Thursday, October 20, 2011

Tan Sri Dato Sri Mohd Hassan Marican

Sudah lama tidak update blog ini. Cuma tertarik sebab terbaca tentang mantan President/CEO PETRONAS.  Beliau kini adalah Independent Director in the Board of Sembcorp Marine. Berita itu ditulis pada 11 October 2011. Katanya juga, mulai hujung tahun nanti Tan Sri akan berkhidmat sebagai External Director of Conoco-Philip.

Sebelum itu, beliau juga sedang berkhidmat sebagai Director of Sarawak Energy Berhad, Sembcorp Indutries, Singapore Power dan Lambert Energy Advisory Ltd.
Beliau pernah bekerja sebagai pengurus audit di Touche Ross & Company di London (1972–1980). Kemudiannya balik ke Malaysia dan bekerja di firma Hanafiah Raslan & Mohamed- Touche Ross & Co (1980–1989). Beliau telah bersama PETRONAS sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan .

Pada 1 Ogos 1991, Tan Sri Hassan Marican dilantik sebagai pengerusi PETRONAS Gas Berhad. Felo di Institute of Chartered Accountants di England dan Wales. Ahli Institut Akauntan Malaysia. Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS.

Tan Sri Hassan Marican pernah menjadi pengerusi PETRONAS Dagangan Berhad dan Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MSIC).Beliau juga pengerusi Engen Limited, Afrika Selatan, iaitu anak syarikat PETRONAS.

Diamanahkan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sejak Februari 1995. Menjadi Pemangku Pengerusi PETRONAS pada 2004 – 2010.

No comments:

Post a Comment