Offshore Work untuk buat LBL Metrology merupakan tugasan yang baru aku selesaikan. Lewat petang hari Khamis beberapa minggu yang lalu ketika melayan Azizi bermain, aku menerima panggilan telefon daripada boss mintak aku join vessel Windermere untuk buat kerja-kerja Metrology. Suruh aku travel pagi esok ke Kemaman untuk waiting Windermere masuk KSB dan mob dari situ. Actually benda-benda cam ni yang aku kesian kat anak bini sebab weekend tu (masih dalam mood raya masa tu) dah plan nak attend beberapa open house dan bawak Azizi cucuk yang sepatutnya due masa August lagi.
Suddenly ubah keputusan untuk aku naik jadi CSR dan otai sebagai advisor aku. Alasan sebab aku lebih tahu pasal project needs daripada otai. Dapat tiket pun petang Jumaat, so aku ambil keputusan untuk bawak Azizi dahulu ke Pantai Hospital Bangsar.
Petang tu naik flight ke Kuantan kemudian check in Awana Kijal dahulu, kapal delay sebab arragement untuk wharf dan bunkering. Bunkering ini isu yang besar sebenarnya walau dimana sahaja port di Malaysia yang support offshore work. Benda ini juga biasa dalam offshore work, hahahahha kekadang tak menyempat suruh kita pergi bila sampai kena standby.
Akhirnya malam berikutnya baru mob, sampai kapal malam tu otai buat kecoh sikit tak kasi kapal sail away. Reason sebab no muslim cook onboard. Isu ini best jugak sebab mengejutkan semua bosses yang kat darat. Manager aku beberapa kali call cakap its not in the contract and what not. Memang lah galley tu dah certified to cater for halal food tapi mestilah kita lebih prefer to have muslim cook untuk masak untuk kita makan. Bosses boleh cakap dalam contract tak specified, ada aku kisah sebab aku yang nak makan atas kapal ni bosses makan kat darat. Siap comparison kat hotel pun bukan semua muslim yang masak ok find tapi ada muslim staff dalam tu at least boleh membantu memantau apa yang non muslim ni masak. Ini atas WIndermere masa tu semua Filipino. Kelemahan contract ini bila aku openly discuss dengan boss, kenapa tidak clearly spell out Malaysian Muslim Cook in contract, oh nanti tak cukup cook untuk support. Apabenda punya alasan daaa, insyaAllah apabila berkesempatan untuk design contract aku akan make sure Malaysian Muslim Cook in the contract.
Enough with membebel, jom sharing experience offshore;
Captain Kapal mintak camp boss buat BBQ masa en route ke job location. Macam-macam ada, satay pun ada. Makanan campuran lah timur dan barat. Ada jugak ikan panggang, best gila makan.
Mamat yang coverall merah tu ROV Tech, Wahid nama dia. Antara anak Melayu Malaysia yang involve dalam ROV industry. Dah 2 bulan atas kapal so berpuasa dan beraya di atas kapal. Daily rate dia orang ni, memang agak berbaloilah mamat ni bekerja 2 bulan terus atas kapal. Mat salleh (New Zealander) sebenarnya yang coverall orange + biru tu dia pulak surveyor engineer daripada Seascape.Dia ada ladang dan pelihara kuda di New Zealand. Ketika photo ini dirakamkan mereka sedang handover ROVNAV 5 from Sonardyne untuk install atas ROV.
Mamat coverall merah ni pulak Anas namanya. Sedang buat electrical testing on ROVNAV 5 dan Sound Velocity Censor (SVS) yang install on Panther XT 937.
In total ada 8 Compatt wideband transponder yang kita install dalam air untuk buat LBL Metrology ni.
Photo ini pulak surveyor engineer ni sedang install octans gyrocompass and motion sensor atas jig yang kita fabricate khusu untuk ambil heading, pitch and roll.
Photo atas ini pulak menunjukkan yang jig dan octans gyrocompass lower down to seabed. Oh ye jig ini deploy by Sat Diver.
Step by step (lebih kuranglah) ROV Panther XT937 launch. Dalam kes ini LARS (launch and recovery system) yang digunakan ialah A Frame. ROV yang sama cuma ada combination launch malam dan siang hari. Launch malam dalam photo di atas nampak apabila ROV tu on lighting dia.
Benda alah ini pulak nama dia Diving Bell. Ia digunakan untuk kita transfer Saturation (aka Sat) Diver ke bawah dasar laut. Diving bell ini lock off dan lock in 8 hours mengikut procedure SAT Diving Hallin which for sure follow international standard i.e IMCA etc.
Diving Bell ini boleh memuatkan 3 diver in 1 time. Dalam job kami kali ini kami menggunakan 3 team in pair untuk cover working 24 hours. Every shift ada 2 diver, seorang sahaja yang keluar membuat kerja mana kala seorang lagi standby di dalam diving bell untuk hulur atas tarik umbilical diver. Between dua orang diver ini mereka discuss sendiri sama ada hendak bekerja secara giliran 4 jam terus atas bagaimana cuma dive bell recover apabila cukup 8 jam.
Untuk launch dan recover dive bell ini pun ada system gak lah. Lupalak kan apa type kalau macam gini punya system. Dalam kes windermere SAT DIVER adalah built in system walaupun Hallin (vessel owner) class kan Windermere as SOV (Subsea Operation Vessel), tapi ianya jugak adalah DSV (Diving Support Vessel).
Bila selesai dive, diver akan melepak di dalam ini yang dinamakan DDC (Diver Deco Chamber). Cerita lanjut pasal DDC boleh baca Wikipedia. SOV Windermere ada 3 chamber yang boleh memuatkan seramai 15 orang diver. Job ini water depth ialah 72 msw to 76 msw so diver disediakan untuk 63msw. Untuk kedalaman itu sesorang diver memerlukan 86 jam untuk deco sehingga diver boleh keluar daripada DDC. Cubalah dengar suara diver ini semua sure korang pun senyum sendiri, saling tak tumpah suara Donald Duck.
Photo di atas pulak sebelah kiri tu LST (Life Support Technician) sedang monitor diver dalam DDC. Mereka ini yang mix gas untuk diver. Mamat yang ikat kepala tu dah lupa nama lak, berasal daripada India. Untuk jadi LST kena pergi krusus LST lepas tu ada exam, training ini ada di Singapore. Pass exam boleh start kerja as assistant LST after work for berapa ratus hari as assistant barulah pergi exam untuk LST. LST ni sebab nak make sure life support so amik order, ambil makanan from galley jugak tanggungjawab LST.Gambar sebelah kanan pulak ialah Dive Supervisor. Dive supervisor yang run the show maksudnya ketika JOBS dilakukan semunya bergerak di atas arahan dia. Diver supervisor ada 2 orang yang bekerja 12 jam setiap orang.
Untuk safety precaution kepada Sat Diver, Windermere ada Self Propel Hyperbaric Life Boat which able to deco diver for 72 hours. Untuk tambahan LSP (Life Support Package ) atau juga ada yang panggil flyaway package juga kalau tidak silap untuk another 15 hours diadakan dan diletakkan di tempat lain dalam kes ini kita letakkan di atas FCB Pelican Gallant. Photo menunjukkan dive tech transfer to Pelican Gallant by Billy Pugh basket transfer. Salah satu kaedah personnel transfer yang paling selamat dan popular di offshore.
Gambar combination ini sebenarnya menunjukkan Fast Crew Boat (FCB) Pelican Gallant alongside WIndermere untuk ambil all personnel passport untuk inward clearance dan transfer Muslim Cook, cerita yang kecoh tadi. Semenjak mamat cook ni naik atas windermere langsung makan banyak aku sebab berselera semula.
So instrument yang digunakan untuk kerja LBL Metrology ialah ROVNAV5 dan COMPATT 5 transponder.
Photo ini pulak daripada screen Fusion 5 system. System ini jugak dari Sonardyne. Inilah kerja LBL (Long Baseline) metrology. Semuanya pakai system tapi sebelum boleh guna ini pelbagai preparation work kena buat. Ada 8 reference pont dan apabila berjaya interrogate line yang asalnya bewarna merah akan bertukar menjadi hijau. LBL digunakan sebab ia adalah very precision system.
SOV Windermere ada kapal DP2 system. Reference point minimum kena ada 3 so untuk Windermere ada 2 individual DGPS (one refer to IOR, another one is referring to POR), taut wire dan hydroacoustic position reference (HPR). Untuk DPO (DP Officer), mengikut IMCA DPO mesti ada 4 orang di atas kapal tidak termasuk Master. Windermere DPO mereka ialah Chief Mate & 3 orang second officer.
Orait sekian sahaja perkongsian LBL Metrology work yang kami selesaikan untuk project aku. Bergambar sikit kat console captain at the bridge.
No comments:
Post a Comment