Monday, June 27, 2011

Tips Membeli Mamy Poko Murah

Lampin pakai buang adalah perkara lumrah dewasa ini. Aku rasa kalau orang cakap anak dia pakai lampin biasa yang kain tu mau terkejut beruk orang dengan kan...
Azizi setelah lahir pelbagai jenis lampin pakai buang kami cuba...cakap jenama apa Pet Pet, Drypers, jenama Tesco, Huggies semua dah aku try tapi nampaknya Azizi hanya sesuai dengan jenama Mamy Poko...

Apa kami buat untuk mencari yang murah (atau yang paling murah ketika itu)...kira aku kingsi tips lah nie....memang ada orang cakap kat kedai ubat cina selalunya lampin pakai buang nie murah...tidak dinafikan tapi kalau macam aku nie yang kena beli Mamy Poko harganya agak standard jek..so macam mana nak cari yang murah...
Biasanya TESCO dan CARREFOUR  akan buat sales jenama Mamy Poko ini hari sabtu atau/dan ahad..tapi bukan minggu yang orang gomen dapat gaji tu biasanya awal seminggu dua daripada tarikh gomen dapat gaji....so kena rajin baca paper NST atau The Star pada hari Sabtu yek....

Terbaru yang kami dapat offer...TESCO jual dengan harga RM41.89 per pax dan CARREFOUR pulak RM40.89 per pax....tapi TESCO ada advertise dalam The Star kupon untuk potongan RM10 dengan setiap pembelian lebih RM80.00 so kami decide beli di TESCO.

Jumlah belian = RM41.89x4 = RM167.56
Discount (RM10.00) = RM 157.56
Satu pax sekarang beharga = RM157.56/4 =RM39.30
Size L pulak ada 56 keping so sekeping = RM39.30 / 56 = RM0.70.

Oleh sebab lampin pakai buang nie harganya sama jek size apapun sebab yang berbeza bilangan dalam pax tu so aku monitor harga per keping lah....

Sunday, June 26, 2011

Azizi & Pink Walker







Kami memang tak belikan Azizi walker. Ada Alia terbaca di Internet sekiranya budak belum pandai berjalan menggunakan walker ia Akan mengganggu cara budak itu berjalan sebab itu zaman sekarang banyak orang jalan "bersepah".

Balik ke Kuantan, Husna anak adik aku yang Kedua Ada menggunakan walker. Perempuan sebab itu warna pink. Aku bubuh Azizi dalam walker tersebut Ada 2 perkara Lucu terjadi;

1. Pertama Kali masuk Azizi berdiri tegak. Mula-mula tersenyum (lihat photo Atas) pastu dia mula nak menangis dan mula melonjak-lonjak kaki dia dan walker itupun bergerak ke belakang. Azizi terkejut dan terus angkat Kedua-dua kakinya sambil menangis minta di dukung keluar.

2. Malamnya aku mencuba sekali lagi Kali ini dia gembira dan mula berjalan ke kanan dan ke kiri. Azizi duduk terus kebawah, dengan berat Azizi stopper seat walker yang tidak diikat dengan betul tak mampu menampung berat Azizi.

Moral of the story, safety first check bebetul semua tali- temali yang mengikat dan make sure securely fasten.


Friday, June 24, 2011

Gambar

Malas nak menulis...











Bibik & AL14

Bibik
Petang tadi pulang dari kerja, plan asal berubah. Itulah manusia hanya mampu merancang tetapi the best planner still Allah. Petang tadi mertua aku inform dia tak ada urusan di Melawati malam nanti so rancangan kami menghantar bibik ke Semenyih terpaksa ditukar. Asalnya bibik aku memang nak minta tidur di rumah kawan nya di Nilai satu malam, oleh kerana aku nak balik Kuantan so aku mintak tolong adik ipar aku hantar dialah ke Nilai esok. Malam ni plannya nak hantar dia ke rumah Semenyih lah sebab pagi-pagi esok aku nak bertolak balik Kuantan. Petang tadi terus hantar bibik ke Nilai. Next perhentian ke Semenyih jugaklah sebab nak tinggalkan passport dia, takkan nak kasi kat tangan dia passport dia...mana boleh.

AL14
Izwan hantar image kat WhatsApp aku, so sampai rumah Semenyih rupanya dia hantar image berikut,




Kami memang pernah lihat kereta ini dan kalau tidak silap dia nie tinggal di Taman Melawati. Menurut cerita ayah mertua aku, asalnya no nie di kereta Volvo lama bewarna biru, dia pernah lihat di Kedah dahulu, di Pekan Langgar katanya...itulah sebenarnya peluang datang hanya sekali kalau rasa peluang itu berbaloi untuk di ambil...sambar jelah....moral of the storylah kiranya...

Thursday, June 9, 2011

Pesanan Buat Azizi

Buat anak lelaki sulongku..


Sejak malam tadi mm demam panas. Pagi td dd bangun cam biasa kul 5 suku pg. Tak sangka mm pun sedar sama.

Mm terus bangun menuju ke dapur untuk masak bubur untuk Azizi padahal dd dah ready untuk masak bubur. Mm berkeras nak masak dan mula memotong sayur untuk buburmu Azizi.

Tak lama kemudian mm mengadu pening kepala...emmm masih berdegil nak menyiapkan potong sayur untuk buburmu Azizi.

Memang akhirnya dd yang siapkan buburmu tapi mm tetap penyumbang utama menyiapkan buburmu Azizi.

Ketika Menulis ini dd sedang menemakan mm di Klinik Tok Hamid, Dr yang menyambutmu Azizi. Mm Ada Masalah di dalam perutnya. Harap-harap nothing serious.