Azizi "dikeluarkan"
Anak kami Muhammad Azizi Syalia dilahirkan di Hospital Pantai Bansar, Kuala Lumpur pada 02 September 2010, jam 4.47 petang. Azizi dilahirkan dengan kaedah Cesarian Section (C-Section). Detail kenapa C-Section boleh baca di sini. Kelahirannya disaksiakan sendiri oleh aku. Beruntung sungguh aku walaupun aku lupa untuk menekan button record tapi at least aku ada sedikit video gambar "dia" dilahirkan.
Sebenarnya nama Azizi Syalia dipilih oleh Alia. Secara kebetulan ketika dia mencari dalam panduan nama Islam dia terjumpa dua nama ini yang ada kaitan dalam hidup aku. Tugas aku hanya menambahkan nama Muhammad di hadapan sempena mengambil nama nabi S.A.W. Aku juga diberitahu nama Muhammad bermaksud selama-lamanya.
Azizi, merupakan nama rakan sepejabat aku. Sememangnya sudah kerja sekali kami jadi agak rapat. Azizi sebenarnya membawa maksud KEKASIHKU. Alia sangat berkenan dengan nama ini apatahlagi sudah tentu anak kami adalah kekasih kami.
Syalia, nama ini kalau orang pandang sekali lalu seperti gabungan nama aku dan Alia. Sebenarnya kami jugak agak terkejut apabila menemui maksud nama ini. Tidak sangka pula nama yang pernah jadi kata nama untuk akaun Streamyx kami mempunyai maksud. Syalia bermaksud penghibur hatiku.
Besar harapan kami untuk MUHAMMAD AZIZI SYALIA...sepupu Azizi pernah bertanya Alia; "ngah nanti baby ngah besar nak jadi apa?" aku jawab "jadi PILOT".
Semoga Selamanya kekasihku penghibur hatiku akan menjadi anak yang solleh....
Birth Information Slip
No comments:
Post a Comment