Tuesday, February 28, 2012

Fire Drill

Semenjak bekerja di Tower 1 dari tahun 2008, aku berjaya untuk tidak berada di office apabila firedrill dilakukan. Malah masa di office di Puchong juga aku out station ketika ada fire drill. Hari ini, 28 February 2012 merupakan tarikh bersejarah apabila buat pertama kalinya aku berada di office.

Hari ini ada fire drill di Tower 1 untuk staff level 40 dan ke bawah. Jam 9.00 pagi aku perasan ada ambulance dan kereta bomba. Ketika ini hendak turun ke bawah sudah tidak boleh lagi sebab mereka dah lock lift. Malah tangga kecemasan juga di lock ketika ini, pasti nak masukkan angin ke dalam kawasan tangga tersebut. Jam 9.30 pagi maka announcement pertama dilakukan, ".....please remain at workplace..." katanya Kemudiannya barulah announcement untuk evacuation dilakukan.  Maka berdondon-dondon lah kami turun melalui tangga, ibu mengandung dan mereka yang kurang upaya di bawa turun menggunakan lift. Goyang jugaklah lutut turun 20 tingkat.

 Geng lembik lutut. Berehat amik angin sebelum proceed ke tempat berkumpul
 Sambung berjalan ke tempat berkumpul di Taman KLCC
 Head count..nasib ada diberi roti Gardenia perasa coklat dan air mineral 
Selain Bomba, pihak hospital Kuala Lumpur turut terlibat sama

Selepas habis head count semua beredarlah kami naik semula ke office masing-masing.

No comments:

Post a Comment