Thursday, October 21, 2010

Warranty Dell

Lama dah tak update bloh nie...Kat rumah aku nie ada PC Dell XPS 420 yang aku gunakan setiap hari kalau dirumah. Nampaknya aku sememangnya dekat dengan Dell. Di office juga menggunakan PC Dell.

XPS450 
Apa yang aku nak ceritakan ini adalah masalah aku dengan PC ni dan bagaimana Dell menyelesaikan masalah besar aku ni. Aku on PC dan gunakan untuk menyiapkan analisa kerja aku, tetiba anak aku menangis dan aku biarkan PC ini on, terus settle kan anak aku dahulu.

Selepas selesai dengan Azizi, aku tengok screen PC nie dah gelap dan ada tulis window fail to start. Satu perkara for sure aku benci dengan Dell ni sure aku call customer service nanti mereka akan suruh aku buat something dahulu. Kalau call Customer service Dell make sure korang tahu dua benda Service Tag dan Express Service Code jugak jangan lupa kalau ada error code silah salin.

Well kali nie aku kena run diagnostic sendiri guna CD driver and utilities. Dia ajarlah step demi step yang aku kena buat dan salin semua error code yang ada. Slesai buat diagnostic tu aku pun slainlah semua error code dia. Call lagi customer service Dell...emmm nampaknya ada dua kemungkinan kerosakan computer ni  motherboard atau graphic card.

So total service yang aku mungkin kena bayar termasuk technician datang rumah ialah RM1K lebih.... makkk oiii mahal betul...."but if you want to extend warranty of your computer you have only to pay RM680.00" gila apa sure aku amik offer dia apahal pulak aku tak nak extend sedangkan aku sekarang sedang mengalami masalah... tak macam insurance kalau ko dah sakit sure tak boleh amik insurance nie dah rosak boleh pulak dia mintak aku extend warranty jek...ok ini semua berlaku hari semalam (Rabu)...ok fine amik no card credit aku nie charge untuk extend warranty.

Pagi tadi dalam kul 9 pagi Praba call katanya nak datang rumah dalam kul 11 untuk repair PC. Elok jam 1030pagi dia dah sampai rumah kat Semenyih untuk repair PC tu....so selepas buat general checking, run diagnostic, tukar VGA card, tukar motherboard, screen /monitor set to factory setting....dah siap...semua ok balik...kul 12 siap keje dia....

Aku tak sure (walaupun aku ada teori) cam mana Dell handle aku cuma kena extend warranty jek tapi for sure aku sebagai customer berpuas hati dengan service Dell dan begitu jugak 4 orang geng opis aku yang mula berfikir next computer should buy from Dell...tq Praba...tq Dell....

1 comment:

  1. OMG.."Windows fail to start"?? Nape tak guna restore previous setting dr boot menu? Just tekan F8 lepas BIOS screen. Ataupun guna CD OS dan pilih option utk repair.

    Aku dah masak sgt dengan Dell ni sejak 1998 lagik.Jual barang murah tapi servis mahal. Servis tu bagus untuk parts replacement yg mana ko buleh tukar one-to-one for free. The rest tak payah. Next time ko hantar email mintak solutions. Tak payah layan Malaysia punya just go direct Dell US. Kalau urgent sgt, terpaksa la calling2..

    Barang Dell ni custom made dan kira OK jugaklah.Yang aku suka support diorg mantop..!!!Anyway nice machine. Aku punya PC dulu pun Dell XPS D266 tapi dah jadi arwah la..hehehe

    p/s:Aku kat laut da time ko call...

    ReplyDelete