Friday, May 18, 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)


Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah kerana dengan izinNya, Alia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2011. Cerita yang agak sudah basi sebab Alia menerima anugerah itu pada 24 April 2012 yang lalu daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Oleh kerana anugerah itu kawan-kawan sama batch dengan Alia di EPU request buat makan-makan di rumah. Alia ambil cuti pada hari ini untuk menyiapkan makanan untuk tetamu-tetamu yang datang. Ada sebelas orang sebenarnya yang datang tetapi tetamu paling awal dah pulang sebab suami dah datang ambil yang lain pulak datang lewat sedikit makanya sesi bergambar ini hanya mereka yang tinggal sahajalah.

Alia masak soto hari ini ada nasi impit, mee kuning dan mee hoon untuk memenuhi selera mereka yang datang. Selain itu ada pai tie dan buah anggur. Tambahan dari luar ialah satay aku beli dari Taman Warisan Putrajaya, 60 cucuk ayam dan 40 cucuk daging.



Kepada tetamu yang datang terima kasih kerana sudi datang rumah kami. Kepada isteri tersayang tahniah, walaupun selalu perli aku kerja kuat tapi tak dapat APC pun.

No comments:

Post a Comment