Friday, December 30, 2011

Awal Pagi Yang Panjang.

Azizi,

Hari Khamis, 29 Dec 2011, Jam 1 pagi suhu awak naik sehingga 39.30C. DD & MM decided untuk bawak awak ke EMERGENCY. Sebelum pergi MM masukkan PCM ke dalam bontot awak. Dekat kul 2 pagi juagak kita keluar rumah sebab siapkan sekali baju, pampers awak masuk dalam beg dan bawak sekali, manalah tau kena admitted ke wad terus nanti senang.

Masa dalam perjalanan kereta dari Putrajaya, kami decided untuk bawak awak ke Emergency Prince Court Medical Centre (PCMC) sebab DD pasti kat situ tak ramai orang as compare kalau DD bawak awak ke Pantai Hospital Bangsar. Memang pediatrician awak Dr. Atiqah kat Pantai Hospital tapi dulu masa MM mengandungkan awak ada bleeding, DD bawak MM ke Emergency Pantai, agak ramai orang. Ketika dalam perjalanan awak muntah dalam kereta dan muntah itu berwarna kuning, sure pahit rasanya tu tekak. Telahan kami betul apabila kami sampai kat PCMC, tak ada orang pun menunggu. Terus mereka attend awak.

Jumpa assistant medic dulu, sebab nak interview history yang ini DD memang dah agak sebab itu DD remember semua time line awak ni;

5.30pm – DD sampai rumah dukung awak, badan terasa panas, kakak (bibik) cakap Azizi baru bangun tidur ok DD assume sebab panas masa tidur.
6.00 pm – DD amik temperature awak apabila sudah selesai mandi dan temperature awak masa ini  38.60C.  Terus MM masukkan PMC ke dalam bontot awak. DD Tanya kakak, dia cakap badan awak panas dan suhu awak 380C daripada tengah hari. MasyaAllah masa ini DD rasa nak je DD lempang kakak sebab DD dah pesan kat dia kalau suhu badan awak lebih daripada 370C dia kena terus call MM. Alasan kakak tak nak call ialah dia kata Azizi tidak menangis. Alhamdulillah nothing bad happen to u, sayang.
8.46 pm – DD amik suhu awak masa ini 37.80C. Berungkus lumus kami bagi PCM syrup sebab awak meraung tak nak, entah perangai sapalah awak ikut ni tkut makan ubat, awak muntahkan semua yang ada dalam perut. Ok taka pa, cuci semua badan awak.
9.00 pm – DD bancuh Quaker oat untuk bagi awak makan, terpasa DD sambil bagi oat DD camurkan dengan syrup PCM. Selesai bagi makan ubat MM tidurkan awak. Sambil awak menyusu dan tidur tu DD sponge badan dan kepala awak dengan campuran air biasa dengan lender pokok lidah buaya.
9.30 pm – 1200 pm – DD monitor suhu awak setiap setengah jam sambil sponge terutama kepala dan pelipat awak untuk bantu suhu awak turun. Ketika ini suhu awak antara 37.80C  sehingga 380C.
12am – 1.00 am – Ini waktu suhu awak meningkat semula.

Semua timeline ini penting untuk DD ingat untuk reference Dr. yang akan merawat Azizi sebab dia nak tahu history sakit dan apa ubat yang telah diberikan.

Dr. Nurul yang merawat awak di Emergency PCMC. Dia menggunakan otoscope untuk melihat kedalam telinga awak. Lepas tu check kdalam mulut awak dan inform ada 3 ulser di sebelah kanan tekak awak. Suhu awak pulak masih 36.80C. Teliti jugak Dr. Nurul meriksa awak dan sebab awak ada ulser dlm mulut dia check tangan dan kaki awak, Alhamdulillah bukan penyakit tangan, kaki dan mulut. Dr. Nurul bagi dua pilihan untuk kami pilih, masukkan ubat Voltren ke dalam bontot awak dan monitor suhu awak selama sejam, kalau tak turun baru amik darah dan admitted kan awak or terus amik darah dan admitted. Memang kami nak awak admitted untuk kebaikan awak tapi mereka kata akan pasang “line” untuk mudah amik darah dan masukkan air kemudia. DD keberatan untuk pasang “line” kat tangan awak yang kecil tu.  So kami decided untuk masukan dulu voltren. Jam 2.45am mereka masukkannya ke dalam bontot awak.

Jam 3.15 am mereka ambil suhu awak Nampak banyak berkurang sekarang suhu awak 37.20C. Kami decided untuk bawak awak balik. Jam 4.15am kita keluar dari PCMC dan ketika nak tidur jam 5.00am DD amik suhu awak cuma 36.80C.

No comments:

Post a Comment