Saturday, February 18, 2012

Pantai Hospital Bangsar

Parent mana tak kelam kabut kalau anak demam sampai 40 deg C kan.  Itulah terjadi kepada kami pada minggu ini.

Hari Ahad petang suhu badan Azizi mulai naik, ketika ini setakat 38 deg C lebih sahaja so cuba untuk bagi paracetamol syrup. Masalah lama berulang kembali, Azizi dengan bersusah payah memuntahkan semula semua ubat yang dah masuk. Masalahnya ialah apabila dia start muntahkan ubat itu semua yang ada dalam perut comel dia tu akan turut keluar. Ini merisaukan aku sebab nanti dah tak ada apa dalam padan boleh menyebabkan dehydration pulak.

Next step bancuh paracetamol syrup tu dengan oat untuk bagi Azizi makan sebab biasanya dia makan oat kalau demam, tidak menjadi sebab Azizi dapat rasa syrup tu. Bancuh pulak dengan blackcurrant juice, malangnya Azizi minum terlalu sedikit.

Malam tu suhu Azizi semakin naik, cari voltren nak insert dalam bontot Azizi malangnya puas cari tak jumpa, maklumlah baru pindah rumah. Sudahnya masuhkan paracetamol dlm bontot dia. Aku sure suhu Azizi akan turun sikit sahaja, Alia basahkan kepala dengan directly dengan air.

Azizi tidur...bila dah pagi tu decided nak bawak dia jumpa Paed Azizi kalau demam iaitu Dr. Afifah Ismail  di Kajang Plaza Medical Centre (KPMC). KPMC ini glamour tempat buat shooting drama. Haritupun serabut ada shooting drama jugak.

Dr. Afifah suspect viral infection sebab tekak Azizi merah. Ok dapat stock paracetamol syrup baru dan stock voltren baru. Dr. Afifah pesan kalau rabu tak baik jugak baru buat blood test dan kalau perlu start dengan antibiotic, itu antara perkara baik always start antibiotic last.

Selasa pagi kami pergi kerja macam biasa. Jam 11.30 pagi ketika sedang bermesyuarat, Alia call inform suhu Azizi naik sampai 40 deg C dan dia menggigil. Agreed untuk bawak Azizi ke Hospital Pantai Bangsar jumpa Paed Dr. Atiqah pulak.

Dr. Atiqah propose untuk admitted ke wad. Plan rawatan ialah amik darah buat blood test dan monitor suhu Azizi.

Masalah aku dengan Pantai Hospital ni ialah lambat hendak dapat bilik. Perkara ini terjadi lagi, selepas 45 minit menunggu aku call ING Helpdesk. Mereka inform dah terima request dari Pantai, medical pannel mereka sedang go through...pehhhh angin aku dengar, gila apa pannel ko untuk menidakkan pakar kanak-kanak punya recommendation. Aku inform ING, anak aku ni demam panas masih belum dapat masuk bilik apalah susah sangat. Boleh pulak dia tanya ehhh belum masuk bilik ke, dah tentu lah belum sebab korang tak cakap dengan Pantai ok untuk masuk. Aku faham kalau dengan Prince Courte, mereka bagi masuk terus tapi sebagai entity business, Pantai sure nak make sure payment mereka secured baru izinkan pesakit masuk wad.

Alia dan Azizi tidur di atas katil berkongsi

Terjadi lagi, bilik single penuh...budak admission tu boleh 3 atau 4 kali tanya, Encik memang hendak bilik single ke? Oleh sebab dah bosan aku pun jawab, " memang entitlement saya single room, anak saya ni dilahirkan di sini dulu bilik single, last December admitted pun bilik single"...... barulah nak bersugguh cari bilik untuk aku...mentang aku ni Melayu macam ko dan pakai ala kadar jek ko takut benar ke aku tak layak duduk bilik single...

Pantai Hospital Bangsar ni memang ada masalah bilik, memang selalu bilik single penuh. Bila mereka bagi tahu masuk bilik D439 aku jadi hairan sebab setahu aku wad kanak-kanak C4.Ternyata benar Azizi duduk di wad dewasa. Dahulu aku bertekak nak bilik di wad dewasa tak kasi sebab polisi sekarang polisi sudah tukar nampaknya.


Tempat tidur aku


Almari baju
Permandangan dari bilik D439
Alia dan Azizi coffee break

version Alia boleh baca di sini

No comments:

Post a Comment