Thursday, October 4, 2012

DPA ohh DPA - Luahan Seorang Suami


Ini sambungan DPA ohh DPA dan totally on luahan rasa aku sebagai seorang suami kepada peserta DPA intake ke 42.

Alia sangat berminat untuk join perkhidmatan PTD. In total from 2007, 3 kali ujian bertulis PTD yang Alia hadiri  dan semuanya gagal. Pada tahun 2010, sekali lagi Alia dipanggil untuk menghadiri temuduga, oh ye aku masih ingat setiap tahun akulah yang tolong renew permohonan online Alia melalui SPA. Sebenarnya kesihatan dan emosi Alia pada tahun 2010  tidaklah begitu stabil, malahan ketika dapat surat panggilan untuk ujian bertulis kali ke 4 itu Alia sedang berpantang kerana pembedahan nya. Alia tidak mahu pergi tetapi aku berjaya memberi sedikit kata-kata semangat untuk dia. Tidak lupa juga aku membeli buku untuk bahan bacaan dia untuk preparation menghadapi peperiksaan. Ketika itu tidak seperti sekarang ada buku khas persediaan menghadapi peperiksaan PTD.

Pada hari ujian, iaitu hari Sabtu aku menghantar Alia ke Dewan Peperiksaan dan akhirnya dia lulus pepriksaan tersebut. Seterusnya aku menemani dia ke PAC yang mana masa itu dia diarahkan menghadiri PAC di IKHWAS. Lepas PAC interview pula di Putrajaya. Akhirnya dia berjaya di terima masuk.

Ketika ditawarkan jawatan PTD, Alia berkhidmat di JKR Cawangan Pakar. , oleh kerana minat dia melaporkan diri di Putrajaya sebagai PTD pada 1 April 2010 dan meninggalkan JKR. Aku juga yang menghantar Alia ketika itu dan pada 2 June 2010 kami ke INTIM pulak di Kemaman kerana Alia melaporkan diri untuk induction batch dia. Pada hari tersebutlah kecoh satu Malaysia pelatih PTD ketika itu yang menghadiri DPA , Allayarmah Norhashimah Wahid meninggal dunia. Agak cuak juga aku ketika itu sebab masa itu Alia sedang mengandungkan Azizi.

Pada 16 September 2012, sekali lagi pelatih PTD, Aidi Hasmy Abu Hassan meninggal semasa menjalani DPA.  Lebih kurang seminggu sebelum itu, Alia menghadiri taklimat kalau tidak silap oleh Timbalan Pengarah PPP, En Rospiagos Taha dan di dalam taklimat beliau telah menegaskan jangan khuatir kerana beliau telah mengharahkan semua anak buahnya mengutamakan keselamatan. Aku bukan menolak takdir, atau tidak bersetuju dengan kata-kata keras seorang penjaga semasa taklimat waris iaitu MATI ITU PASTI tetapi gossip yang kedengaran berkenaan kemalangan dan cara INTAN khususnya PPP handle activity dan emergency situation ketika itu tidak dapat diterima oleh akal fikiran yang waras, justeru aku cekalkan hati untuk memastikan aku dapat menghadirkan diri semasa taklimat waris pada hari pendafaran. Bukan mahu marah membabi buta tetapi cuba mendapat penjelasan dan cuba untuk menyampaikan kegusaran dan pendapat sekiranya boleh.

Aku merupakan waris kedua akhir yang bangun untuk bercakap pada hari taklimat waris. Aku tidak boleh katakan aktiviti yang dirancang untuk membentuk PTD adalah tidak baik cuma pada aku cara pelaksanaan sesetengah aktiviti itu harus diperkemaskan.

Aku ambil contoh program sebelum ini yang Alia harus lakukan iaitu program Corporate Social Responsibility (CSR) secara individu. Sebagai suami, sure aku sanggup membantu Alia menjayakan program CSRnya, selepas berbincang akhirnya kami bersetuju untuk buat CSR program di Surau Taman Pelangi Semenyih, tempat mertua aku tinggal. Kami bercadang untuk buat 2 program iaitu gotong royong mengecat (melibatkan Alia, officemate dia dan penduduk setempat seperti yang disyaratkan) dan menyediakan plan surau sedia ada dan plan pembesaran untuk masa hadapan. Surau ini tanahnya diwakafkan oleh pemaju tetapi pembinaannya adalah atas usaha penduduk. Untuk  plan itu Alhamdulillah officemate alia sedia membantu memberi khidmat percuma membuat plan. Program mengecat itu yang agak sulit kerana wang mesti diusahakan sendiri.  Ada peringatan no political shall be involve so nak mintak sumbangan daripada Adun is NO NO. Apa yang aku buat ialah menyediakan costing anggaran wang yag diperlukan untuk menjayakan gotong royong mengecat tersebut. Siap kami decide untuk mencari cat yang terbaik  dan selepas discuss dengan architect kawan Alia kami decided guna ICI Weathershield. Selepas dapat costing aku mula “menjual” program Alia kepada teman-teman aku untuk meminta sumbangan dan Alhamdulillah dengan penjelasan mereka sanggup mengeluarkan wang poket sendiri untuk menjayakan program tersebut.

Hasil daripada program tersebut, apa yang dibanggakan (bukan utuk riak) tetapi kebanyakan khariah gembira begitu juga AJK surau kerana surau sudah ada color baru dan plan untuk pembangunan sudah ada cuma tinggal mencari dana untuk membesarkan surau tersebut. Kalau bertanya sekarang mereka sudah lupa nama Alia, apa yang mereka ingat ada PTD daripada EPU yang menganjurkan. Lihat kesan berpanjangan bukan induvidu yang dikenang tetapi perjawatan PTD itu yang dikenang.

Bebalik kepada usul penambah baikan yang aku propose ketika taklimat waris yang pertama ialah RISK MANAGEMENT.

Dalam pembentangan pihak PPP Intan mereka maklumkan yang aktiviti berisiko tinggi dan aktiviti air tidak ada. Sebenarnya aku menegur berkenaan dengan RISK MANAGEMENT kerana apa yang aku perhatikan pihak PPP tidak ada proper kaedah untuk menilai risiko untuk semua module terutama module luar untuk DPA. Maksud aku ialah sebagai contoh sepatutnya PPP boleh buat Hazard Identification Risk Assessment (HIRA) untuk aktiviti luar terutama secara BERSAMA dengan pihak yang akan mengendalikan module tersebut. Contoh aktiviti katakana merentas sungai menggunakan tali so obviously antara risk yang ada adalah tangan basah dan licin takut terlepas tali yang dipegang so risk mitigation bolehlah pakai glove, risk kalau dah terlepas tangan tu karang lemas pulak so introduce risk mitigation contoh another life link contoh dimana pinggang setiap peserta di ikat kepada peserta di hadapan dan belakang dia atau introduce life jacket. Cuma life jacket kenalah terangkan kenapa kita gunakan life jacket sebab life jacket bukan untuk membantu kita mudah berenang, ia membantu kita floating sebab tu specifikasi life jacket berapa lama boleh berendam dalam air i.e 30 hari or 60 hari. Mungkin kalau permissible, sediakan ambulance jugak on standby. Kalau acara marathon kat luar anjuran private boleh jek panggil ambulan.   HIRA yang dilaksanakan dengan baik mmengenalpasti semua risk yang associate dengan sesuatu aktiviti dan kita akan introduce mitigation untuk lower down the risk. Barulah kalau orang macam aku bertanya bagaimana high risk, medium risk dan low risk tu boleh Pihak PPP INTAN jelaskan dengan penuh yakin.

Proposal kedua aku pulak ialah PPP INTAN sepatutnya mempunyai workable EMERGENCY RESPONSE PLAN (ERP), aku nyatakan walaupun menurut PPP INTAN mereka sudah ada SOP (Standard Operating Procedure) untuk kecemasan. Persoalan aku ialah perlaksanaan nya, atas kertas SOP nampak cantik (orang kata SOP tu baru prepare setelah kes Allahyarham Aidi Hasmy) tapi perlaksannanya. Adakah orang / pegawai yang menegringi peserta terutama ketika module luar dan melibatkan jugak pihak lain seperti wataniah/polis/bomba dll mereka ini tahu berkenaan dengan SOP ini. Kita tak boleh main assume sahaja. Sebab itu kalau PPP ada proper HIRA dan ERP, pihak PP boleh share dengan pihak pegendali module. Minta mereka prepare ERP dimana di dalam itu ada semua maklumat seperti kecemasan bagaimana reporting, hospital mana terdekat, phone no. dan yang paling penting lokasi hospital tersebut. Tidaklah sesat mencari hospital nanti.

Sebagai kesimpulan aku yakin kalau PPP INTAN mempunyai cara yang proper RISK MANAGEMENT dan ERP yang baik, walau berlaku sesuatu termasuk kematian, adalah lebih justify tindakan kerana barulah kita kata kita sudah beriktiar dan tibalah berserah kepada takdir. Malahan aku amat yakin, dengan proper RISK MANAGEMENT dan ERP, masukkan di dalam penjelasan kepada waris confirm semua waris akan agree kalau aktiviti air dan wataniah diteruskan.

No comments:

Post a Comment