Baru-baru ini aku menggunakan khidmat IKEA DELIVERY untuk menghantar barang yang aku beli di IKEA. Alasan sudah tentu sebab packaging besar sangat tak muat masuk kereta aku mahupun kereta Alia.
Bayaran penghantaran ialah RM65.00 per bill maksudnya kalau mahu berjimat beli banyak-banyak dan buat penghantaran sekaligus. Aku beli satu sahaja barang so kos barang harus diambil kira dengan kos penghantaran. Untuk Putrajaya, penghantaran adalah sekaligus dengan kawasan Cyberjaya, Bangi dan Kajang. Zon ini hari penghantaran cuma 3 kali seminggu iaitu hari Sabtu, Selasa dan Khamis.
Selain daripada pemasangan aku juga mengambil khidmat pemasangan. Actually penghantaran dan pemasangan bukanlah dibuat oleh IKEA sendiri tetapi oleh contractor lantikan IKEA. Aku rasa aku tidak rugi untuk menambah bayaran untuk upah pemasangan kerana charge yang dikenakan pada aku munasabah. Charge yang dikenakan ialah 5% di atas harga barangan yang dibeli.
Sebab aku mengatakan berbaloi membayar upah pemasangan ialah jika di lihat dari luaran memanglah ada dua kotak sahaja etapi bila bukak pehhh banyak sungguh part yang perlu dipasang. Mereka ini datang bertiga makanya mereka buat agak cepat ditambah pulak dengan mereka memang dah cekap pasang part-part yang standard cuma bila nak pasang benda yang unik untuk dalaman mereka refer to buku pemasangan yang IKEA bekalkan.
Hasilnya siaplah rak storage di bawah tv yang diidamkan....bolehlah ini yang mampu untuk dibeli, Alhamdulillah. Mereka ini mengambil masa selama 40 minit kalau aku pasang sendiri 4 jam belum tentu siap.
Azizi layan...
No comments:
Post a Comment