Aku tai sure ada berapa banyak kedai lampu di Puchong ni tapi aku sure lebih dari sebelah tangan bilangannya. Dahulu ketika Pak Ngah Alia mencari lampu untuk rumah Semenyih dia dah survey segala kedai yang ada di Puchong ni untuk mencari harga yang termurah. Pak Ngah ini jugak yang mengajar au skill bargain barang yang selalu aku gunakan untuk bargain harga barangan sampaikan kain kat Nilai yang berharga semeter RM20.00 / meter boleh dapat RM8.00 / meter. Since aku dah tahu dan percaya kepada kebolehan Pak Ngah maka aku bawak parent aku ke kedai yang tersebut di Puchong.
OK gambar atas ni kalau korang nak tahu kipas berlampu jenama Vannus. Kipas ni Kak Red (blog) panggil "The Famous Transformer Fan". Korang boleh baca kat sini. Harga kat sini ada dua jenis iaitu bayar menggunakan CASH atau CREDIT CARD, dah tentu bayar CASH lebih murah. Kat sini harga yang mereka tawarkan ialah RM250.00.
Lampu syiling so kalau nak test korang kena mendongak ke atas dan on switch, dah sudah puas mencuba bolehlah mintak salah seorang staff mereka ambil dari store.
Ok inilah kedainya tempat parent aku beli lampu, Top Ten Lighthing Sdn Bhd gitulah bunyinya. Deretan rumah kedai ini adalah rumah kedai yang mengadap jalan raya selari dengan Tesco malah merupakan deretan rumah kedai terakhir sebelum Tesco kalau kita ambil alih kawasan tu.
No comments:
Post a Comment