Thursday, August 29, 2013

PENGALAMAN UK - MONOLOGUE

  1. Pengalaman Ke UK ini sepatutnya sudah sekiranya diizinkan oleh Nya sudah aku kecapi pada tahun 2009, ketika itu aku masih dengan ANAK SYARIKAT yang lama mengurus dan arrange Factory Acceptance Test (FAT) 2 buah pump untuk operasi luar pantai ANAK SYARIKAT di Kerteh. Yakinlah sekiranya rezeki itu bukan milik kita walaupun semua sudah ada nama dalam memo untuk aku ke UK tetapi Allah maha mengetahu percaturannya maka aku tidak dapat ke UK. Alasan CEO ketika itu untuk penjimatan secara totality COMPANY cukuplah hantar seorang jurutera dari anak syarikat. 
  2. Apabila aku ingatkan semula agak lucu jugak sebab note kecil yang CEO aku tulis atas memo kelulusan aku itu telah aku simpan dan tampal di cubical aku. Macam budak kecik pun ada hahahaha....yelah masa tu penuh perasaan tidak puas hati sebab tidak dapat pergi.
  3. Apa yang aku terlepas (kononnya), stay di Manchester, melawat Old Trafford dan menyaksikan perlawanan bolasepak antara Manchester United (Man U) vs Bolton. Tetapi tidak adil sekiranya aku tidak share apa pula rezeki yang Allah ganti kan kepada aku. Rezeki yang tiada nilainya, tidak dapat mengantikan apapun. Sekiranya menurut calculation ketika itulah benih ku berjaya bersatu dengan benih Alia dan dengan izin Allah jua Azizi tercipta.
  4. End of the day, jangan berhenti berdoa kepada Nya, kerana Dia lebih mengetahui yang mana TERBAIK sebenarnya untuk diri kita.

Aku rasa sangat bersyukur  kerana dengan keizinan Nya, akhirnya dapat jugak aku menjejakkan kaki ku ke bumi UK pada bulan Ramadhan yang lalu. Aku juga diberi peluang untuk merasai dua pengalaman yang sekiranya aku pergi dahulu dalam tahun 2009 tidak dapat aku kecapi nikmat tersebut. Apa 2 nikmat itu;
  1. Berpuasa ketika negara empat musim ini di musim panas
  2. Menaiki pesawat AIRBUS A380 (business Class lagi). Alhamdulillah.

Nantilah aku share lagi pengalaman ke UK. Sementara tu boleh visit cerita wife aku pasal travelling aku ini di sini dan sini. Orang perempuan biasalah exited lebih pasal apa lagi...

Tuesday, August 27, 2013

SOCIETY OF PETROLEUM ENGINEERS


Mengapa aku join ni,
  1. Aku join membership Society of Petroleum Engineer (SPE). Bukan kerana aku ni PE tapi sebab aku involve dan memberi sumbangan kepada pengeluaran petroleum so aku rasa aku layak join society ini.
  2. Society ini merupakan society yang khusus untuk mereka yang terlibat dengan O&G. Aku jugak member Institute Engineer Malaysia (IEM) dan registered Graduate Engineer dengan Board of Engineer Malaysia (BEM). Kiranya ini untuk melengkapkan keahlian aku lah dalam professional body.
  3. Aku yakin aku adalah sebahagian daripada komunity Project, facilities and Construction yang mana merupakan salah satu technical discipline dibawah SPE.
Oklah cukuplah 3 reason di atas lagipun membership fee aku bayar sendiri kan ops eksyen pulak. Nanti aku share di masa hadapan apa faedah dengan join society ini.

Hari ini aku terima SPE starter pack daripada SPE.

 Rupa muka depan SPE Starter Pack.

Dalam starter pack ini pulak ada beberapa benda;
1.  Welcome Note fr SPE President
2.  Membership Certificate
3.  Membership Card
4.  SPE Member Resource Guide
5.  Members Sticker 

Oklah ini sahaja sharing untuk hari ini..untuk lebih maklumat sila visit website mereka di sini.....nanti sharing lagi...

Monday, August 26, 2013

ALL BLACK WIN AGAIN

Jumaat lepas aku update ada game rugby The All Black Lawan Wallabies pada hari Sabtu. Lupa lak nak update result game tu. Yes yes yes...ALL BLACK WIN AGAIN.


ALL BLACK 27 Wallabies 16

Dengan kemenangan ini All Black mengekalkan Bledisloe Cup and merupakan kemenangan kedua berturut-turut ke atas Wallabies.

Kalau korang rajin boleh lah follow lagi next game macam dalam schedule bawah ini untuk tahun ini.

Friday, August 23, 2013

GOOD LUCK MY ALL BLACK


Dijadual kan pada esok hari, 24 August 2013, 7.35 malam local time (lebih kurang 11.35 mlm waktu Malaysia), The All Black akan menentang Australia. Perlawanan akan diadakan di Stadium Westpac, Wellington, New Zealand.

Thursday, August 15, 2013

APA AKU LAYAN KAT iPAD MINI - EVERY SINGAPOREAN SON II - THE MAKING OF AN OFFICER



Aku ada ipad mini kononnya asal untuk aku simpan technical document untuk reference. Memang ada pun tapi apa yang aku layan kat iPad mini aku sekarang ialah "Every Singaporean Son II - The Making of An Officer". Aku download kesemua 21 episode (WEBISODE - sebab from web), well dari mana lagi kalau bukan youtube.


Every Singaporean Son II - The Making of An Officer merupakan documentary yang kesinambungan tetapi berbeza daripada Every Singaporean Son & Every Singaporean Son - Epilogue. Dalam Every Singaporean Son II - The Making of An Officer, ianya mengenai 13 orang anak muda yang sudah menamatkan Basic Military Training (BMT) berusaha dalam 38 minggu untuk bertukar dari Officer Cadet kepada Commissioned Officer.

The first webisode mula di upload ke youtube pada 16 August 2012 dan yang terakhir iaitu webisode ke 21 dimuat naik pada 17 January 2013. Oh ye jangan lah salah sangka aku bukan nak berbangga dengan Singapore ke apa cuma aku memang menggemari cerita askar daripada kecil maklumlah anak NAVY. Mencari cerita perang jumpa pulak Singaporean Son II - The Making of An Officer so aku layan je lah.


Secara ringkas,
  1. Mereka ini daripada Officer Cadets 85th series Officer Cadet Course (OCC) dan daripada Bravo Wing.
  2. Mereka memulakan latihan pada 16 October 2011 dan commissioned pada 15 July 2012.
  3. Mereka ini menyertai Exercise Scorpion King dalam webisode 7 & 8.
  4. Officer Cadet Training (OCT) Douglas Ng terpaksa dikeluarkan kerana masalah kesihatan.
  5. Mereka travel ke German dalam webisode 17&18.
  6. Banyak pendedahan mengenai senjata yang mereka gunakan.
  7. Kebanyakan shoot dalam ini dirakamkan menggunakan GoPro yang diletakkan di helmet OCT.
Kalau korang nak layan bawah ini untuk webisode 1, The Heart of Leadership (Singaporean Son II - The Making of An Officer).


Untuk webisode yang lain korang search sendiri lah pulak lepas tu dalam YouTube yek. Satu lagi boleh visit website Singapore MINDEF untuk makluman tentang series of Every Singaporean Son. Pada pendapat aku apa yang mereka buat ini adalah baik untuk negara mereka terutama untuk explain secara professional NATIONAL SERVICE mereka yang terlalu berbeza dengan negara kita. Hopefully pemimpin kita jugak mempunyai clear objective on our National Service as good as SINGAPORE LEADER. 

Posting pasal sambutan raya nantilah yek.