Jumaat lepas aku balik kerja, aku dengar bunyi hand phone Alia berbunyi menandakan ada message masuk. Aku naik atas mandi dan solat. Selepas solat aku turun semula sebab nak pasang rocker Azizi yang baru aku beli di Isetan (Fisher Price buat sale selama 8 hari bermula dari 28 October 2010 sempena menyambut ulangtahunnya). Beli untuk Azizi selepas survey banyak tempat dan di Isetan termurah. Alia bagi tahu Ida (kawan satu batch Alia PTD) sms kata JPA baru announce dalam meeting semua contract mereka jadikan tetap....Alhamdulillah syukur...tak perlu menunggu selepas DPA baru serap sebagai tetap...
Aku cakap dengan Alia rezeki dia dan Azizi.. Alia pun balas rezeki Azizi dan Allah itu adil dalam memri rezeki...Alia sekarang berpantang bahan tenusu sebab Dr Atiqah (Pediatrician Aizi) syak itu punca Azizi kembung sebab dia mungkin alah kepada bahan tenusu. Sekarang Azizi dah ok cuma Alia masih belum berani ambil risiko..
Alhamduillah...aku sentiasa cakap dengan diri aku...aku kena buat kerja aku dan rezeki itu datang dari Allah kena percaya...
Kena percaya rezeki dari Allah, siapa pun berkuasa di dunia ttp Allah penentu segalanya
ReplyDelete