Azizi,
Kisah ini sambungan dari Awal Pagi yang Panjang. Balik dari PCMC sepanjang perjalanan Azizi tersenyum jek tak mau tidur, sampai rumah lebih kurang jam 5 pagi barulah Azizi lena tidur. Apabila Azizi sedar pagi tu jam 8.30 pagi Azizi merengek dan cepat-cepat DD check suhu badan Azizi, masyaAllah naik semula ke 390C. Cepat-cepat masukkan ubat voltren ke dalam bontot Azizi. Jarak masa dari masa masukkan voltren masa di PCMC Cuma baru 6 jam sahaja. Risau sangat, terus mandikan Azizi untuk ensure temperature cepat turun. Plan hendak bawak Azizi jumpa paediatrician. Call Kajang Medical Centre, Dr. Afifah (kalau demam paediatrician terdekat dan available on Sunday morning) tak ada pulak. Call Hospital Pantai Bansar, Dr. Atiqah, alhamduillah ada. Ok set appointment jam 2.30 ptg. Suhu awak kembali turun selepas setengah jam. DD check kul 11 pagi suhu awak 37.20C.
Masa on the way ke Pantai, masa tu jam 1.00 petang MM kata suhu awak cam panas, ok DD check dalam on the way tu suhu awak 390C semula. MM amik ada mineral dan basahkan kepala awak, badan awak pulak dah mula menggigil.
Sampai Hospital Pantai lebih kurang jam 1.30pm, terus kami ke bilik breast feeding, untuk tukarkan baju awak (kami pakaikan baju lubang-lubang) dan masukkan ubat. Masa ini entah bila masa kat rumah tu DD bawak voltren dan tinggalkan atas meja DD dah masa kat Pantai tu tak ada ubat tu so masukkan jek PCM ke dalam bontot awak.
Tepat jam 2.30 jumpa Dr. Atiqah, cerita kat dia history demam awak, memang jadi ibu bapa kena ingat semua benda ini so Dr. boleh bagi plan rawatan terbaik untuk awak. Dr. Atiqah advise kami untuk admitted kan Azizi ke wad so that mereka boleh buat rawatan plan untuk Azizi. Tanya dulu, necessary ke nak cucuk jarum buat “line” kat awak dan kami lega bila Dr. Atiqah cakap tak perlu unless Azizi muntah-muntah dan tak nak makan terus, dalam kata lain kalau badan Azizi dah dehydration.
Jam 3.30 petang kita masih menuggu di Admission Departments Pantai Hospital. Lambat sungguh, MM pesan kat DD baik call ING sebab ING selalu lambat issue GL. Tanya kat counter Admission tu dia selamba cakap kat DD yang ING belum issue GL.
DD call ING dan terkejut bila ING inform tak ada pun Pantai Hospital request GL, bila DD bertanya balik baru mereka cakap...”ohhh baru get through fax mereka”, ternyata Pantai Hospital yang tak ensure fax tu dah sampai ke tidak ke ING....DD masih hold line dengan ING dan terus ING cakap yes baru masuk. ING ckp nanti dia issue GL dia sms DD. Kesimpulan kat sini benonya staff pantai yang leka tak nak check dan ensure yg fax mereka hantar tu betul-betul ke dah go through dan bukan hanya menunggu. Jika tidak tidak perlulah kita menunggu hampir sejam.
Admission clerk tu panggil DD untuk sign beberapa document termasuk letter of undertaking. Dah siap sign semua dia inform yang bilik single tiada kosong cuma ada bilik berdua, DD nampak ada 2 kekosongan bilik single dan dia inform Wad cakap dah ada waiting kat atas. Berdasarkan pengalaman DD & MM lebih mudah untuk deal pasal bilik dengan Staff Nurse kat Wad.
Naik wad untuk bayi dan kanak-kanak di level 5 cuma bezanya dahulu mana baru lahir Azizi dan mm di block D sekarang di block C. Masuk bilik terus Azizi menangis sebab bilik berdua so tirau kenalah tarik Azizi macam lemas, DD masa tu agak pressure sebab kasihan kan Azizi dan orang di sebelah yang turut sakit sebab Azizi menjerit sekuat hati, dahlah bagi baby court sahaja cam manalah MM nak breast feed awak. DD keluar jumpa nurse di counter dan mintak mereka tukarkan katil dalam masa yang sama mintak tukar bilik, mereka inform belum ada kekosongan. Ok fine, DD terus call ING dan tanya possible ke untuk tukar hospital, memang DD yang pilih untuk ke Pantai sebab Dr. Atiqah ada di Pantai tapi kalau awak tak selesa lebih baik keluar sahaja cari hospital lain. ING positive.
Kebetulan Dr. Atiqah datang melawat awak, terus DD cakap dekat dia dan staff nurse kat luar yang DD nak bawak Azizi ke PCMC. Dr. Atiqah tanya kenapa, DD explain yang awak tidak selesa dan menjerit sahaja, stress kot dan di Pantai tiada bilik single kosong. Staff Nurse tu inform DD don’t worry mesti ada petang tu bilik akan kosong, tapi DD mempersoalkan dia balik sebab waktu itu dah jam 5 petang. Dr. Atiqah yakinkan DD akan ada bilik kosong. DD cuma jawab kalau tak ada jugak malam nie saya transfer kan Azizi.
Jam 6 petang nurse inform ada bilik kosong dan mereka sedang kemas dan siapkan untuk kita pindah ke bilik tersebut. Dalam masa yang sama cubaan mereka untuk pakaikan tag nama awak masih tidak berjaya. Azizi bukan sahaja tidak suka tag itu ada di tangan malah bubuh di kaki jugak dia tak mahu.
Akhirnya ketika start Episod akhir Tentang Dhia kita semua berpindah ke bilik single. Alhamdulillah doa DD dimakbulkan.
Bilik Azizi C529
Aizi Tidur Lena Selepas Nurse masukkan Voltren pada jam 9 malam
View dari Bilik C529
No comments:
Post a Comment