Thursday, May 24, 2012

Debat PTPTN

Ramai sungguh yang memperkatakan tentang Debat PTPTN diantara Saudara Rafizi dengan YB Khairy Jamaluddin, apabila baca facebook sudah tentu kita boleh lihat komen dan memenangkan tokoh pilihan masing-masing.

Ada satu komen tentang debat ini yang menarik perhatian aku dan yang memberi komen itu memberi keizinan untuk share so aku share di wall facebook aku dan sekarang aku nak share kat sini, oh ye yang memberi komen ialah saudara SAIFUL NANG;


Miskin-miskin ayah saya pun dulu, ada saving emas bila saya nak ke sekolah asrama dan masuk ke universiti satu-satu dijual. Beli masa harga rendah jual semula pada harga 3-4 kali ganda. Memang tak dapat tampung juga yuran pengajian di Universiti maka saya kenalah belajar sebaik mungkin dalam SPM sehingga penaja sanggup nak menaja dan memberi peluang kerjaya terus selepas tamat belajar. Tapi sekurang-kurangnya, tidak juga nak harap subsidi kerajaan.

Saya lakukan perkara yang sama. Seorang anak setiap lahir dah kita carumkan atas nama mereka secara konsisten setiap bulan dalam unit amanah dan insuran. Umur 17 tahun nanti, sekurang-kurangnya jika pendidikan masih lagi berbayar, mampulah menampung untuk masuk universiti swasta. Kalau nak masuk universiti swasta luar negara mungkin kena tambah tabungan per bulan bila keadaan ekonomi semakin baik. Setiap anak juga saya dan isteri membuat pelaburan jangkapanjang dalam hartanah supaya growth rate menjadi lebih tinggi dalam tempoh 17 tahun dari sekarang. Ini semua perlukan perancangan yang bijak

Kita belanja tengok Astro First tak komplen pun RM100 sebulan boleh terbang ke sana. Subsribe sport channel dan movie channel pun kita tak komplen, beli rokok sampai 2-3 ratus sebulan pun kita tak buat debat bila harga sentiasa naik nak carum RM100 sebulan untuk pendidikan anak kita terlampau mengharap pada bantuan. Jika anda menabung RM200 sebulan pun dalam unit amanah jangka panjang, dalam 17 tahun anda dah ada lebih 130k dan jika 4-5 orang anak anda masuk universiti kerajaan anak anda dah tak perlu berhutang dengan mana-mana pun.

Debat yang disaksikan tadi ada fakta dari kedua-dua belah pihak tanpa perlu prejudis dengan emosi atau fahaman politik masing-masing. Jika diteruskan PTPTN atau dimansuhkan sekalipun, adakah jika kita mampu melakukan dengan berdikit-dikit dari sekarang kita mahu harapkan bantuan? Kita ada pilihan untuk berusaha dan berrjimat. Bila mana kita lihat pemborosan berlaku dalam kerajaan, kita tuding jari pada mereka. Jika betul pun mereka salah, adakah kita tak lihat kita sendiri masih membazir untuk kita peruntukan sedikit dari pendapatan isirumah untuk kegunaan pada 17 tahun akan datang?

Saya dan isteri sependapat, jika anak kami cemerlang sekalipun dan mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran, kami akan tetap fikirkan bahawa sekiranya kami lepaskan tajaan itu, ada orang yang lebih berhak menerima tajaan itu dapat belajar kerana kita mampu membiayai sendiri pembelajaran anak-anak.

Saya tak pasti kesahihan penyelewengan dalam kerajaan, saya juga tidak pasti ia praktikal untuk memansuhkan PTPTN. Dua-dua pihak ada fakta tersendiri. Maka kami pilih untuk MANDIRI dengan usaha SENDIRI.

Jika kita tak mampu berdiri, jangan salahkan mereka yang mampu berdiri lantaran usaha mereka. Jika kami mampu dan tidak perlu meminta-minta, mengapa perlu kita tebalkan muka meminta-minta. Semiskin-miskin ayah dan emak saya dahulu pun, masih ada perancangan untuk persekolahan anak. Sekurang-kurangnya 12 bulan menabung untuk beli baju sekolah, bayar yuran sekolah, yuuran PIBG dan beli buku bilamana sekolah masuk penggal baru.

Saya bukan ahli politik saya juga tidak prejudis pada mana-mana parti. Saya hanya seorang bapa yang malu untuk meminta-minta

SAIFUL NANG

* Anda boleh share jika anda rasa ia perlu. Terima kasih

s

Sebenarnya aku sangat tersentak dengan komen ini sebab aku memang tidak melanggan Astro tetapi aku melanggan UNIFY yang charge nya RM149 sebulan. Apapun Alhamdulillah Alia sudah menggerakkan tabung simpanan untuk pendidikan Azizi dan kami agree untuk sama-sama menyumbang kepada tabung ini.

Kepada mereka yang membaca marilah kita fikirkan bersama untuk anak-anak kita sendiri apa yang patut kita buat, aku percaya semua agree pendidikan adalah harta yang tidak ternilai.

Wednesday, May 23, 2012

HIRA

Hazard Identification & Risk Assessment (HIRA) merupakan benda wajib buat sebelum sesuatu project boleh berjalan kalau dalam O&G. Nampaknya apa yang berlaku di lift lobby rumah aku ini confirm tidak buat HIRA. Kalau staff daripada Bahagian Perumahan & Hartanah (BPH) ada nak komen tak kalau ternampak benda cam gini?

Tuesday, May 22, 2012

Jalan Tutup

Bersempena dengan perhimpunan sejuta belia sila amik perhatian kepada jalan yang ditutup kerana acara ini. Acara ini berlangsung 23 May 2012 (Rabu) - 27 May 2012 (Ahad).

Friday, May 18, 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)


Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah kerana dengan izinNya, Alia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2011. Cerita yang agak sudah basi sebab Alia menerima anugerah itu pada 24 April 2012 yang lalu daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Oleh kerana anugerah itu kawan-kawan sama batch dengan Alia di EPU request buat makan-makan di rumah. Alia ambil cuti pada hari ini untuk menyiapkan makanan untuk tetamu-tetamu yang datang. Ada sebelas orang sebenarnya yang datang tetapi tetamu paling awal dah pulang sebab suami dah datang ambil yang lain pulak datang lewat sedikit makanya sesi bergambar ini hanya mereka yang tinggal sahajalah.

Alia masak soto hari ini ada nasi impit, mee kuning dan mee hoon untuk memenuhi selera mereka yang datang. Selain itu ada pai tie dan buah anggur. Tambahan dari luar ialah satay aku beli dari Taman Warisan Putrajaya, 60 cucuk ayam dan 40 cucuk daging.



Kepada tetamu yang datang terima kasih kerana sudi datang rumah kami. Kepada isteri tersayang tahniah, walaupun selalu perli aku kerja kuat tapi tak dapat APC pun.

Tuesday, May 15, 2012

IKEA Delivery


Baru-baru ini aku menggunakan khidmat IKEA DELIVERY untuk menghantar barang yang aku beli di IKEA. Alasan sudah tentu sebab packaging besar sangat tak muat masuk kereta aku mahupun kereta Alia.

Bayaran penghantaran ialah RM65.00 per bill maksudnya kalau mahu berjimat beli banyak-banyak dan buat penghantaran sekaligus. Aku beli satu sahaja barang so kos barang harus diambil kira dengan kos penghantaran. Untuk Putrajaya, penghantaran adalah sekaligus dengan kawasan Cyberjaya, Bangi dan Kajang. Zon ini hari penghantaran cuma 3 kali seminggu iaitu hari Sabtu, Selasa dan Khamis.
Selain daripada pemasangan aku juga mengambil khidmat pemasangan. Actually penghantaran dan pemasangan bukanlah dibuat oleh IKEA sendiri tetapi oleh contractor lantikan IKEA. Aku rasa aku tidak rugi untuk menambah bayaran untuk upah pemasangan kerana charge yang dikenakan pada aku munasabah. Charge yang dikenakan ialah 5% di atas harga barangan yang dibeli. 
Sebab aku mengatakan berbaloi membayar upah pemasangan ialah jika di lihat dari luaran memanglah ada dua kotak sahaja etapi bila bukak pehhh banyak sungguh part yang perlu dipasang. Mereka ini datang bertiga makanya mereka buat agak cepat ditambah pulak dengan mereka memang dah cekap pasang part-part yang standard cuma bila nak pasang benda yang unik untuk dalaman mereka refer to buku pemasangan yang IKEA bekalkan.






Hasilnya siaplah rak storage di bawah tv yang diidamkan....bolehlah ini yang mampu untuk dibeli, Alhamdulillah. Mereka ini mengambil masa selama 40 minit kalau aku pasang sendiri 4 jam belum tentu siap.
Azizi layan...

Thursday, May 10, 2012

Explosion at PETRONAS Plant in Paka

"Explosion at PETRONAS Plant in Paka and 10 injured", begitulah aku baca sedang aku melayan FB dan blog.

Sepantas kilat aku cuba mencari kebenaran pasal berita ini dan NST melapurkan dahulu pasal tragedi ini. Berita Harian juga melapurkan loji pemprosesan gas GPP 3 area 2 (kawasan PRR) yang meletup, 4 daripada mangsa terbakar pada darjah ke 4. Area tu JV Hyundai-PFCE sedang buat kerja.




Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan. Harap mangsa dan keluarga mangsa berbanyakkan bersabar.

UPDATE:


1. Berita Awani 7.45pm - 2 meninggal 10 cedera.
2. Berita TV3 8mlm pulak update 2 meninggal manakala 23 cedera.
3. Sumber lain pulak kata 2 meninggal 42 orang cedera.
4. Katanya masih ramai yang hilang. Ini boleh komen sikit, adakah mereka "hilang" atau balik terus bila berlaku letupan without sign off.
5. Seperti komen fuad gpp, sumber letupan adalah pipe gas bawah tanah meletup dan terbakar.



Thursday, May 3, 2012

Live Blogging: WVX 365




Aku menulis entry Live Blogging: WVX 365 di dalam kereta sebelum bersusah payah mengundur untuk keluar dari parking kereta. Tolonglah belajar jangan menyusahkan orang lain. Silap angle gambar ni sebab tak nampak dia menyusahkan aku nak keluar dari parking. Banyak lagi parking kosong kenapa nak parking kat tempat bukan parking.

Swollen Gum

Hari ini aku MC sebab swollen gum, yang peritnya actually berdenyut tu. Petang semalam balik dari meeting di Pulau Indah terus aku ke dentist. Selamba doctor tu propose buat root canal. Kena datang 5 kali adulah aku ni setahun sekali nak jumpa dentist pun payah ni lagi suruh datang 5 kali dalam masa 5 minggu.

Oleh sebab bengkak dr bagi aku 2 jenis antibiotic dan ponstan. Malam tadi asyik terkejut sebab berdenyut. Padahal aku dah makan ubat tahan sakit paling hebat yang aku ada iaitu ACOXIA. Hopefully baik semula gum aku ni...tak nak buat root canal bagai.

Tuesday, May 1, 2012

Alternative Honda 3S Service






Mencari Alternative Honda 3S Service ? Dahulu ketika bersama TPS, satu daripada tanggungjawab aku ialah yakin kan engineer TNB dan kalau boleh PETRONAS untuk memilih kami sebagai alternative service provider kepada mereka.

Ada orang tinggal kan note di atas di wiper kereta Alia. Almaklumlah city kan so memang Ada kena. Mengenalah. Kepada mereka yang tinggal sekitar Bangi, Putrajaya, Kajang bolehlah mencuba workshop Millennium Merz Odyssey Sdn Bhd yang terletak di Bandar Baru Bangi.

Biasalah kepada mereka yang mempunyai kereta dah habis warranty tu bolehlah mencuba kepada yang masih dalam warranty kenalah makan hati melayan kerenah service centre masing-masing.

Punyalah nak hentam duit customer sampai minyak hitam pun tidak boleh bawak sendiri. Kena beli minyak hitam mereka. Siap pernah ugut aku kalau nak pakai jugak boleh void warranty. Geram sungguh aku dengan service advisor yang macam gini.

Nasib baik service waja aku ok sahaja bawak sendiri minyak hitam. Boleh aku puji jugak lah mereka akur kalau ko bawak minyak fully synthetic makanya next service 10k KM. Sudah beberapa service centre di beberapa buah negeri aku pergi service kereta city Alia, hanya satu kat Johor Bahru sahaja yang own by Islam. Mengapa yek...