Sunday, June 26, 2011

Azizi & Pink Walker







Kami memang tak belikan Azizi walker. Ada Alia terbaca di Internet sekiranya budak belum pandai berjalan menggunakan walker ia Akan mengganggu cara budak itu berjalan sebab itu zaman sekarang banyak orang jalan "bersepah".

Balik ke Kuantan, Husna anak adik aku yang Kedua Ada menggunakan walker. Perempuan sebab itu warna pink. Aku bubuh Azizi dalam walker tersebut Ada 2 perkara Lucu terjadi;

1. Pertama Kali masuk Azizi berdiri tegak. Mula-mula tersenyum (lihat photo Atas) pastu dia mula nak menangis dan mula melonjak-lonjak kaki dia dan walker itupun bergerak ke belakang. Azizi terkejut dan terus angkat Kedua-dua kakinya sambil menangis minta di dukung keluar.

2. Malamnya aku mencuba sekali lagi Kali ini dia gembira dan mula berjalan ke kanan dan ke kiri. Azizi duduk terus kebawah, dengan berat Azizi stopper seat walker yang tidak diikat dengan betul tak mampu menampung berat Azizi.

Moral of the story, safety first check bebetul semua tali- temali yang mengikat dan make sure securely fasten.


1 comment: