Thursday, January 26, 2012

Load Out & Sail to Installation Location

Aku menulis ini dari tengah laut on board vessel MPSV Southern Ocean , oleh sebab kena wait  on weather bosan dah so bolehlah update sikit blog ni...

Memula kami angkat PGB from ASB's yard ke quayside  
Oleh sebab SO main-deck belum ready dengan sea fastening so letak dulu 2 PGB kat quayside.  

Sekarang kita angkat Christmas Tree (XTs) pulak. 
 XTs ready dah atas lori
 Sub-contractor sibuk buat sea fastening 
PGB & XTs guna lashing technic 
 Dah ready tapi stand-by sebab MWS belum bagi Cerificate of Approval
 We sail away in the afternoon ketika orang meraikan Gong Xi Fa Chai

 Bertempat di Cinema, malam itu kami ada Project Induction untuk Day Crew on board Southern Ocean.

Saturday, January 21, 2012

Labuan

0900,18.01.2012 naik flight MH 2608 Kuala Lumpur - Labuan. Flight penuh sebab connecting flight ke Kota Kinabalu. Seat pun tak boleh tukar, dapat seat 7A, tapi tak ada tingkap. Sama flight dengan Bobo dan Zamri.

1130 - Sampai Labuan terus kami ke Asian Supply Base (ASB) tengok load out activiti untuk kapal Allied Jane. Mereka load out mattress untuk SBO underwater. Poor planning sebab mattress dah sampai kat quayside tapi preparation untuk sea fastening belum selesai. End up lorry dah standby tepi tu since 1000hrs.
  Vessel Allied Jane 

Seterusnya pergi lunch dan check-inn Hotel Dorsett pulak. Plan check inn 18.01.2012 check-out 22.01.2012 sebab lepas tu naik kapal pulak.

Ohh yee dalam bulan ini kali kedua aku ke Labuan sebab kami plan nak execute installation phase 1 untuk project Kanowit iaitu installation 2 PGB dan 2 Xmas Tree (XT). Plan nak guna vessel Harvilla Harmony (HH) yang sekarang under long contract with Shell. Ikut plan Shell tak ada activiti untuk period yang kami nak gunakan dan Shell boleh off hire kepada kami so mereka tak perlu bayar stand by. Tapi project Murphy ada probelm dengan XT mereka so mereka nak gunakan Harvilla Harmony untuk retrieve, repair dan install balik XT tu. Oleh kerena ada delay Shell nampaknya tidak mahu lepaskan HH sebab mereka pun ada  2 lagi jumper nak kena install.
Vessel DP2 Harvilla Harmony

Our management decided hantar surat kepada installation contractor kami, Subsea 7 untuk reject proposal mereka guna HH. Sebagai option kami sekaran akan gunakan vessel Southern Ocean(SO).
Vessel Southern Ocean

Sekarang SO sailling dari Singapore ke Labuan. Plan masuk birth 10/11 pada hari Ahad 22.01.2012. Load out, sea fastening dan sail away to location on the same day.

Hopefully semuanya as per plan.

Thursday, January 19, 2012

Renungan

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir2lah

Monday, January 16, 2012

Club Med

Tak sempat nak sambung cerita percutian di Club Med apa kata baca kat blog MM,

  1. Part 1
  2. Part 2
  3. Part 3
  4. Part 4
  5. Part 5
  6. Part 6

Tuesday, January 3, 2012

Azizi Demam


Azizi, 

Kisah ini sambungan dari Awal Pagi yang Panjang.  Balik dari PCMC sepanjang perjalanan Azizi tersenyum jek tak mau tidur, sampai rumah lebih kurang jam 5 pagi barulah Azizi lena tidur.  Apabila Azizi sedar pagi tu jam 8.30 pagi Azizi merengek dan cepat-cepat DD check suhu badan Azizi, masyaAllah naik semula ke 390C. Cepat-cepat masukkan ubat voltren ke dalam bontot Azizi. Jarak masa dari masa masukkan voltren masa di PCMC Cuma baru 6 jam sahaja. Risau sangat, terus mandikan Azizi untuk ensure temperature cepat turun. Plan hendak bawak Azizi jumpa paediatrician. Call Kajang Medical Centre, Dr. Afifah (kalau demam paediatrician terdekat dan available on Sunday morning) tak ada pulak. Call Hospital Pantai Bansar, Dr. Atiqah, alhamduillah ada. Ok set appointment jam 2.30 ptg. Suhu awak kembali turun selepas setengah jam. DD check kul 11 pagi suhu awak 37.20C.

Masa on the way ke Pantai, masa tu jam 1.00 petang MM kata suhu awak cam panas, ok DD check dalam on the way tu suhu awak 390C semula. MM amik ada mineral dan basahkan kepala awak, badan awak pulak dah mula menggigil.

Sampai Hospital Pantai lebih kurang jam 1.30pm, terus kami ke bilik breast feeding, untuk tukarkan baju awak (kami pakaikan baju lubang-lubang) dan masukkan ubat. Masa ini entah bila masa kat rumah tu DD bawak voltren dan tinggalkan atas meja DD dah masa kat Pantai tu tak ada ubat tu so masukkan jek PCM ke dalam bontot awak.

Tepat jam 2.30 jumpa Dr. Atiqah, cerita kat dia history demam awak, memang jadi ibu bapa kena ingat semua benda ini so Dr. boleh bagi plan rawatan terbaik untuk awak. Dr. Atiqah advise kami untuk admitted kan Azizi ke wad so that mereka boleh buat rawatan plan untuk Azizi. Tanya dulu, necessary ke nak cucuk jarum buat “line” kat awak dan kami lega bila Dr. Atiqah cakap tak perlu unless Azizi muntah-muntah dan tak nak makan terus, dalam kata lain kalau badan Azizi dah dehydration.

Jam 3.30 petang kita masih menuggu di Admission Departments Pantai Hospital. Lambat sungguh, MM pesan kat DD baik call ING sebab ING selalu lambat issue GL. Tanya kat counter Admission tu dia selamba cakap kat DD yang ING belum issue GL.

DD call ING dan terkejut bila ING inform tak ada pun Pantai Hospital request GL, bila DD bertanya balik baru mereka cakap...”ohhh baru get through fax mereka”, ternyata Pantai Hospital yang tak ensure fax tu dah sampai ke tidak ke ING....DD masih hold line dengan ING dan terus ING cakap yes baru masuk. ING ckp nanti dia issue GL dia sms DD. Kesimpulan kat sini benonya staff pantai yang leka tak nak check dan ensure yg fax mereka hantar tu betul-betul ke dah go through dan bukan hanya menunggu. Jika tidak tidak perlulah kita menunggu hampir sejam.

Admission clerk tu panggil DD untuk sign beberapa document termasuk letter of undertaking. Dah siap sign semua dia inform yang bilik single tiada kosong cuma ada bilik berdua, DD nampak ada 2 kekosongan bilik single dan dia inform Wad cakap dah ada waiting kat atas. Berdasarkan pengalaman DD & MM lebih mudah untuk deal pasal bilik dengan Staff Nurse kat Wad.
Naik wad untuk bayi dan kanak-kanak di level 5 cuma bezanya dahulu mana baru lahir Azizi dan mm di block D sekarang di block C. Masuk bilik terus Azizi menangis sebab bilik berdua so tirau kenalah tarik Azizi macam lemas, DD masa tu agak pressure sebab kasihan kan Azizi dan orang di sebelah yang turut sakit sebab Azizi menjerit sekuat hati, dahlah bagi baby court sahaja cam manalah MM nak breast feed awak. DD keluar jumpa nurse di counter dan mintak mereka tukarkan katil dalam masa yang sama mintak tukar bilik, mereka inform belum ada kekosongan. Ok fine, DD terus call ING dan tanya possible ke untuk tukar hospital, memang DD yang pilih untuk ke Pantai sebab Dr. Atiqah ada di Pantai tapi kalau awak tak selesa lebih baik keluar sahaja cari hospital lain. ING positive.
Kebetulan Dr. Atiqah datang melawat awak, terus DD cakap dekat dia dan staff nurse kat luar yang DD nak bawak Azizi ke PCMC. Dr. Atiqah tanya kenapa, DD explain yang awak tidak selesa dan menjerit sahaja, stress kot dan di Pantai tiada bilik single kosong. Staff Nurse tu inform DD don’t worry mesti ada petang tu bilik akan kosong, tapi DD mempersoalkan dia balik sebab waktu itu dah jam 5 petang. Dr. Atiqah yakinkan DD akan ada bilik kosong. DD cuma jawab kalau tak ada jugak malam nie saya transfer kan Azizi.

Jam 6 petang nurse inform ada bilik kosong dan mereka sedang kemas dan siapkan untuk kita pindah ke bilik tersebut. Dalam masa yang sama cubaan mereka untuk pakaikan tag nama awak masih tidak berjaya. Azizi bukan sahaja tidak suka tag itu ada di tangan malah bubuh di kaki jugak dia tak mahu.

Akhirnya ketika start Episod akhir Tentang Dhia kita semua berpindah ke bilik single. Alhamdulillah doa DD dimakbulkan.



Bilik Azizi C529



Aizi Tidur Lena Selepas Nurse masukkan Voltren pada jam 9 malam



View dari Bilik C529