DPA atau panjangnya DIPLOMA PENGURUSAN AWAM, merupakan syarat untuk pengesahan jawatan kepada semua Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) selepas tahun 1994. Sebelumnya is merupakan syarat kemasukan ke dalam perkhidmatan PTD.
Apa yang cuba aku kongsikan di sini adalah informasi yang aku kutip pagi tadi semasa taklimat kepada waris yang disampaikan oleh En. Mohd Taqiuddin Bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah (KPP), Pusat Pembangunal Profesional (PPP), Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN). Sekiranya ada maklumat yang aku kongsikan tidak tepat harap inform dan aku akan betulkan. Niat aku hanya satu, sebagai seorang suami kepada PTD, aku berhak menyahut seruan PM iaitu menjadi agen untuk memberitahu perkara sebenar.
DPA kali ini ialah intake ke 42. Seramai 454 peserta yang terlibat yang mana separyh daripadanya di Intan Kampus Wilayah Selatan (IKHWAS) dan separuh lagi di Intan Kampus Wilayah Timur (INTIM). Hampir 90% peserta di IKHWAS adalah yang sudah berumahtangga dan di INTIM adalah majority yang masih bujang. Peserta tertua kali ini ialah berumur 42 tahun.
DPA bermula daripada 1994 untuk PENGESAHAN DALAM JAWATAN manakala tahun sebelumnya adalah untuk memasuki perkhidmatan (katanya masa itu selama setahun dan hanya menerima elaun RM500; note to self - mesti dah cukup makan masa zaman tu walaupun cuma RM500). Maksudnya krusus ini wajib paksa. Bermula daripada tahun 2010 DPA diadakan secara full time yang mengambil masa 33 minggu. Pada masa sekarang krusus ini mengambil masa 28 minggu. En Mohd Taqiuddin inform peserta di berikan hadiah pendidikan dalam persekutuan untuk menerima gaji penuh sepanjang tempoh krusus. (Note to self: apa pasal kena sign agreement yang meletak RM25K dan pada kami yang bukan kakitangan kerajaan apa yang tuan jelaskan hanyalah untuk menghalalkan program DPA tuan).
Focus DPA ialah terhadap penekanan perubahan sikap yang terbesar iaitu 40%. Pembelajaran secara modul di mana terdapat 9 modul ilmu teras dan 12 modul pengukuhan diri. Semua modul itu berlandaskan konsep yang dipanggil ASK (Attitude, Skill & Knowledge). Kesemua itu cover 8 bidang utama di dalam PTD.
Reaksi kepada perkara yang terjadi baru-baru ini kepada Allahyarham Aldy Hasmy Abu Hassan (pada pandangan aku lah) sebab itu PPP decided yang berikut;
- NO high risk activity (kurang jelas activiti bagaimana dikelasifikasi sebagai high risk)
- NO water activity
Juga dinyatakan oleh En. Mohd Taqiuddin Bin Zakaria tentang laman web yang akan update aktiviti peserta buat tatapan waris, boleh visit di sini. Setakat malam ini masih tentang mintak peserta bawak laptop sendiri dan broadband sendiri.
Turut sama ketika sesi penjelasan ini ialah Pengarah IKWAS, Tn. Hj. Aziz bin Mohammad dan KPP Ikhwas, En. Nor Nekman Jaimon.
Apa yang mereka sampaikan ketika sesi ini sebenarnya lebih kepada organizer expectation. Aku mengambil kesempatan ketika penghujung sesi untuk bangun bukan bertanya soalan tetapi memberi cadangan untuk penambah baikan pelaksanaan DPA. Pada aku hanya dua issue yang harus dititik beratkan iaitu RISK MANAGEMENT dan EMERGENCY RESPONSE yang ketara lemah dalam DPA.
Tunggu next luahan aku sebagai suami/waris peserta DPA. Baca sini.
No comments:
Post a Comment