Friday, June 24, 2011

Bibik & AL14

Bibik
Petang tadi pulang dari kerja, plan asal berubah. Itulah manusia hanya mampu merancang tetapi the best planner still Allah. Petang tadi mertua aku inform dia tak ada urusan di Melawati malam nanti so rancangan kami menghantar bibik ke Semenyih terpaksa ditukar. Asalnya bibik aku memang nak minta tidur di rumah kawan nya di Nilai satu malam, oleh kerana aku nak balik Kuantan so aku mintak tolong adik ipar aku hantar dialah ke Nilai esok. Malam ni plannya nak hantar dia ke rumah Semenyih lah sebab pagi-pagi esok aku nak bertolak balik Kuantan. Petang tadi terus hantar bibik ke Nilai. Next perhentian ke Semenyih jugaklah sebab nak tinggalkan passport dia, takkan nak kasi kat tangan dia passport dia...mana boleh.

AL14
Izwan hantar image kat WhatsApp aku, so sampai rumah Semenyih rupanya dia hantar image berikut,




Kami memang pernah lihat kereta ini dan kalau tidak silap dia nie tinggal di Taman Melawati. Menurut cerita ayah mertua aku, asalnya no nie di kereta Volvo lama bewarna biru, dia pernah lihat di Kedah dahulu, di Pekan Langgar katanya...itulah sebenarnya peluang datang hanya sekali kalau rasa peluang itu berbaloi untuk di ambil...sambar jelah....moral of the storylah kiranya...

1 comment: