Hari Ahad merupakan hari terakhir bila weekend, esok dah kerja dan biasanya hari yang amat malas untuk merayap sebab dah tau esok kena kerja.
Hari in lepas sarapan pagi aku baca paper Mingguan Malaysia. Menarik hari ini ada temuramah dengan Pak Ungku Aziz, pehhh hebat orang tua ni ada koleksi tak silap 4,000 buah buku dan rumah dia di Morib khusus untuk menyimpan buku. Beliau juga berkongsi rahsia yang dia suka makan ulam dan bawang besar mentah...pehhh petua ni nak kena ikut ke.
Sambil membaca tu, Alia datang sebelah dan bisik kat telinga aku ajak keluar nak cuci mata tengok kedai perabot..oklah layan je lah...nama pun ajak windoe shopping.
Kedai perabot pertama yang kami pergi adalah yang terletak di Kalang Prima sebelah McDonalds dekat Giant tu. Cuci-cuci mata dan tengok ada meja makan marble, harga yang dia tawarkan agak murah as compare tahun lepas yang kami beria persi survey...harga yang ditawarkan kalau dahulu dapat meja kecik untuk 4 orang kat kopitiam tu tapi now boleh dapat size yang lebih besar, untuk 6 orang.
Selesai di situ Alia ajak ke Macy Home Fashion yang terletak di Seri Kembangan. Macy ditubuhkan oleh beberapa orang director dalam kumpulak Minlon Group pada tahun 2000. Kalau korang lalu Hi-Way Plus meghala ke selatan, bila area UPM tu sebelah kanan, bangunan Minlon nie sebelah kiri korang. Selain daripada yang ini Macy ada cawangan jugak di tempat lain iaitu IkanoPower Centre Damansara, IOI Mall Puchong, SACC Mall Shah Alam dan USJ Taipan.
Oklah layan jelah...peh kat sini ada banyak jual kain langsir dan langsir yang telah siap dijahit. Selain itu cover cushion pun banyak.
Kepada yang tidak pandai untuk ambik ukuran tingkap untuk buat langsir tu silalah call nombor di atas untuk mereka datang ukur tingkap rumah korang.
Begitulah hari-hari sebagai driver, hari Ahad itu. Lepas penat balik rumah singgah di Kedai Nasi Ayam di hadapan balai polis lama Semenyih, tapau.
No comments:
Post a Comment