Tuesday, September 25, 2012

Offshore Work - Life Onboard Vessel

Offshore life setiap orang yang bekerja di offshore mempunyai pengalaman yang berbeza sebenarnya sebab ada yang bekerja di platform dan ada yang bekerja di atas vessel. Dalam kes aku setakat ini aku hanya berpeluang bekerja di atas installation vessel. 

Kali ini nak share kemudahan yang ada di atas kapal Windermere. Walaubagaimana pun tidak semua gambar yang aku ambil so aku share benda paling penting bila atas kapal.


MV Windermere (MV=motorise vessel) sepanjang 80meter. Merupakan DP2 vessel dan mempunyi kemudahan SAT Diving untuk 15 orang diver. Mempunya kelajuan maksima 12kts tapi biasala sure sailing pada economical speed iaitu 10kts. Ada 4 main generator  CAT 3516B, auxiliary generator pulak CAT 3412C dan emergency generator ialah CAT 3508B.

Windermere mempunyai 8 bilik untuk seorang, 8 bilik untuk berdua dan 24 bilik untuk berempat so tatal POB ialah 120 orang.

Bilik tidur aku. Tempat aku banyak habiskan masa termasuk buat report sebab bilik CSR sempit dan dah ada 2 Otai. Bilik ini juga tempat menghilangka migraine paling best sebab once tutup lampu, tingkap dan pintu terus jadi macam tengah malam, gelap. Bilik ini ada almari kasut, satu bilik air (pintu billik air sebelah rak kasut), katil, almari baju dan meja tulis.

Kalau mereka yang mabuk laut sure melepek dalam ini sahaja sebab nak makan tak larat dan asyik nak muntah kan. Alhamdulillah so far aku belum pernah mabuk laut yang sampai muntah-muntah. Takat pening kepala adalah.
Antara tempat kegemaran aku atau mungkin jugak orang lain bila offfshore huhuhhu, mana lagi kalau bukan dewan makan, or galley. Kapal Windermere menyajikan makanan 4 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan supper. Galley ini boleh memuatkan seramai 70 orang pada satu masa.  Apa jadi kalau lapar antara waktu tu, hehehehe galley ini bukak 24 hour so turun jek at least boleh makan roti, atau ais cream or at least mee segera. Bak kata ramai orang mee segera offshore adalah tersedap sekali walaupun mee segera rendam air panas jek. Do not worry, vessel yang operate in Malaysia water kena dapatkan sijil pengesahan halal dan operate halal kitchen.  Oh ye tanggungjawab siapa memastikan maintain tu sapa lagi CSR onboard lah sebab sijil halal tu clearly stated void kalau menghidangkan non halal food.

Selain itu Windermere jugak mempunyai Hospital dengan 2 katil, bilik rekreasi, bilik gymnasium dan conference room. Orait itu shaja sharing untuk hari ini.




No comments:

Post a Comment