Thursday, August 15, 2013

APA AKU LAYAN KAT iPAD MINI - EVERY SINGAPOREAN SON II - THE MAKING OF AN OFFICER



Aku ada ipad mini kononnya asal untuk aku simpan technical document untuk reference. Memang ada pun tapi apa yang aku layan kat iPad mini aku sekarang ialah "Every Singaporean Son II - The Making of An Officer". Aku download kesemua 21 episode (WEBISODE - sebab from web), well dari mana lagi kalau bukan youtube.


Every Singaporean Son II - The Making of An Officer merupakan documentary yang kesinambungan tetapi berbeza daripada Every Singaporean Son & Every Singaporean Son - Epilogue. Dalam Every Singaporean Son II - The Making of An Officer, ianya mengenai 13 orang anak muda yang sudah menamatkan Basic Military Training (BMT) berusaha dalam 38 minggu untuk bertukar dari Officer Cadet kepada Commissioned Officer.

The first webisode mula di upload ke youtube pada 16 August 2012 dan yang terakhir iaitu webisode ke 21 dimuat naik pada 17 January 2013. Oh ye jangan lah salah sangka aku bukan nak berbangga dengan Singapore ke apa cuma aku memang menggemari cerita askar daripada kecil maklumlah anak NAVY. Mencari cerita perang jumpa pulak Singaporean Son II - The Making of An Officer so aku layan je lah.


Secara ringkas,
  1. Mereka ini daripada Officer Cadets 85th series Officer Cadet Course (OCC) dan daripada Bravo Wing.
  2. Mereka memulakan latihan pada 16 October 2011 dan commissioned pada 15 July 2012.
  3. Mereka ini menyertai Exercise Scorpion King dalam webisode 7 & 8.
  4. Officer Cadet Training (OCT) Douglas Ng terpaksa dikeluarkan kerana masalah kesihatan.
  5. Mereka travel ke German dalam webisode 17&18.
  6. Banyak pendedahan mengenai senjata yang mereka gunakan.
  7. Kebanyakan shoot dalam ini dirakamkan menggunakan GoPro yang diletakkan di helmet OCT.
Kalau korang nak layan bawah ini untuk webisode 1, The Heart of Leadership (Singaporean Son II - The Making of An Officer).


Untuk webisode yang lain korang search sendiri lah pulak lepas tu dalam YouTube yek. Satu lagi boleh visit website Singapore MINDEF untuk makluman tentang series of Every Singaporean Son. Pada pendapat aku apa yang mereka buat ini adalah baik untuk negara mereka terutama untuk explain secara professional NATIONAL SERVICE mereka yang terlalu berbeza dengan negara kita. Hopefully pemimpin kita jugak mempunyai clear objective on our National Service as good as SINGAPORE LEADER. 

Posting pasal sambutan raya nantilah yek.

No comments:

Post a Comment