu dan membengkak so kalau ada masalah begini pump lah penyelamat, buat stock susu dari awal). Pembelian online biasa mengambil 2 - 3 minggu tapi dalam kes Alia dekat sebulan jugak kerana cuti hari raya.
Bila tiba masa memerlukan (selepas Azizi lahir) sebab peringkat awal Azizi tak minum banyak. Untuk mengelakkan Alia demam aku pun bergegas mencari breastpump sementara menunggu medela swing sampai. Aku belikan jenama BEAN. Single, electric/battery type breast pump. Secara bekerja nya oklah untuk mengepam susu tapi bunyinya punyalah kuat masyaAllah...masa nak mengepam kedua-dua belah breast pump sampai 45 minit hingga sejam. Kasihan Alia...
Apabila MEDELA SWING sampai dan pertama kali Alia guna sebelah aku...ternyata perbezaan dari segi bunyi...sungguh senyap...dan ada fungsi vacuum dulu lepas tu baru pump...emmm detail biar orang perempuan lah tahu...tapi aku sangat menggalakkan bakal-bakal bapa atau bapa kat luar sana tu jangan berkira sangat pasal breast pump nie kalau korang memang bertekad anak korang breast feed untuk 2 tahun..itu belum kira kasihan isteri kita tu yang kena makan macam-macam untuk ensure susu itu banyak, berkekalan dan berkualiti.
Ada satu kes kat bangi masa Alia nak beli baju nursing yang memudahkan Alia untuk breast feed azizi kalau kat luar, seorang suami tu siap cakap kat isteri dia buat apalah beli electric breast pump nie membazir jek dan selama ini rupanya isterinya pakai manual breaspump...dan aku sure dia tak pernahpun tolong isteri dia guna manual breastpump tu...kalau rasa nak lengan korang besar cubalah. Sempat Alia menyampuk dan menggalakkan mereka beli, aku tak tahu jenama apa tapi memang murah dan pump tu jenis boleh ko nak beli single or double boleh senang jek nak upgrade beza pun seratus jek...bukan macam medela yang kalau ko nak upgrade memang kena beli MEDELA FREESTYLE or MEDELA PUMP IN STYLE.
MEDELA PUMP IN STYLE
Sekarang aku kasihan Alia sebab pakai medela style masih memerlukan masa yang panjang untuk menyudahkan proses mengepam dan bila start pump sebelah yang sebelah lagi pun nak keluar susu...nampaknya aku kena cari duit untuk belikan Alia MEDELA PUMP IN STYLE pulak. Wajib sebab kalau Alia kena g krusus sure dia ada limited masa untuk mengepam susu...ish...mintak-mintak share PETRONAS Chemical melonjak tinggi insyaAllah aku belikan MEDELA PUMP IN STYLE...insyaAllah....
BERGAYA DENGAN MEDELA PUMP IN STYLE